SERAH....Rudy
No.2 dari kiri menyerahkan tangki kepada Jamil Binsalou.
Oleh: JACOB BALANG
TENOM: Masalah terputus
bekalan air bersih untuk penduduk Kg Manining selepas dilanda banjir pada
Jumaat mendapat perhatian pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) dekat sini dengan
tampil memberi sumbangan sebanyak 6 buah tangki untuk tujuan penyimpanan stok
air hujan buat sementara waktu.
Sumbangan tersebut
disampaikan Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi yang mewakili
Roger Stimin Ahli Majlis Tertinggi SAPP Pusat diserahkan kepada Jamil Binsalou
salah seorang mewakili penduduk yang terjejas teruk di situ pada Isnin.
Tindakan pemimpin SAPP yang
sanggup melupakan seketika soal politik tetapi mendahulukan kebajikan rakyat
yang memerlukan bantuan asas sangat disanjung tinggi oleh masyarakat disitu
malah menghargai sumbangan daripada SAPP.
“Kami menghulur sumbangan
ini atas dasar peri kemanusiaan apabila melihat susah payah penduduk disini
semasa mengalami banjir...(dan) bukan tujuan politik atau meraih sokongan
kerana pilihanraya umum ke-13 semakin hampir.
“Ini bukanlah sesuatu bencana
yang diakibatkan oleh mana-mana pihak tetapi adalah bencana alam yang tidak dijangkakan.
Namun kami bersimpati masalah mereka,” tegas Rudy.
Pada malam Jumaat, Kg
Manining salah sebuah perkampungan yang terjejas teruk akibat banjir kilat
selepas hujan turun semalaman menyebabkan air Sungai Manining mengalami banjir
besar mengakibatkan tebingan sungai runtuh dan berlumpur menjadikan air keroh
dan tidak dapat diminum untuk beberapa hari.
Pada Sabtu, bekas Dun
Melalap Datuk Radin Malleh melawat kawasan tebingan sungai yang runtuh termasuk
persekitaran perkampungan yang dilimpahi banjir besar itu.
No comments:
Post a Comment