KUALA LUMPUR : Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz menafikan khabar angin mengenai pembubaran parlimen yang
dikatakan akan berlaku pada hari ini.
Menurut Menteri di Jabatan
Perdana Menteri itu lagi, khabar angin tersebut hanyalah satu spekulasi dan
tidak benar.
“Tiada pembubaran esok.
Pembubaran selewat-lewatnya akan berlaku pada hujung bulan ini,” kata Nazri
dipetik dari laman sesawang saluran berita Astro Awani.
Menurut ahli parlimen Padang
Rengas itu lagi, arahan untuk anggota Kabinet hadir dengan berpakaian gelap dan
bertali leher merah bagi lelaki esok adalah perkara biasa pada mesyuarat
terakhir Kabinet bagi tujuan bergambar bersama Perdana Menteri dan Timbalannya.
Sementara itu di laman
sesawang peribadi Datuk Seri Najib Razak, beliau mengatakan pilihan raya umum
(PRU) ke 13 semakin hampir dan turut memuji kerja keras yang dilakukan oleh
badan pengendali pilihan raya.
“Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara rakyat itu dapat
dinilai secara adil,” kata Najib dipetik dari laman sesawang miliknya.
“Sebagai pemimpin politik
juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatandangani Ikrar Integriti
Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini dan saya juga akan
memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandantangani ikrar yang sama,”
tambah beliau lagi.
Khabar angin mengenai
pembubaran parlimen tersebar luas hari ini apabila sebuah akhbar milik Umno New
Straits Times melaporkan mengenai arahan kepada anggota kabinet lelaki agar
memakai pakaian gelap dan tali leher merah esok dikeluarkan oleh Pejabat
Perdana Menteri untuk bergambar selepas mesyuarat kabinet sebagai petanda kuat
parlimen akan dibubarkan. (MKINI)
No comments:
Post a Comment