SOKONG......Roger
ketika menjelaskan Sabah IC kepada hadirin.
Oleh: JACOB BALANG
TENOM: Ahli Majlis Tertinggi
Parti Maju Sabah (SAPP), Roger Stimin menegaskan bahawa parti itu tidak akan
berganjak daripada matlamatnya untuk mewujudkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC)
sebaik sahaja parti itu membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13
(PRU13).
Beliau berkata, meskipun ia
mendapat tentangan daripada segelintir pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN)
namun langkah tersebut merupakan tindakan terbaik untuk menyelesaikan kemelut
isu pemberian dokumen pengenalan diri seperti kewarganegaraan dan MyKad kepada
rakyat asing.
“Kita bukan sekadar berjanji
menurunkan bulan dan bintang, tetapi inilah janji SAPP untuk menyelesaikan
masalah MyKad kerana apa yang kita lihat sekarang pemimpin BN masih berdolak
dalik dalam soal tersebut.
“Apabila Sabah IC telah
wujud dan berada di tangan rakyat jati negeri ini, dengan secara perlahan kita
tidak akan mengiktiraf MyKad yang penuh kontroversi dan meragukan kita semua,”
kata beliau ketika memberitahu kira-kira hampir seratus orang hadirin semasa
ceramah politik di Kg Batu Batu baru-baru ini.
Roger berkata, apa yang
parti SAPP rancangkan itu adalah semata-mata untuk menyelesaikan isu itu
daripada terus berpanjangan tanpa kesudahannya dan sebaliknya mereka (SAPP)
bukan mencari keuntungan publisiti atau pengaruh di atas masalah tersebut.
“Semua orang tahu bahawa isu
MyKad bukan perkara baru, malah telah menghantui kita lebih 20 tahun lalu. Malangnya
pemimpin BN seakan akan tidak mahu bertanggung jawab, tetapi kita dalam SAPP
ada strategi lain untuk mengatasi masalah tersebut.
“Jika masih ragu dengan
kemampuan kita untuk menyelesaikannya, kita rayu rakyat supaya memberikan kita
mandat dan sokongan padu pada PRU-13. Mudah-mudahan apabila kita dapat
membentuk kerajaan maka kita akan buktikan janji kita kepada rakyat,” tegas
Roger.
Cadangan pengwujudan Sabah
IC mula ditimbulkan parti SAPP dua tahun lalu ekoran timbul keraguan pelbagai
pihak terutamanya rakyat jati negeri Sabah yang sangsi dengan lonjakan secara
mendadak peningkatan populasi di Sabah yang berstatus warganegara dan memiliki
MyKad.
Baru-baru ini, Menteri
Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok
turut menggesa kerajaan supaya menarik balik untuk dibatalkan mana-mana MyKad
yang meragukan indentiti pemegangnya; dalam usaha untuk menyelesaikan kemelut
isu tersebut namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz
membantahnya.
No comments:
Post a Comment