Saudara Pengarang,
PENUBUHAN Panel RCI
baru-baru ini bagi menyiasat pendatang tanpa izin telah membuka kotak Pandora
dan mengesahkan apa yang rakyat Sabah syaki dan khuatiri untuk masa yang lama
iaitu pendatang tanpa izin telah diberikan kad pengenalan dan mengundi dalam beberapa
pilihan raya lalu.
Orang awam mendengar dan
membaca dengan terkejut dan berasa kecewa tentang bagaimana pegawai kerajaan
atasan mengeluarkan beribu-ribu KP kepada pendatang tanpa izin dan orang asing
secara rahsia dan mencurigakan melalui 'IC Projek’, membolehkan mereka untuk
mengundi di kawasan-kawasan parti tertentu yang mempunyai peluang tipis untuk
menang.
Penduduk Sabah tulen yang
kecewa dan keliru bagaimana calon mereka boleh kalah, lebih kurang kini
mengetahui sebabnya dan sesetengahnya mempercayai bahawa pembangkang juga boleh
menang.
Sesiapa yang
bertanggungjawab untuk semua perbuatan khianat itu, patut dibawa ke muka
pengadilan, dibicarakan dan dihukum.
Namun, prosiding RCI
terpaksa ditangguhkan. Pendengaran akan hanya disambung semula selepas pilihan
raya, penemuannya dan pengadilan mungkin tidak ada gunanya dan berat sebelah
jika pentadbiran kini menang dan memerintah untuk lima tahun lagi.
Orang yang melakukan
kesalahan itu yang mungkin sekarang ini memegang jawatan dalam kerajaan boleh
terlepas.
Dapatan RCI, antara lain,
juga membabitkan pegawai korup SPR, JPN dan pegawai kerajaan lain, berhubung
kebolehan pendatang tanpa izin untuk
mengundi dalam pilihan raya. Badan-badan kerajaan berkaitan patut menyiasat
tuduhan ini terhadap kakitangan mereka dan membasminya jika ia wujud dan
memberhentikan operasi mereka yang korup dan menyalahi undang-undang.
Seorang bekas Ketua JPN yang
memberi keterangan bahawa dia mengarahkan 'beribu' pendatang tanpa izin
diberikan nama mereka kepada JPN dan SPR, supaya dapat membatalkan KP mereka
dengan segera dan memadamkan nama mereka daripada daftar pemilih menjelang
pilihan raya ini.
Badan kerajaan lain yang
tidak terbabit dalam dapatan RCI, tetapi seolah-olah tidak adil pada pilihan
raya lalu adalah ROS. Ia kelihatan tidak membenarkan pembentukan parti politik
baru di Negeri ini dan juga di semenanjung.
Pegawai-pegawai ROS,
nampaknya, hanya bagus pada membatalkan pendaftaran parti.
Apa yang anda harap dapat
perolehi daripada berbuat demikian? Adakah anda menyedari kesulitan dan
ketidakadilan anda lakukan kepada penduduk Sabah?
Ia lebih baik untuk
memusnahkan KP itu dan kembali ke tanah air anda atau pergi ke tempat lain dan
mendapatkan dokumen yang sah jika anda benar-benar mahu memasuki Negara ini
untuk bekerja dan memperolehi pendapatan.
PENGUNDI TULEN
No comments:
Post a Comment