Friday, 19 April 2013

PKR TENOM SUKAR ARI CALON WIBAWA?





        
Saudara Pengarang,

SEJAK kebelakangan ini, hampir kesemua parti pembangkang yang telah memperkenalkan calon wibawa mereka, namun sehingga ke hari ini, PKR Tenom masih menggelabah mencari pemimpin yang berwibawa bagi menggalas tugas sebagai calon Parlimen Tenom.

Apa tidaknya, pemimpin yang diharapkan oleh PKR Tenom masih bergelut dengan tugasan harian keluarganya untuk menjaga anak-anak di rumah selaku 'amah' yang mendiami rumah PPRT kerana isteri terlalu sibok dengan kerja hariannya di sebuah jabatan kerajaan.

Bagaimanakah penerimaan rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Tenom jika mereka mendapat tahu senario liku-liku penghidupan seorang yang bakal diangkat sebagai pemimpin tetapi masih bergelut dengan masalah keluarga?

Suatu ketika dahulu seorang Peguam telah bersedia untuk menawarkan diri untuk mengisi tugasan itu, namun kepimpinan PKR Tenom membantah hasrat Peguam berkenaan dengan pelbagai alasan; meskipun Peguam itu adalah anak watan daerah Tenom. (jadi) Mahu cari jenis pemimpin bagaimana lagi?


Bagi APS pula, sebuah NGO di bawah PKR telah menawarkan seorang pemimpin yang berwibawa lulusan Ekonomi dari UPM dan mempunyai latar belakang penghidupan yang lebih baik, memiliki bisnes yang baik dan berpengaruh di kawasan Tenom tetapi ditolak oleh PKR. Apakah sebabnya lagi?

Masa sudah terlalu singkat untuk PKR mencari pemimpin yang lebih sesuai bagi menggalas tugas selaku calon yang berwibawa di Parlimen Tenom, dicadangkan agar niat untuk meletakkan calon disitu terpaksa dilupakan dan adalah lebih baik ucapkan sahaja, "Selamat Tinggal PRU13" untuk PKR Tenom.

Sekian,

PENYOKONG PKR KEMABONG

No comments:

Post a Comment