ALBUM...Hj
Adhah bersama para pemimpin kanan Parti Pakatan Rakyat Kinabatangan.
Oleh: CHARLES P ANDIANG
KINABATANGAN : Atas kegembiraan bagi kemenangan Perbicaraan
Kes tanah seluas 5,000 ekar yang dipohon sejak 1998 di Kampung Semarak Jaya, Sungei Pin yang dikendalikan
dua orang peguambela dan peguamcara iaitu Chang & Kamarudin Co dan Kan Yong
& Co pada 19 Mac 2013 lalu telah
diraikan dalam Majlis Kenduri Kesyukuran Sempena Kemenangan Perbicaraan
tersebut.
Majlis kenduri anjuran
penduduk kampung tersebut telah dihadiri lebih 500 penduduk termasuk Pengerusi
PAS Cawangan Batu Putih, Haji Adhah Hj Sulaiman dan beberapa orang pemimpin
Kanan Parti Pakatan Rakyat Kinabatangan.
Menurut Hj Adhah, selaku
Ketua Pemohon tanah seluas 5,000 ribu ekar itu bahawa tanah yang dipohon pada
tahun 1998 oleh seramai 500 orang pemohon; dan dalam masa yang sama Samudra
juga memohon tanah di tempat yang sama pada tahun 1999.
“Disebabkan permohonan kami
yang lebih awal daripada Borneo Samudera telah diterima pihak Jabatan Tanah dan
Ukur Sabah telah mengeluarkan geran kepada para pemilik tanah tersebut.
"Namun tiba-tiba
geran-geran kami dibatalkan oleh pihak Jabatan Tanah Dan Ukur dan diberikan
kepada Borneo Samudra," ujar Haji Ahdah yang akhirnya membawa kes
berkenaan ke mahkamah kerana ada 'lanun kolar putih' di Jabatan Tanah dan Ukur.
Haji Adhah berkata demikian
ketika berucap di majlis Kenduri Kesyukuran bagi menyambut kemenangan perbicaraan
Kes Tanah di Kampung Semarak JUaya Sungei Pin yang diadakan secara
besar-besaran di kediaman beliau, di sini, kelmarin.
“Saya bagi pihak pemilik
tanah seramai 500 orang di Kampung Semarak Jaya Sungei Pin, mencabar Borneo
Samudera untuk menyaman kami pada bila-bila masa sahaja kerana dengan tindakan
Borneo Samudera pemimpin dan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding
di Kinabatangan;
"Maka Sukau akan kehilangan
undi seramai 500 orang ditambah pula dengan Kes Tanah di Koyah A Fasa I, II dan
III seramai 400 orang juga disebabkan tindakan Osman Jamal yang bersekongkol
dengan Bagus Maju Bhd; maka mereka bulat-buat menolak BN/UMNO pada PRU 13 ini
nanti," kata Haji Ahdah seperti melepaskan anak panah daripada busur.
Walaupun mereka menang dua
kali perbicaraan kes tanah ini dan tidak mendapat walau satu daripada Borneo
Samudera, tetapi kata Haji Ahdah, mereka amat bersyukur kerana dapat memajukan
tanah masing-masing.
BONGKAR...Hj
Adhah membongkar sifat kebencian Osman Jamal kepada KDM, Orang Sungai dan Iban
amat ketara sekali.
Kata Haji Ahdah lagi, jika ditakdirkan
Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas PRU 13 ini, orang yang pertama mereka
cari ialah Datuk Osman Jamal dan yang kedua ialah Pengurus Bornae Samudera.
"Kami tahulah macam mana kami mahu ajar mereka ini kerana sudah
lama berdendam atas kezaliman mereka ini terhadap ahli Pakatan Rakyat di seluruh
Sabah. Osman Jamal terlalu menindas dan menzalimi rakyat tempatan, terutama
sekali orang Sungai, bukan saja di Kinabatangan, bahkan di kawasan lain,"
kata Haji Ahdah.
Sebagai contoh, kata Haji
Ahdah, di kawasan Kalabakan, kebanyakan tanah milik orang Dusun dan Iban habis
ranap dan dibahagikan kepada Ketua Menteri Melaka.
"Lebih daripada 10 ribu
ekar ini semuanya perbuatan Osman Jamal yang tidak memperdulikan rakyat Sabah,”
ujarnya.
Kata Hj Adhah lagi, kebencian
terhadap Osman Jamal kepada Masyarakat Iban, KDM (Kadazan-Dusun dan Murut)
termasuk bangsa Sungai amat ketara sekali, namun menguntungkan Pakatan Rakyat
kerana rakyat tertindas sudah pasti akan membalas dendam pada PRU-13.
"Kami di Pakatan Rakyat
bukan sahaja di Sabah, bahkan di seluruh pelusuk Malaysia menyokong perbuatan kejam Osman Jamal
kerana amat mudah bagi Pakatan Rakyat mendapat undi untuk membentuk Kerajaan
Baru. Terima Kasih Osman Jamal," kata Haji Ahdah dengan nada sinis.
No comments:
Post a Comment