Tuesday, 2 April 2013

DONG ZONG BINCANG MASA DEPAN UEC





        
Oleh : NIGEL AW
          
PERSATUAN Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) berharap pertemuan pertama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, akan membawa kepada pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC).

Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian berkata delegasi beliau mengharapkan pengumuman besar dari Najib hari ini, tetapi jawapan yang tegas, jika ada, mungkin mengambil sedikit masa.

Yap (kiri) berkata demikian selepas pertemuan selama sejam dengan Najib di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

"Kami mengharapkan satu pengumuman - berita baik dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini - tetapi kerana wujud isu-isu teknikal, maka lebih banyak perbincangan diperlukan.

"Kami mengharapkan pengumuman untuk mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke universiti awam boleh dibuat sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya kepada wartawan selepas pertemuan tersebut di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Yap menambah, disebabkan kekangan masa, maka Dong Zong telah membincangkan secara eksklusif tentang pengiktirafan UEC - sijil bagi sekolah menengah persendirian Cina.

Menurutnya lagi, terdapat perbincangan mengenai syarat pelajar dari sekolah pengantar Cina untuk memperolehi sekurang-kurangnya satu kredit dalam SPM bersama-sama dengan UEC sebagai syarat untuk memohon memasuki universiti awam.

"Terdapat juga perbincangan mengenai isu akreditasi subjek bahasa Melayu dalam UEC," katanya.

No comments:

Post a Comment