Saudara Pengarang,
WALAUPUN Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam
11.30 pagi tadi, namun disambut hambar kerana beberapa negeri masih belum
membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan serentak; tidak
seperti sebelum ini parti pembangkang begitu berkobar-kobar mencabar Najib
bubarkan Dewan Rakyat.
Ketandusan isu menyebabkan Gendang
Perang yang dipalu Najib kurang mendapat sambutan kerana BN telah berjaya
menyelesaikan banyak masalah rakyat, sama ada melalui bantuan One-Off atau
peningkatan prasarana.
Isu NCR, PATI, RCI dan Ops
Daulat tidak menyengat untuk digunakan pada PRU-13 sehingga Parti Pembangkang
di Sabah bagaikan itik tempang atau ayam jantan yang kokok berderai-derai
tetapi bergelumang tahi.
Manakala bagi Kerajaan
Negeri pula, rakyat Sabah sudah lali dengan isu lama yang diketengahkan seperti
kekukuhan ekonomi, Rating AAA, deposit tunai lebih RM10 bilion dan memerlukan
isu baru untuk dibincang atau dituntut untuk dilaksanakan sepanjang kempen.
Bagi rakyat di Semenanjung
Malaysia, mereka sudah muak dengan pendedahan Video Seks yang melibatkan
pemimpin pembangkang dan kini menjadi 'boomerang' yang akan dikembalikan kepada
pelemparnya sehinggakan pengumuman pembubaran parlimen tidak mendapat sambutan
ramai.
Kedua-dua pihak termasuk BN dan
pembangkang terkesima dan tidak mengambil langkah awal setelah beberapa
Kerajaan Negeri turut membubarkan DUN masing-masing dan ada pihak yang meramalkan
Penamaan Calon akan diadakan pada 17
April dan PRU-13 dibuat pada 27 April.
Tidak seperti PRU-12,
pengumuman pembubaran Parlimen dinantikan semua pihak termasuk di dalam BN,
tetapi senario berkenaan tidak dapat dilihat pada kali ini kerana semua media
hanya menyiarkan cerita pembubaran Parlimen tanpa fokus tertentu.
Sebagai pemilih muda yang
pertama kali membuang undi, saya juga kebingungan kerana tidak menemui titik
temu dan parti mana yang harus saya pilih kerana jika BN dan Pembangkang menurunkan
calon yang sama seperti PRU-12, yang disifatkan sesetengah pihak sebagai 'Kayu
Mati'; maka ada baiknya saya menunggu sehingga tarikh penamaan calon sebelum membuat
keputusan.
Salam Hormat,
AMRI SHAFIK AMRAN
No comments:
Post a Comment