Thursday, 11 April 2013

PUSAT PEMULIHAN KEMASYARAKATAN DI SANDAKAN






SEMANGAT....Datuk Zahid Hamidi bergambar dengan para anggota dan pegawai kanan TLDM sempena lawatan kerja ke Pangkalan KD Sri Sandakan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN: Sebanyak lima lagi Pusat Pemulihan Kemasyarakatan akan dibina termasuk satu darinya akan dilaksanakan di negeri ini. Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keempat-empat pembinaan pusat itu akan ditempatkan di kawasan Kem Tentera Darat di Kota Belud; sementara dua lagi akan dibina di Kem Tentera Udara dan Tentera Laut bagi membolehkan program pemulihan Orang Dalam Seliaan (ODS).

Bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja dan majlis Ramah Mesra di Jabatan Penjara di sini, kelmarin katanya usaha itu merupakan jaringan di bawah konsep 'Strategi Lautan Biru' iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan di mana Kementerian Pertahanan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Jabatan Penjara saling berkerjasama untuk membantu memulihkan banduan yang dipenjara kurang atau tidak melebihi tiga tahun.

Beliau berkata, program telah dilaksanakan di lima buah negeri iaitu di Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

Katanya, sejumlah 3,000 ODS telah berjaya menjalani pemulihan dipulihkan di pusat berkenaan sejak dua tahun lepas.

"Tidak seorangpun yang telah dipulihkan kembali ke pusat pemulihan dan ia merupakan kerjasama pintar antara dua pihak. Elemen penting dalam pemulihan ini adalah telah menghantar pegawai pemulihan Kor Agama Tentera untuk menerapkan elemen-elemen sahsiah," jelasnya.

Tambahnya, ia merupakan kerjasama pintar antara usur kedua dengan menyuntik unsur pembinaan semula sahsiah di mana jabatan penjara bersama Kor Agama Tentera untuk memasukkan eleman kerjasama bagi pemulihan sahsiah.

Di samping itu, ujarnya, elemen menyuntik kesedaran baru di kalangan mereka kerana apabila kembali menjadi anggota masyarakat maka mereka sudah bebas untuk menjadi masyarakat di luar.

Katanya lagi, di bawah ODS ini akan dilatih serta diberikan tugasan bercucuk tanam dan menternak ikan tawar yang mana hasilnya nanti akan disalurkan kepada akaun masing-masing sebaik saja keluar dari pusat pemulihan berkenaan

Menurut beliau, pembinaan ODS tidak menelan kos tinggi yang mana dianggarkan hanya 10 peratus jumlah pembinaan sesebuah projek.

"Kejayaan kita memulihkan mereka mendorong kerajaan membina untuk menambah bilangan pusat pemulihan kemasyarakatan ini di setiap negeri kerana pesalah ODS akan dapat dipulihkan di pusat baru dari berada di penjara yang akan menyebabkan mereka bercampur dengan pelaku jenayah berat," Tegasnya.

Zahid menegaskan pusat itu lebih selesa dan dapat memberikan mereka peluang untuk kembali menjalani kehidupan sediakala apabila keluar dari pusat pemulihan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menyampaikan terima kasih kerajaan kepada kerajaan Filipina yang memberikan kerjasama penuh dalam soal keselamatan perairan negara.

Katanya, kerjasama antara kedua-dua negara dengan memperkukuhkan kawalan di perairan antara Angkatan Tentera Laut dan Pegawal Pantai negara jiran itu.

"Mereka (Filipina) telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan hasil kerjasama antara Menteri Pertahanan (saya), dengan Setiausaha Pertahanan Fipilina dan Menteri Luar kedua-dua negara membolehkan kita memperolehi maklumat setiap yang ditahan," katanya.

Sebelum itu, Zahid mengadakan lawatan ke pangkalan KD Sri Sandakan sebelum ke Jabatan Penjara seterusnya ke kem tentera di Sri Kinabatangan dekat sini.

Beliau berkata, hasil kerjasama antara negara jiran itu juga membolehkan setiap mereka yang ditahan diketahui latarbelakang mereka sebelum membawa mereka ke mahkamah atas kesalahan menceroboh ke negara ini.

Katanya, kerajaan Malaysia tidak berhasrat mencampuri masalah domestik negara itu tetapi ia merupakan kerjasama pintar antara negara berjiran dalam menghadapi masalah yang ada kaitan dengan pilihanraya.

"Mereka tidak mahu apa yang berlaku di Lahad Datu mengganggu proses pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi," katanya


Terdahulu Zahid membuat lawatan ke Pangkalan KD Sri Sandakan di mana beliau telah  memuji sikap para anggota ATM dan PDRM yang begitu semangat berani  dan tidak gentar untuk berdepan dengan musuh-musuh yang tidak diundang itu.

“Kita tidak rela  tanah kita di bumi Malaysia ini khususnya di Lahad Datu Sabah  diceroboh walaupun seinci kita akan tentang habis-habisan sehingga ketitisan darah yang terakhir ini azam dan tekad kita untuk berdepan dengan para pengganas yang menggangun ketenteraman kita,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment