Oleh : SITI SALASIAH SALAMUN
HARI RABU yang lepas iaitu
pada 10 April 2013, kereta salah seorang petugas PAS Kawasan Batu Sapi telah
dicalarkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Hal ini disedari oleh petugas
tersebut sebaik sahaja selesai bermesyuarat bersama-sama petugas PAS yang lain
di Bilik Gerakan PAS di Batu Sapi.
Terdapat kesan calar di
cermin, bahagian pintu hadapan sebelah kiri dan di bahagian belakang kenderaan.
Kesan calar ini memang disengajakan dan dipercayai ia bermotif jahat.
Laporan polis telah dibuat
di Balai Polis Sandakan. Selain untuk melaporkan gejala yang tidak bermoral
ini, PAS Kawasan Batu Sapi juga mengambil langkah ini sebagai inisiatif untuk
keselamatan para petugas yang akan bertugas sepanjang masa di bilik gerakan.
PAS Kawasan Batu Sapi amat
komited dalam menjalankan kerja-kerja dakwah memenangkan Islam di bumi Batu
Sapi. Bertanding di dalam Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seharusnya
kejadian ini tidak berlaku.
Akhlak dan adab juga
merupakan elemen penting di dalam Islam. Jika ia dibiarkan tanpa dididik dengan
baik, maka hasilnya masyarakat akan rosak dan menjadikan politik kotor dan
biadab ini sebagai cara hidup!
No comments:
Post a Comment