PALU....Raymond
memalu gong sebagai simbolik perasmian persidangan itu.
By : YAP SIONG HAN
KOTA KINABALU: Penyiapan
pembangunan sepenuhnya bagi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP)
yang berkeluasan 4,065 ekar dijangka mampu menjana pelaburan sebanyak RM30.6
bilion dan mencipta peluang pekerjaan.
Ketua Menteri Datuk Seri
Panglima Musa Aman berkata kerajaan menerima banyak pertanyaan dan kertas
cadangan daripada pelabur berpotensi.
“Kedatangan potensi
pelaburan itu menunjukkan bahawa terdapat tarikan yang besar terhadap projek
minyak dan gas SOGIP.
“Tarikan itu termasuklah
membangunkan logi methanol, logi dimethyl ether dan banyak lagi termasuk
pelabuhan,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan ke-2 Minyak dan
Gas Sabah di sini kelmarin. Teks ucapanya disampaikan oleh Menteri Pembangunan
Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
Musa berkata, dengan
pembangunan yang mantap itu, Sipitang dan daerah sekitarnya akan menerima
tempias transformasi yang ketara dalam tempoh beberapa tahun.
Katanya, bagi menguruskan
cabaran itu, pelan induk sedang diusahakan dalam pelbagai aspek seperti gas
asli, penjajaran dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan koridor
pembangunan Sabah serta mengoptimakan penggunaan gas untuk aktiviti industri
hiliran.
“Kerajaan Sabah mempunyai
rekod pemerintahan yang cemerlang dan kami akan terus mewujudkan persekitaran
yang kondusif untuk berniaga dan pelaburan.
“Kini rakyat menikmati
kestabilan sosial dan politik yang mana ia adalah faktor penting dalam membantu
memajukan lagi perniagaan dan meningkatkan lagi ekonomi Sabah,” katanya.
Musa berkata, kerajaan juga
komited menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang lancar demi
pembangunan di Sabah.
Katanya, kerajaan juga
mengutamakan pembangunan modal insan yang mana pelbagai institut kemahiran
dibina khas bagi memberikan latihan kepada belia Sabah. (UB)
No comments:
Post a Comment