NAIB presiden PERKASA Datuk
Zulkifli Noordin mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang
mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama
terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Laporan Mingguan Malaysia
menyebut, MP Kulim-Bandar Baru itu mendakwa menerima salinan risalah bertarikh
2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan
kepada Anwar.
Syeikh Dr Yusuf
Al-Qardhawi“Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke
Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan
taktik kotor pembangkang,” kata Zulkifli seperti dipetik akhbar milik Umno itu.
Perlumbaan untuk menggunakan
nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila
lumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang
dikeluarkan Dr Yusuf terhadap pertuduhan
Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.
Malah, Anwar dalam
ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu,
bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh
hukumnya sebagai fasik.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak bagaimanapun tidak mahu ketinggalan dalam usaha untuk menggunakan
nama penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah tersebut.
Dalam ucapannya, Najib juga
sering mengulangi mengenai sepucuk surat yang diterimanya daripada ulama Mesir
itu.
Najib mendakwa Dr Yusuf
menyatakan pengiktirafan dan penghargaan beliau kepada kerajaan terhadap misi
lawatan kemanusiaan itu yang disifatkannya sebagai misi yang berani dan luar
biasa.
Sokongan Dr Yusuf itu
dikaitkan Najib dengan iltizam kerajaan pimpinannya untuk mempertahankan
kalimah Allah.
No comments:
Post a Comment