BAHAYA.....Jika remaja Chechen, Dzokhar, (gambar sisipan) berjaya menimbulkan huru-hara di Boston (Amerika); apatah lagi gabungan Pengganas Kiram III dan Nur Misuari yang tahu setiap inci bumi Sabah dan mempunyai askar yang sedia berkhidmat setiap masa.
Oleh : MUTALIB M.D
MUNGKIN tidak ada pemimpin
persekutuan sedar betapa bahayanya menternak PATI sebagai Warganegara atau
Pengundi kerana bagaikan meletak telur helang ke sangkar ayam. Sekalipun telur helang
menetas, tidak mungkin boleh menjadi anak ayam kerana darah dan sifat helang akan
terus mengalir dalam tubuh anak helang sehingga membesar.
Memang tidak semua PATI yang
mendapat IC Projek itu jahat, apatah lagi generasi kedua atau ketiga mereka
yang sudah beranak pinak sejak 1970-an; terutama yang telah mengalami proses
asimilasi dan integrasi.
Namun siapa yang dapat
memberi jaminan bahawa mereka tidak mewarisi sifat, sikap, budaya dan pemikiran
ibu bapa atau nenek moyang mereka dari negara asal yang terdedah kepada konflik
dan keganasan?
Sedangkan sehingga ke hari
ini, tidak ada Ahli Sains dunia dapat menjelaskan logika akal bagaimana semua ibu
belut terpaksa berenang ratusan ribu batu daripada tempat asal mereka untuk
bertelur di Segi Tiga Bermuda.
Ahli Sains dunia buntu untuk
menjelaskan kenapa ibu belut mati sebaik sahaja bertelur dan setelah menetas
anak belut kembali ke tempat asal ibu mereka sedangkan tiada siapa yang memberi
tahu asal usul ibu mereka dari sungai atau lubuk mana ibu mereka datang.
Logiknya, kita tidak pernah
menemui belut Afrika di Sungai Kinabatangan dan atau mana-mana Sungai atau
lubuk lain di dunia; melainkan di tempat asal ibu belut berkenaan.
Jika belut yang tidak
berakal atau mempunyai ijazah boleh berenang ratusan ribu batu untuk bertelur
dan anak belut kembali ke tempat ibu mereka berasal; apatah lagi manusia yang
berakal dan tahu bertanya dengan Dr Google?
Menyedari betapa bahayanya
PATI yang diberikan kerakyatan songsang, maka saya telah mengorbankan
sebahagian hidup saya untuk menyiasat dan mengkaji isu kerakyatan songsang dan
menghasilkan empat buah buku tanpa sebarang dana daripada kerajaan atau NGO;
sedangkan tugas berkenaan sepatutnya dijalankan oleh mana-mana universiti atau
professor yang "makan ditanggung dan berak di tong."
Saya bukan anti PATI yang
mendapat kerakyatan songsang kerana mereka adalah mangsa permainan politik oleh
pemimpin yang rakus, kebanyakannya masih hidup dan mampu tersenyum lebar
sedangkan hasil daripada kerja kotor mereka ramai perajurit kita terkorban di
Tanduo, Tungku dan Sinumul, Semporna.
Kejadian pengeboman di
Boston, Amerika yang dicetuskan oleh etnik Chechen sewajarnya memberi
pengajaran kepada kita dan membuatkan kita berfikir, selepas Insiden Tanduo,
apakah lagi bala yang bakal menimpa kita; sekalipun 7 Batalion Tentera menjaga
kita sehingga nyamukpun takut mendekati.
Tetapi PATI yang mendapat
kerakyatan songsang, terutama tentera upahan Kiram III; Tentera Pakistan dan 'Tiger'
dari Tamil Nadu sudah terbudaya oleh perang gerilya, penculikan yang menjadikan
senjata api sebagai mercun katak; bagaikan 'Bom Jangka' yang bergerak 24 jam di
sekeliling kita tanpa mampu dikesan oleh pihak berkuasa.
Semoga PRU-13 membuatkan
kita berfikir apa hala tuju negara kita di ambang campurtangan luar dan pemberontakan
dalaman yang mahu menggunakan 'Demokrasi' sebagai 'peluru' yang bakal membunuh
atau kita dibunuh tanpa sedar.
Sila baca petikan artikel AP
untuk renungan;
Remaja Boston keturunan
etnik Chechen, Dzhokhar dan abangnya Tamerlan Tsarnaev adalah pemastautin tetap
Amerika yang datang ke benua baru itu lebih 10 tahun yang lalu dan diibaratkan
sebagai remaja normal yang baik serta aktif oleh mereka yang mengenali mereka.
Dzhokhar, 19, yang berjaya
diberkas oleh pasukan keselamatan lewat Jumaat adalah ahli gusti yang popular
di sekolah menengahnya dan kini adalah pelajar Universiti Massachusetts.
Dia juga adalah pengguna
laman Twitter, yang aktif dan berkomunikasi sepertimana remaja Amerika yang
lain. Kawan-kawan dan jiran sebenarnya telah melahirkan rasa terkejut mereka
apabila namanya didedahkan oleh pihak berkuasa sebagai salah seorang daripada
dua orang yang bertanggungjawab meletupkan bom buatan sendiri di acara maraton
antarabangsa Boston yang berlangsung baru-baru ini.
Mereka meletupkan dua butir
bom menggunakan periuk masak bermampat tinggi yang diisi dengan bebiji besi,
paku dan benda tajam yang lain. Letupan itu telah mengorbankan tiga orang
termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, seorang pelajar universiti
dari China dan seorang wanita tempatan.
Lebih 180 orang lagi mangsa
mengalami kecederaan termasuk beberapa mangsa yang kehilangan kaki akibat letupan
yang kuat itu.
“Dia (Dzhokhar) adalah
seorang remaja yang baik, sangat baik dan saya akan kata yang dia tidak berupaya
untuk melakukan kekejaman ini. Itu yang akan saya kata mengenainya,” kata Larry
Aaronson, seorang jiran kepada stesen televisyen CNN.
Sementara ramai yang
mengenali Dzhokhar sebagai seorang remaja yang baik dan terkenal di kalangan
rakan-rakannya tetapi tidak ramai yang mengetahui mengenai abangnya, Tamerlan.
Tamerlan terbunuh dalam
kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan yang berjaya menjejaki
lokasi mereka dan mengepung mereka pada Jumaat. Pemuda berusia 26 tahun itu
adalah pelajar program kejuruteraan dan meminati tinju.
Namun begitu, FBI pernah
menyoal siasat Tamerlan pada tahun 2011 atas permintaan sebuah negara asing
tetapi tiada apa yang dapat dikaitkan dengannya.
Bapa saudara mereka, Ruslan
Tsarni berkata, anak-anak saudaranya itu tiba di Amerika dari Kyrgyzstan pada
tahun 2003 dan diberi taraf pelarian politik. (AP)
No comments:
Post a Comment