Wednesday 16 May 2012

JALAN ALTERNATIF KG KIAU AKAN DIBINA




Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

TINJAU…….Abdul Rahman, Musbah dan Herbert meninjau kejadian tanah runtuh di Kampung Kiau bersama penduduk kampung berkenaan.

KOTA BELUD : Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dalam usaha membina jalanraya alternatif di Kampung Kiau bagi menggantikan jalanraya utama masuk ke kampung itu yang telah runtuh dalam kejadian tanah runtuh di kampung tersebut dua minggu yang lalu.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata sebelum dapat memperbaiki jalanraya utama yang telah runtuh di kampung itu, pihak JKR ketika ini sedang dalam usaha membina jalanraya alternatif bagi memudahkan penduduk Kampung Kiau.

Katanya dengan siapnya jalanraya alternatif itu dalam masa terdekat ini sekurang-kurangnya penduduk di kampung itu dapat menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa.

“Pada ketika ini ada dua  jalanraya alternatif yang sedang dibina, satu yang agak jauh sedikit lebih kurang lapan kilometer jalanrayta yang hanya boleh dilalui oleh pacuan empat roda dan satu lagi jalanraya alternatif sejauh empat kilometer sedang dibina oleh JKR ini, dengan ada jalanraya alternatif ini dapat mempermudahkan penyaluran bekalan makanan dan perjalanan penduduk berjumlah 3,000 orang dapat diselesaikan.”

“Sementara masalah bekalan elektrik yang terputus akibat kejadian tanah runtuh tersebut pihak SESB ketika ini dalam usaha mencari jalan penyelesaian, kalau perlu sebuah ‘Gen Set’ kita akan bincang dengan SESB bagi menyelesaikan masalah elektrik di kawasan ini.”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan dan meninjau kejadian tanah runtuh di Kampung Kiau, baru-baru ini.

Turut sama dalam tinjauan itu antaranya Wakil Rakyat Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan, Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Awadnir Matanggal.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah turut memberitahu pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud, pejabat ADUN Kadamaian,pejabat ADUN Tempasuk dan Pejabat Daerah Kota Belud telah memberikan bantuan makanan yang diperlukan oleh penduduk kampung.

Katanya, buat masa ini pihak JKKK di kampung itu telah menyediakan sebuah pusat pengumpulan makanan untuk kemudahan penduduk di kampung itu.

“Selain wakil-wakil rakyat membekalkan bahan keperluan makanan harian sebanyak 600 kotak lilin turut telah dibekalkan dari pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud untuk kegunaan para penduduk sementara bekalan elektrik dapat dipulihkan oleh pihak SESB.” tambahnya lagi.


6 comments:

  1. harap jalan alternatif tersebut dpt disiapkan segera.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tindakan pantas diambil untuk atasi masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  3. Kena kenalpasti kawasan yang terdedah kepada bahaya tanah runtuh.

    ReplyDelete
  4. Semoga jalan alternatif lain akan dikaji bagi menghubungkan semula jalan yang terputus itu.

    ReplyDelete
  5. kira bahaya juga ba jalan2 di Sabah ni.. sebab kebanyakkan jalan di Sabah dibina di lereng2 bukit memandangkan bentuk muka bumi sabah yang berbukit bukau..

    ReplyDelete
  6. mungkin selepas ini JKR perlu kerap memantau jalan2 di Sabah bagi mengesan mana2 jalanraya yang mengalami masalah seperti mendap atau retak.. ambil tindakan awal sebelum keadaan bertambah teruk..

    ReplyDelete