Saturday 12 May 2012

LKTNS TEROKA KAWASAN LUMIRI




KENINGAU: Penduduk di lapan buah kampung di kawasan Lumiri bersetuju agar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), menerokai kawasan itu yang bakal dinamakan Ladang Lumiri.

Kampung-kampung yang terlibat terdiri dari Kg. Pohon Batu Lama, Pohon Batu Baru, Tatalaan Ulu, Sumbiling, Binanun, Nangkawangan, Lumiri dan Memagun.

Pemimpin masyarakat di kawasan itu yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Barahim Andipoh berkata, penduduk kampung yang terlibat telah membuat ketetapan agar LKTNS diberi tanggungjawab membangun kawasan itu secara usahasama dengan penduduk.

Katanya, LKTNS telah terbukti membangun banyak kawasan dan telah memberi manfaat dari segi peningkatan ekonomi dan taraf hidup selain memberi peluang pekerjaan penduduk.

“Selain membuat ketetapan dan persetujuan dengan LKTNS, penduduk yang terlibat juga telah membuat ketetapan membantah mana-mana pihak atau syarikat-syarikat yang lain untuk memasuki kawasan itu,” katanya selepas taklimat bersama Jabatan Tanah dan LKTNS di salah sebuah hotel di sini kelmarin.

Taklimat itu dihadiri oleh lebih 30 pemimpin-pemimpin masyarakat terdiri dari Ketua Kampung, Pengerusi JKKK dan wakil-wakil penduduk kampung terbabit.

Ini katanya, kerana LKTNS telah menjadi pilihan penduduk sebagai agensi pelaksana sejak tahun 2009 lagi.

“Kita yakin LKTNS dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai agensi kerajaan yang berperanan membangun tanah dengan sawit secara komersial,” kata Barahim.

Dokumen persetujuan kepada LKTNS dan bantahan kepada mana-mana syarikat lain itu diserahkan oleh Barahim kepada Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin.

Terdahulu semasa memberi penjelasan berkaitan matlamat LKTNS Ghani berkata, pihak LKTNS telah terbukti membangun beberapa kawasan dengan tanaman sawit dan telah memberi pulangan kepada penduduk yang terlibat.

Katanya, selain kawasan-kawasan yang telah lama dibangunkan di Pantai Timur negeri ini, kawasan-kawasan baru turut dibangunkan di kawasan Sook dan Nabawan termasuk Ladang Pandiwan yang kini mula mengeluarkan hasil.

Ghani yang juga Ketua Umno Bahagian Pensiangan berkata, Ladang Lumiri akan dibangunkan apabila dokumen-dokumen yang berkaitan dapat diselesaikan.

“Pembangunan Ladang Lumiri memakan masa yang lama kerana ia perlu penelitian dan banyak perkara-perkara yang berkaitan perlu diselasai mengikut perundangan,” jelas Ghani.

Beliau berkata, LKTNS berbuat demikian bagi memberi kefahaman kepada penduduk agar tidak timbul masalah di kemudian hari nanti.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Wilayah Pantai Barat LKTNS Md Redzuan Laindon Tangkong, Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Bahagian Keningau Puan Kamsiah Lee, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Tanah dan Ukur dan LKTNS.(ST)

12 comments:

  1. persetujuan penduduk di lapan buah kampung terhadap pembukaan ladang Lumiri itu adalah bersyarat.. oleh itu, badan pelaksana perlu memastikan syarat2 itu tidak diabaikan atau diketepikan..

    ReplyDelete
  2. apa2pun syabas kepada penduduk kampung yang memilih untuk membangunkan tanah2 tersebut untuk dijadikan ladang kelapa sawit.. bagi saya, tindakan ini sangat bijak untuk manfaat jangka panjang bagi kampung2 yang terlibat..

    ReplyDelete
  3. Syabas kepada LKTNS..harap lebih banyak kawasan akan dibangunkan lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Hope that the LKTNS will be able to develop the piece of land with the support and help from the local villagers.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. LKTNS have helped developed many areas and created job opportunities to the local folks. Hopefully Lumiri district will also see the same success.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. penerokaan kawasan tersebut untuk pembukaan ladang Lumiri pasti akan memberi manfaat kepada penduduk. ia akan tingkatkan taraf hidup penduduk dan memacu kepada pembangunan kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penduduk harus manfaatkan peluang ini untuk meningkatkan taraf hidup.

      Delete
  7. Usaha yang baik dari kerajaan dalam membantu rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  8. Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap pelaksanaan projek dilaksanakan sesuai dengan rancangan.

      Delete
  9. Persetujuan dengan baik inilah yang kita inginkan. Harap akan dapat membangunkan kawasan tersebut nanti.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan sentiasa membantu rakyat secara berperingkat

    ReplyDelete