KENINGAU: Penduduk di lapan
buah kampung di kawasan Lumiri bersetuju agar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri
Sabah (LKTNS), menerokai kawasan itu yang bakal dinamakan Ladang Lumiri.
Kampung-kampung yang
terlibat terdiri dari Kg. Pohon Batu Lama, Pohon Batu Baru, Tatalaan Ulu,
Sumbiling, Binanun, Nangkawangan, Lumiri dan Memagun.
Pemimpin masyarakat di
kawasan itu yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Barahim Andipoh
berkata, penduduk kampung yang terlibat telah membuat ketetapan agar LKTNS
diberi tanggungjawab membangun kawasan itu secara usahasama dengan penduduk.
Katanya, LKTNS telah
terbukti membangun banyak kawasan dan telah memberi manfaat dari segi
peningkatan ekonomi dan taraf hidup selain memberi peluang pekerjaan penduduk.
“Selain membuat ketetapan
dan persetujuan dengan LKTNS, penduduk yang terlibat juga telah membuat
ketetapan membantah mana-mana pihak atau syarikat-syarikat yang lain untuk
memasuki kawasan itu,” katanya selepas taklimat bersama Jabatan Tanah dan LKTNS
di salah sebuah hotel di sini kelmarin.
Taklimat itu dihadiri oleh
lebih 30 pemimpin-pemimpin masyarakat terdiri dari Ketua Kampung, Pengerusi
JKKK dan wakil-wakil penduduk kampung terbabit.
Ini katanya, kerana LKTNS
telah menjadi pilihan penduduk sebagai agensi pelaksana sejak tahun 2009 lagi.
“Kita yakin LKTNS dapat
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai agensi kerajaan yang berperanan membangun
tanah dengan sawit secara komersial,” kata Barahim.
Dokumen persetujuan kepada
LKTNS dan bantahan kepada mana-mana syarikat lain itu diserahkan oleh Barahim
kepada Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, Datuk Abdul
Ghani Datuk Yassin.
Terdahulu semasa memberi
penjelasan berkaitan matlamat LKTNS Ghani berkata, pihak LKTNS telah terbukti
membangun beberapa kawasan dengan tanaman sawit dan telah memberi pulangan
kepada penduduk yang terlibat.
Katanya, selain
kawasan-kawasan yang telah lama dibangunkan di Pantai Timur negeri ini, kawasan-kawasan
baru turut dibangunkan di kawasan Sook dan Nabawan termasuk Ladang Pandiwan
yang kini mula mengeluarkan hasil.
Ghani yang juga Ketua Umno
Bahagian Pensiangan berkata, Ladang Lumiri akan dibangunkan apabila
dokumen-dokumen yang berkaitan dapat diselesaikan.
“Pembangunan Ladang Lumiri
memakan masa yang lama kerana ia perlu penelitian dan banyak perkara-perkara
yang berkaitan perlu diselasai mengikut perundangan,” jelas Ghani.
Beliau berkata, LKTNS
berbuat demikian bagi memberi kefahaman kepada penduduk agar tidak timbul
masalah di kemudian hari nanti.
Hadir sama pada majlis itu
Pengurus Wilayah Pantai Barat LKTNS Md Redzuan Laindon Tangkong, Penolong
Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Bahagian Keningau Puan Kamsiah Lee, Pegawai-Pegawai
Kanan Jabatan Tanah dan Ukur dan LKTNS.(ST)
persetujuan penduduk di lapan buah kampung terhadap pembukaan ladang Lumiri itu adalah bersyarat.. oleh itu, badan pelaksana perlu memastikan syarat2 itu tidak diabaikan atau diketepikan..
ReplyDeleteapa2pun syabas kepada penduduk kampung yang memilih untuk membangunkan tanah2 tersebut untuk dijadikan ladang kelapa sawit.. bagi saya, tindakan ini sangat bijak untuk manfaat jangka panjang bagi kampung2 yang terlibat..
ReplyDeleteSyabas kepada LKTNS..harap lebih banyak kawasan akan dibangunkan lepas ni.
ReplyDeleteHope that the LKTNS will be able to develop the piece of land with the support and help from the local villagers.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
LKTNS have helped developed many areas and created job opportunities to the local folks. Hopefully Lumiri district will also see the same success.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
penerokaan kawasan tersebut untuk pembukaan ladang Lumiri pasti akan memberi manfaat kepada penduduk. ia akan tingkatkan taraf hidup penduduk dan memacu kepada pembangunan kawasan tersebut.
ReplyDeletependuduk harus manfaatkan peluang ini untuk meningkatkan taraf hidup.
DeleteUsaha yang baik dari kerajaan dalam membantu rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
ReplyDeleteSemoga semua perancangan berjalan dengan lancar.
ReplyDeletediharap pelaksanaan projek dilaksanakan sesuai dengan rancangan.
DeletePersetujuan dengan baik inilah yang kita inginkan. Harap akan dapat membangunkan kawasan tersebut nanti.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa membantu rakyat secara berperingkat
ReplyDelete