Saturday 19 May 2012

RAKYAT MULA BANGKIT DI SEMPORNA



Oleh : SHAIMON S JUMADI

"JIKA wang sebanyak RM1.5 juta yang diberikan kepada Zahida Mohd Rafik digunakan untuk membangunkan kampung Bangau-Bangau dan kampung-kampung lainnya, sudah pasti ramai rakyat mendapat manfaatnya," kata Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Haji Kamaruddin yang menegaskan Shafie mesti menjelaskan sumber wang yang diberikan kepada Zahida dalam Skandal Seks mereka yang didedahkan kepada Media.

Zuraida berkata demikian ketika berucap Majlis Bertemu Rakyat di Kampung Bangau-Bangau Semporna, kelmarin.

“Kampung Bangau-Bangau di bawah DUN Bugaya, 70 peratus penduduknya benar-benar daif kerana hanya kroni-kroni penyokong UMNO sahaja yang mendapat  Program Bantuan Rumah (PBR), namun selebihnya rumah mereka tidak ubah seperti kandang kambing,” ujarnya.

Kata Zuraida, sebahagian besar rakyat Semporna dahagakan pembangunan dan mahu perubahan besar berlaku dalam pelbagai hal, bukan sahaja dari segi prasarana bahkan lonjakan taraf kehidupan kerana lebih 70 peratus rakyat Semporna berada di dalam lingkungan putaran ganas kemiskinan disebabkan pembangunan yang gagal mencapai sasaran.

Walaupun sudah hampir 55 tahun UMNO/BN menerajui kerajaan Malaysia, namun kata Zuraida, sehingga sekarang tahap kemiskinan rakyat di luar bandar, terutama di Sabah tetap tidak berubah.

Senario ini jelas kelihatan di Semporna kerana hanya mereka yang tinggal di sebelah darat sahaja boleh dikatakan hidup agak mewah sedikit berbanding rakyatnya yang tinggal di pesisiran pantai dan di kepulauan terlalu daif.

Di Semporna umpamanya, walaupun mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Ahli Parlimen yang memperoleh peruntukan beratus juta ringgit, tetapi entah dilaburkan ke mana kerana Semporna tetap tidak 'sempurna' seperti dahulu juga dan tiada perubahan langsung.

Sehubungan itu, beliau menaruh harapan yang tinggi agar rakyat tertindas di Semporna, khususnya penduduk-penduduk Kampung Bangau-Bangau harus berpandangan jauh. Jangan kerana beras lima kilo, ikan sardin 5 tin, gula 2 kilo dan garam 2 bungkus, mereka terus menerus mengundi calon BN yang selama ini menjadikan mereka sebagai khadam politik.




"Jika ditakdirkan BN/UMNO masih lagi memerintah, begini juga keadaan Semporna dan juga keadaan Kampung Bangau-Bangau tetap tidak berubah. Selagi wakil-wakil rakyatnya bukan berjiwa rakyat, mereka makan isi-isinya semua, yang tinggal hanya tulang dan kuah baru diberikan kepada rakyat. Inilah dasar kerajaan BN/ dari dahulu, kini dan selamanya,” kata Zuraida.

Kata Zuraida, Ahli Parlimen mempunyai peruntukkan yang mencukupi untuk membangunkan Semporna kerana setiap tahun mendapat antara RM 2 hingga RM3 juta, tambahan pula selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempunyai peruntukkan yang amat besar.

Kehadiran Zuraida dan Hj Abdulah Sani, ADUN Kuala Langat bersama rombongan lainnya ke Kampung Bangau-Bangau telah disambut lebih 500 orang penduduk yang langsung tidak dipedulikan oleh ADUN Bugaya.


 


Namun disebabkan mereka mahu perubahan besar, bukan sahaja dari segi prasarana, malah ingin menikmati kehidupan yang lebih baik seperti penduduk Selangor, maka mereka berani mengibarkan bendera panji-panji PKR di rumah mereka.

"Syabas di atas keberanian luar biasa rakyat Semporna yang hati mereka telah menolak BN dan menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan penyingkiran BN secara fizikal dalam PRU akan datang," ujar Zuraida yang mendapat tepukan gemuruh penduduk setempat.

7 comments:

  1. bersungguh-sungguh betul Zuraidah nak kenakan Shafie, tapi Sahfie dah keluarkan saman terhadap Zuraidah. kita tgk sahaja nnti perkembangannya.

    ReplyDelete
  2. kedaifaan Semporna memberi peluang kepada pembangkang untuk memainkan isu ini, Sahfie harus membangunkan Semporna.

    ReplyDelete
  3. Semporna menjadi tumpuan PKR sekarang. Setelah menghentam Datuk Shafie dengan kes skandal sekarang Zuraidah mengambil peluang untuk menawan hati penduduk Semporna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktik Zuraida untuk menang di Semporna..

      Delete
  4. Modal PKR di Semporna hanya menjual nama Zahida untuk pancing undi.

    ReplyDelete
  5. sudah sah ka rm1.5 juta itu diberikan kepada Zahida?? kalau mahu berkempen pun jangan guna pembohongan.. sahkan dulu tuduhan itu baru boleh cakap..

    ReplyDelete
  6. macam mana pula dengan skandal pasir selangor, penggunaan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda oleh MB selangor, kes penyelewengan tender di kedah yang bernilai lebih dari rm600 juta???? kenapa zuraida senyap??

    ReplyDelete