Friday 4 May 2012

RCI SEMAKIN JAUH, PATI SEMAKIN DISAYANG?




Oleh : MUTALIB M.D

KETIKA Perdana Menteri masih melalui jalan berliku untuk merealisasikan hasrat rakyat Sabah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengatasi kerakyatan songsang di Sabah; Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri bekerja keras untuk menyelamatkan seorang PATI yang menjadi guru DG44 di SMK Balung, Tawau.

Selepas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing membawa isu Arsad ke Parlimen, pelbagai pihak datang menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan 'ANAK EMAS' PATI ini daripada sebarang tindakan, malah sehingga sanggup menafikan hak pemilik asal kad pengenalan berkenaan, A Ramlee @ Ramli Rasim, anak jati Sabah yang menetap di Kuala Abai, Kota Belud.

Agak aneh, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak tampil membantu A Ramlee @ Ramli Bin Rasim sedangkan pemilik asal kad pengenalan yang digunakan Arsad untuk menjadi guru DG44 adalah pengundi di Kuala Abai, Usukan, Kota Belud.

Mengikut maklumat yang diterima, pada mulanya Arsad telah digantung kerja, mungkin sekadar untuk mengabui mata rakyat Sabah; namun hakikatnya Arsad masih bertugas di SMK Balung dan menikmati gaji yang lumayan sehingga sehingga kini.

Mungkin malang bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana Menteri Kabinet, terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Pelajaran) dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien (Menteri Dalam Negeri) adalah 'Gerabak Lama' (Besi Buruk) peninggalan Tun Mahathir yang tidak memahami kehendak Najib memastikan Malaysia dan UMNO bersih daripada tohmah merekrut PATI sebagai Pengundi dan ahli parti.

Akibatnya, PATI yang bernama Arsad dan menggunakan kad pengenalan biru palsu H0740273 menggunakan kad pengenalan asal A Ramlee @ Ramli Bin Rasim yang telah mempunyai MyKad bernombor 700710125439 semakin besar kepala.

Tabiat buruk Arsad Alwi semakin ketara kerana enggan menurut arahan Pemangku Pengetua, bahkan Arsad beranggapan bahawa lantikan daripada Pegawai Pelajaran Daerah ke atas Pemangku Pengetua adalah tidak betul.

Arsad merasakan bahawa beliau yang sepatutnya layak memegang jawatan tersebut kerana pengalaman dan senioritinya. Menurut sumber yang boleh dipercayai dan diperolehi daripada seorang Pengerusi JKKK (nama terpaksa dirahsiakan), Arsad Alwi telah berjumpa dengan Adun Balung, Datuk Syed Abbas berhubung masalah kad pengenalannya.

Kata Pengerusi JKKK itu lagi, Syed Abbas telah membantu Arsad dan kini rayuan kad pengenalannya sedang diproses oleh Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab itu, Arsad merasakan bahawa beliau dilindungi oleh Kerajaan; malahan dengan bangganya mengisytiharkan bahawa A Ramlee @ Ramli Bin Rasim telah mencuri kad pengenalan tersebut daripadanya?

Buat masa ini, Arsad telah menutup dan mengunci pintu masuk utama ke pejabatnya dan menggunakan pintu masuk melalui bilik UBK dan jarang berada di luar pejabat seolah-olah dia ingin orang luar menganggap bahawa dia telah di gantung tugas; walhal masih berada di sekolah berkhidmat atas sokongan kerajaan BN dan Pemuda UMNO Tawau.

Sampai bilakah rakyat dan pemimpin Sabah terus bacul dan membiarkan PATI menjadi pegawai awam bermaharaja lela seolah-olah Sabah tidak mempunyai undang-undang dan kedaulatan; sedangkan dalam masa yang sama melaungkan RCI?



 
Rekod Tunggakan gaji Arsad Alawi.





Rekod Kehadiran Arsad Isnin 23 April 2012.





Rekod Kehadiran Arsad Rabu 25 April 2012




Rekod Kehadiran Arsad Khamis 26 April 2012





Rekod Kehadiran Arsad Jumaat 27 April 2012.

38 comments:

  1. siasat identiti sebenar Arsad, jika benar dia PATI, ambil tindakan.

    ReplyDelete
  2. Mengapa masalah PTI ni susah sangat nak kawal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinkah ada pihak yang bagi perlindungan dengan PATI ni??

      Delete
    2. I bet this is one of the main reasons.

      Delete
    3. its possible that someone is protecting these PATI. That is why we need RCI to investigate this matter so that the culprit will be found and be punished heavily.

      Delete
    4. Because the government do not take serious action.

      Delete
  3. Let us dig this man out.

    ReplyDelete
  4. Kalau betullah perkara ni, rakyat tempatan memang patut tercabar dan terancam sebab sekarang PATI sudah mula mengambil hak penduduk tempatan sedikit demi sedikit. lama2 semua sekali dikebas.

    ReplyDelete
  5. perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif tetapi tegas sebelum PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI mengancam ketenteraman dan perkembangan ekonomi.

      Delete
  6. kalau benar ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...maka, kerajaan / penguatkuasa seharusnya bertindak segera dan bukannya berdiam diri sahaja atau melindungi 'pengkhianat' itu

    ReplyDelete
  7. jika tidak, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai khasnya Sabahan dan dunia amnya, bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini

    ReplyDelete
  8. jika kerajaan prihatin akan masalah PATI/PADI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    ReplyDelete
  9. sememangnya, isu PATI/PADI wujud dan perkara ini tidak boleh disangkalkan lagi, meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang kian membiak cepat di Sabah/Malaysia

    ReplyDelete
  10. For sabahans, RCI is important to them.It gives them hope that PATI issue sabah could be resolved. They will not stop fighting for what they want till they get it.

    ReplyDelete
  11. RCI harus ditubuh untuk mencari punca masalah.

    ReplyDelete
  12. Keputusan menubuhkan RCI harus dibuat sebelum PRU akan datang.

    ReplyDelete
  13. Selagi PATI tidak diselesaikan, semkain payah golongan ini dikawal.

    ReplyDelete
  14. Yang penting sekarang kerajaan Persekutuan perlulah mempercepatkan penubuhan RCI untuk Sabah.

    ReplyDelete
  15. Permintaan terhadap RCI perlulah ditunaikan sebaiknya. Ini kerana kita mahukan RCI ini dapat menyelesaikan masalah projek IC di Sabah dan menyelesaikan sekali mengenai PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI harus segera dilaksanakan, jangan lengah2kan masa.

      Delete
  16. Pihak Persekutuan harus serius dalam penubuhan dan pelaksanaan RCI.

    ReplyDelete
  17. hebat.. sampai rekod kehadiran Arsad pun dia boleh dapat..

    ReplyDelete
  18. saya pun tidak tahu mana satu pihak yang betul.. baik bawa saja perkara ini kemahkamah..

    ReplyDelete
  19. The government has agreed to set up a royal commission of inquiry (RCI) to investigate problems related to illegal immigrants in Sabah, Prime Minister Najib Abdul Razak announced today.

    ReplyDelete
  20. He said the government was committed to resolving the issue as it could affect the well-being of the people of Sabah.

    ReplyDelete
  21. It is hoped that the people of Sabah will take advantage of this RCI and together with the government find the strategies and best approaches to tackle the problems concerned.

    ReplyDelete
  22. Najib said the decision was made after taking into consideration the views from all quarters.

    ReplyDelete
  23. The Attorney-General's Chambers has been entrusted with the responsibility to come up with the terms of reference and the initial draft has been prepared.

    ReplyDelete
  24. To ensure the RCI functions smoothly, the AG’s Chambers to get views and feedback from all quarters on the draft before the TOR is finalised.

    ReplyDelete
  25. The prime minister said the setting-up of the RCI was a manifestation of the determination of the governnment in upholding the constitution and the rule of law.

    ReplyDelete
  26. It is reported that the number of illegal immigrants in Sabah is estimated to be above 500,000 people.

    ReplyDelete
  27. Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili said. said Najib was expected to make the announcement of the specific terms of reference of the RCI when he visits the state during the Pesta Keamatan (harvest festival).

    ReplyDelete
  28. He said the RCI was expected to ensure that all problems associated with illegal immigrants in Sabah are resolved in a comprehensive manner.

    ReplyDelete
  29. The setting up of the RCI has become an important issue following apprehension among the people and NGOs in Sabah over the existence of illegal syndicates supplying identity cards to illegal immigrants, resulting in the alleged rise in their number in the state.

    ReplyDelete
  30. The Sabah Barisan Nasional Citizenship Committee, chaired by Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, had been entrusted with the responsibility of coming up with the terms of reference of the RCI.

    ReplyDelete