BANTUAN……..Junaidy
(kiri sekali) menyampaikan replika cek kelulusan tanam semula getah kepada
Abdul Rahman (kanan sekali) sambil disaksikan oleh Musbah (dua dari kiri) dan
Peter (dua dari kanan) pada majlis itu.
KOTA BELUD : Sejumlah empat
juta enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas
700 hektar di kawasan Parlimen Kota Belud telah diluluskan oleh pihak RISDA
khusus untuk pekebun kecil getah di daerah ini.
Majlis penyerahan kelulusan
tanam semula getah itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk
Abdul Rahman Datuk Dahlan sempena Majlis Penyerahan Kelulusan Tanam Semula Dan
Kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) yang telah berlangsung di Dewan Datuk Musbah
Kg. Taun Gusi, Kota Belud, baru-baru ini.
Abdul Rahman berkata,
kerajaan Barisan Nasional melalui pelbagai agensi kerajaan sentiasa berusaha
memperbaiki taraf ekonomi para petani di seluruh negara tidak terkecuali para
petani di daerah Kota Belud.
Menurutnya, nilai empat juta
enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas 700
hektar di kawasan Parlimen Kota Belud adalah antara salah satu lagi bukti
bahawa kerajaan yang ada sekarang amat prihatin dengan keperluan para petani di
daerah ini.
“Kerajaan yang ada sekarang
akan terus dari masa ke semasa berusaha memperbaiki taraf hidup rakyat, usaha
membangunkan ekonomi rakyat yang diusahakan oleh selama ini oleh kerajaan
Barisan Nasional bukan dilakukan bermusim.”
“Sebaliknya usaha
membangunkan rakyat dilakukan secara berkesenimbungan demi memastikan rakyat
mendapat manafaat dari program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional,”
kata Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah.
Hadir sama pada majlis itu
antaranya ialah Pembantu Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah
Jamli; Pegawai RISDA Kota Belud, Junaidy Along; Penolong Pegawai Daerah Kota
Belud Bahagian Pentadbiran, Peter Jiton serta para pemimpin setempat yang lain.
penanaman semula ini memperlihatkan kerajaan amat ambil berat akan indusri getah di Sabah.
ReplyDeleteini jg dpat membantu para pekebun getah dalam meningkatkan taraf hidup mereka.
ReplyDeleteTanaman getah baru ni mampu mengeluarkan hasil yang banyak tapi kena tunggu lebih kurang 5 tahun baru boleh keluarkan hasil.
DeleteBagi penanaman semula getah oleh RISDA ni ramai penduduk kampung yang hadapi masalah geran tanah bila memohon. kerajaan perlu ambil perhatian tentang masalah ni.
ReplyDeleteThis is good. Keep it up.
ReplyDeleteUsaha yanga sangat baik. Harap Risda akan dapat memberikan pembangunan yang baik kepada penduduk dikawasan tersebut.
ReplyDeletesyabas kepada kerajaan kerana terus membantu penduduk kampung meningkatkan taraf hidup mereka..
ReplyDelete