Saudara Pengarang,
SAYA, Chung Su Li, menujukan
surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan
Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian
kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah.
Siasatan saya mendapati
seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih kurang 1,500 di
Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan dengan membayar
sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada sindiket yang
mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia.
Saya mewakili majoriti suara
rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk
mencari dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing, terutama
daripada India, Pakistan, Indonesia dan Filipina.
HEBAT....Skandal IC Projek terbaru masih menggunakan Modus operandi yang sama iaitu laporan kehilangan kad pengenalan.
Aktiviti membuat IC mengunakan
wang telah mula menjadi-jadi di Sabah setelah seorang yang bernama Nasir Bin
Yusof berjaya mendapatkan IC untuk dirinya pada awal tahun 2011.
Nasir Bin Yusof atau Latiff,
yang berasal daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India datang ke Malaysia dengan
mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran India.
Beliau kemudiannya telah
berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Antara
bekas Restoran beliau yang terkenal ialah Restoran Salimah berhampiran Hospital
Mesra Bukit Padang dan di Terminal Inanam.
Beliau membuka kedai
mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan menjalankan perniagaan
tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak pada ketika itu.
PASPORT.....Salinan Pasport India Nasir yang ketika itu menggunakan nama Kader Moideen Latheef. Mustahil Jabatan Imigresen tidak mempunyai salinan kerana beliau mempunyai Permit Kerja sebagai Tukang Masak.
Pada masa itu, beliau mula
mengalihkan minat beliau ke bidang lain. Atas sifat-sifat beliau yang berani dan
pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan memberikan suapan
tertentu; telah berjaya menjadi agen menguruskan dokumen kepada pekerja asing
dan majikan warganegara.
Beliau menjalankan tugas
khas ini sedangkan pada hakikatnya beliau hanya seorang tukang masak di kaca
mata undang-undang, mengatasi Agensi Pekerjaan Swasta dan Agensi Kerajaan yang
mempunyai potfolio mengeluarkan dokumen pengenalan diri.
Latiff mula menjual satu
demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya mula maju. Beliau tidak
perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa juadah yang perlu di masak di
kedainya. Beliau juga tidak perlu membayar cukai perniagaan dan pendapatan. Beliau
mula memberikan perhatian yang serius dalam aktiviti agen tersebut kerana sudah
terkenal di Sabah.
Mengikut pemerhatian saya, beliau
keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan Imigresen Sabah (JIS). Beliau akan
datang biasanya waktu petang dengan membawa beg berisi pasport dan sampul surat
berwana coklat. Beliau akan terus berjumpa dengan pegawai yang diperlukannya
dan mendapat layanan istimewa.
Kenapa perkara ini boleh
terjadi? Latiff telah pun membeli dua organisasi penting iaitu Jabatan
Imigresen Sabah (JIS) dan Jabatan Pendaftaran Sabah. Beliau merasuah hampir semua
kakitangan JIS bermula daripada sumbangan sarapan pagi, makan tengah hari,
minuman, alat solek, peralatan rumah dan kredit telefon bimbit. Jika disemak
telefon bimbitnya, sudah tentu terdapat nombor telefon semua pegawai pegawai tinggi
kerajaan terutama Imigresen, JPN dan Polis.
Latiff akan menguruskan visa
pekerja asing dengan bayaran bermula daripada RM600 sehingga RM 1,000. Majikan
lain yang cuba berurusan sendiri di kaunter akan mengalami pelbagai kerumitan
dan kelewatan serta syarat yang sangat ketat.
Pegawai JIS tanpa segan silu
akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu Latiff untuk memudahkan urusan
mereka. Ini semua hasil tunjuk ajar Latiff. Namun setakat ini, hanya Pengarah Imigresen
Sabah, Mohd Mentek sahaja yang tidak dapat dibeli kerana ketegasan dan prinsip
y utuh yang dimilikinya.
Latiff tidak berjaya meraih
simpati daripada Mentek yang kental dengan semangat kenegerian dan memahami
masalah Sabah. Agensi Pekerja Asing yang berdaftar dengan Pasukan Petugas Khas
Persekutuan hanya bermimpi di siang hari untuk mendapatkan layanan serupa
dengan Latiff.
SEGERA.....Nasir menjadi pemilih ekpress dengan kad pengenalan yang ada padanya.
Latiff juga membantu orang
ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka secara haram, menguruskan
penubuhan syarikat secara haram untuk memastikan warga asing dapat membawa kaum
keluarga dan kerabat mereka masuk ke Malaysia melalui visa pegawai dagang.
Beliau juga mempunyai
kenalan pengawai yang telah dirasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu terutama Pegawai Kanan Imigresen untuk membenarkan pekerja yang
mengunakan visa bekerja di Semenajung Malaysia masuk bekerja di Sabah selain
menguruskan urusan balik warga asing yang mempunyai masalah Imigresen.
Selain itu, beliau turut
membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk menguruskan dokumen lain
seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan JPN yang lain. Beliau juga sudah
semakin berani apabila menjadi Setiausaha Parti Kimma sejurus mendapat IC Projeknya.
Beliau mempunyai ramai kenalan dalam facebooknya terutama ahli Kimma seluruh
negara.
Latiff kemudian membuka
sebuah kedai setelah memiliki banyak wang, semata-mata untuk menutupi segala
aktiviti haramnya. Kedai tersebut ialah JJ One Phone di Lot 57, Bandaran
Berjaya, Kota Kinabalu.
Dalam kedai ini, terdapat
sekurang-kurangnya 50 pasport dalam satu-satu masa. Kedai ini dibuka untuk mengelirukan
pihak berkuasa dan menutup mata orang ramai. Namun kedai ini hanya menjadi mesin
'Money Laundering' kerana hanya menjual kredit telefon dan telah memindahkan
operasi haramnya ke Asia City, Kota Kinabalu.
Latiff ini berjaya
melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana memiliki pengaruh yang
kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah ditahan kerana menipu dalam
menurunkan tandatangan seorang majikan setelah pekerja asingnya yang ditahan di
Kudat oleh Pegawai Penguatkuasa Imigresen Sabah yang dikenali sebagai Halid. Namun,
kes itu ditutup tanpa sebarang tindakan.
Beliau juga berkawan rapat dengan
seorang polis yang bernama Ayub kerana Ayub mengenali hampir semua polis
berpangkat tinggi di Sabah kerana dahulunya mempunyai sebuah kedai runcit dalam
kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan.
Dengan Ayub, semua kawan
beliau terutama orang India boleh keluar daripada tahanan dengan mudah tanpa
sebarang kerumitan. Selain itu, di setiap pusat tahanan terutama di Kimanis
Papar, Latiff mempunyai orang untuk mengeluarkan sesiapa saja yang ditahan dengan
mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang dan wang
tersebut akan dikongsi bersama pegawai yang terlibat.
Pendedahan saya ini khas
untuk menekankan bagaimana Latiff, seorang warga India yang telah lahir semula
di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia seterusnya menjadi salah satu
kepala dalam membuat IC di Sabah.
Mengikut rekod, Latiff atau
nama asalnya, Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport India bernombor
E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga hujung 2011
dengan tarikh lahir dalam pasport 10 Oktober 1972.
Kini beliau tidak lagi
menggunakan pasport India setelah mendapat resit kad pengenalan Malaysia 620605-12-6421
dengan identiti dan nama baru iaitu Nasir Bin Yusof dan tarikh lahirnya di
kebelakangkan pada 05 Jun 1962. Perkara ini sangat jelas menunjukan berlaku
banyak penipuan yang dilakukan oleh Latiff. Bagaimana beliau boleh tua 10 tahun
dalam IC berbanding Pasport beliau?
Siapakah Nasir Bin Yusof ini
sebenarnya? Adakah orang yang telah meninggal atau pun orang yang tidak
menuntut ICnya? Ini bukan fitnah. Saya sertakan salinan pasport dan semakan
daftar pemilih beliau.
Saya percaya bahawa Tuhan
akan meninggal bukti bagi menumpaskan semua kejahatan di dunia ini. Bukti yang
saya berikan sangat jelas. Namun, bagaimana pula Latiff ini berjaya memiliki IC
ini?
Adakah hal ini seperti yang
dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar baru-baru ini? Apa
pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang terlibat dan terpulang
kepada kerajaan Malaysia untuk menyiasatnya.
Jangan kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga. Orang macam Latifflah yang menyebabkan desakan terhadap
RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah. Saya berpendapat, penahanan beberapa
individu yang saya berikan ini akan mencari penyelesaian masalah IC di Sabah.
Latiff ini berjaya mendapatkan
IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji Jaffaer Henry, bekas Pengarah JPN
Sabah melalui bantuan Suzina Binti Mohd Rahfee. Puan Suzina mempunyai hubungan
rapat dengan Latiff. Latiff sentiasa mengambil dan menghantar Puan Suzina apabila
pergi atau balik daripada mana-mana urusan di luar negeri terutama daripada Kuala
Lumpur dan Labuan .
Selain itu, Latiff sentiasa
mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada di Sabah. Latiff juga
menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan Suzina. Saya hairan bagaimana
Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga baru mengangkat sumpah sebagai Penolong
Pegawai Pendaftaran pada tahun 2009 dan menerima penempatan baru di JPN Kota
Kinabalu boleh menandatangani resit laporan kehilangan kad pengenalan pada
tahun 2004 dan 1996?
Beliau yang baru mengangkat
sumpah untuk bertugas di JPN Kota Kinabalu pada 28 Mei 2009 bertempat di 'The
Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson berjaya menyediakan semua
dokumen secara sempurna untuk mendapatkan IC kepada Latiff; tetapi tidak berjaya
membuatnya tanpa meninggalkan bukti kukuh.
Selepas berjaya mendapatkan IC,
Latiff melihat perkara ini daripada sudut perniagaan. Beliau ingin mengaut
keuntungan besar dengan menjual IC seperti ini. Beliau kemudianya mencari jalan
dan beliau mula bersekongkol dengan rangkaian Musakkar Bin Abdullah (Kadersha)
yang juga memiliki ‘IC MASIH PANAS’ yang maklumatnya disertakan bersama ini.
Rangkaian Musakkar ini
terdiri daripada beberapa orang daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka diketui
oleh Abdul Rahman bin Md Noor (Gred 42) Ketua Unit Khas Sabah (KUS) di
Putrajaya; diikuti Puan Farrah Izanni Binti Mohamad Ismail, Penolong Pengarah
Unit Khas Sabah; Md. Solehan bin Omar, Pengarah Bahagian; Ruslan Bin Alias, Penolong
Pegawai Pendaftaran; Susilan dan Puan Sulaiha dan beberapa pegawai di Bahagian
Kad Pengenalan.
Mereka menerima permohonan
Kad Pengenalan seperti ini hanya daripada Latiff, Musakkar dan beberapa orang
lagi. Mereka akan meminta menyediakan butiran serta gambar dan kemudian mereka
akan diberikan resit IC, Sijil Lahir dan seterusnya Maykad berserta dokumen
lain oleh pegawai di atas.
Saya tidak mengenali semua
pegawai tersebut, akan tetapi semua mereka ini benar-benar terlibat. Saya tiada
memiliki bukti lain selain daripada ini. Namun, saya yakin dengan bantuan semua
individu tersebut, Latiff berjaya mendapatkan IC seseorang yang telah mati
ataupun yang tidak dituntut oleh pemohon.
Kejayaan Latiff ini berjaya
menambah ahli rangkaian dan agen di Sabah. Latiff kemudian bertukar menjadi
salah satu ahli rangkaian ini dengan harapan dapat menguat untung yang besar. Rangkaian
ini kemudian di sertai oleh Salim Khan Bin Kaboor dengan IC bernombor
681012-12-5123 iaitu pemilik sebuah restoran terkenal di Sabah iaitu Restoran
Salim, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu.
Setelah beliau berkahwin kali
kedua, beliau telah jatuh dalam perniagaan dan setelah mula berniaga IC, beliau
kini sudah naik semula dan semakin kaya. Rangkaian ini kemudian berjaya
mendaftarkan seramai 100 orang setakat ini di Sabah dan di Semenanjung 1,500
lebih.
Semua orang yang telah
meninggal di Semenanjung Malaysia telah lahir semula dengan bantuan pendekar-pendekar
yang baru wujud di Sabah ini. Adakah ini zaman batu atau zaman moden? Salim dan
Latiff sentiasa menjemput Rahman apabila sampai di Sabah dengan menyediakan
semua kemudahan termasuk hotel mewah dan sebagainya. Perkara ini amat
merisaukan saya dan seluruh rakyat Sabah.
IC yang dimiliki oleh Latiff
telah dibuat sebegitu sempurna tanpa boleh dipertikaikan lagi. Siap dengan
salinan laporan kehilangan kad pengenalan yang kononnya pernah hilang pada 12
Mac 2004 dan 30 Disembet 1996 yang ditandatangani oleh Puan Suzina yang saya
sertakan sekali dengan laporan saya ini.
Namun dengan kuasa tuhan,
saya telah menjumpai beberapa kelemahan dalam laporan ini kerana nama penuh
dalam laporan ini ialah Nasir @ Lathiep Bin Yusuf yang mana sangat berbeza
dengan IC beliau. Adakah Puan Suzina ini bekerja dari tahun 1997 sehingga 2011
dalam satu bahagian yang sama dalam JPN Kota Kinabalu atau beliau baru ditempatkan
di Kota Kinabalu pada Mei 2009? Adakah perkara ini boleh masuk akal?
Latiff mempunyai dua orang
adik beradik lagi di Sabah yang mana salah satunya berada di Papar dan tidak
mempunyai IC dan salah satunya yang bernama Peer Mohammad Bin Kadeer dengan no
Maykad 600323-12-5465. Adik beradik satu bapa tetapi dibinkan kepada orang
lain. Tidakkah pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini?
Seorang lagi agen khas untuk
pekerja asing India yang terlibat dalam rangkaian ini ialah Musakar Bin Abdullah
dengan IC No 620305-12-5961. Jika meneliti kisah Musakar, beliau ini boleh
dianggap sangat berbahaya dan saya memiliki beberapa dokumen untuk membuktikan
bahawa IC Musakar ini baru di beli.
Beliau datang daripada India
mengunakan Visa Tukang Masak untuk Kedai Kopi Farvin Inanam yang dijamin oleh
Majikannya, Aziz Bin Kasim. Kemudian Aziz telah membatalkan visa tersebut dan
menghantarnya balik ke India. Salinan tersebut turut disertakan. Beliau
kemudiannya balik ke Malaysia dengan jaminan seseorang lagi.
Beliau kemudian membuka sebuah
kedai barang-barang aneka kecil di belakang kedai Farveen Curry House
berhampiran Shell, Kampung Air Kota Kinabalu. Seratus peratus barang dalam
kedai ini ialah barang curi yang dibekalkan oleh sindikit tertentu dan
menjadikan tingkat atas kedai beliau tempat menyimpan barang atau stor.
Kemudian beliau akan
menjualnya di kedai tersebut. Pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini dengan lebih
lanjut lagi. Tambahan pula, nama Musakkar ini sewemangnya nama bukan India. Tentu
sekali, Mykad ini milik rakyat Malaysia atau Indonesia.
Musakkar datang ke Malaysia
dengan nama Kadersha Mydeen atau nama gelaran Katta Kaja dengan pasport India bernombor
A7754373. Kemudian beliau membuat IC dengan bayaran RM 30,000 melalui
rangkaiannya. Beliau berasal daripada Asoor, Trichy, Tamilnadu dan pasportnya
sah sehingga 5 Mei 2009.
Beliau kini sudah membuka
restoran sendiri di hadapan kedai barang anekanya dengan nama Restoran Farveen
Curry House bertentangan Shell Kampung Air. Pada asalnya, beliau hanya bekerja
di situ. Apabila berjaya mendapat untung yang banyak daripada penjualan IC, beliau
terus membeli kedai tersebut dan menjadikan ia miliknya. Kegiatan Kadersha ini
boleh mengancam keselamatan Negara kita.
Kadersha ini pada asalnya
bekerja bersama Aziz bin Kasim. Atas kebiadapan terhadap Majikannya dan
melakukan kesalahan Imigresen, beliau ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah yang
ketika itu laporan ini dibuat oleh Aziz di pejabat lama di Wisma Dang Bandang, Kampung
Air.
Semasa dalam tahanan, Aziz
telah membatalkan visanya dan membeli tiket penerbangannya untuk balik ke
India. Salinan tiket tersebut turut disertakan. Namun, Kadersha berjaya keluar
daripada tahanan dengan bantuan seseorang.
Beliau kemudian membuat
muslihat dan tinggal di Sabah. Sekarang ini beliau kembali ke Malaysia dan
berjaya membeli Restoran majikannya sendiri. Fakta ini benar sekali, pihak
berkuasa boleh menghubungi bekas majikannya, Aziz bin Kasim di talian 016-8105XXXX
(nombor sebenar sila email ke Sabahkini) untuk maklumat lanjut.
Selain itu, satu kes yang masih
dalam siasatan di Balai Polis Lama Kota Kinabalu terhadap Kadersha mengenai cek
tendang yang dilaporkan oleh Aziz Bin Kasim, bekas majikannya. Baru baru ini,
ada orang yang melaporkan tentang IC Musakkar (Kadersha) di Balai Polis
Karamusing.
Tetapi kes ini berjaya
ditutup olehnya dengan wang ringgit Malaysia. Kadersha juga menyembunyikan
dirinya selama seminggu di rumah banglonya yang dibeli dengan wang hasil kerja
kerasnya membuat IC di Semenanjung Malaysia sebelum menutup kes ini. SB Mohan
daripada Balai Polis Karamusing juga mengetahui hal ini. Dialah yang
menguruskan kes-kes India di Kota Kinabalu.
Sehubungan itu, saya mengharapkan
satu penyiasatan khas dibuat mengenai hal ini. Saya bersama ratusan rakan saya
tidak akan teragak-agak untuk mengumpulkan tandatangan bagi memastikan kerajaan
Malaysia menyiasat hal ini dan tidak memberikan sebarang alasan.
Kami mahu IC mereka yang
terlibat harus ditarik balik. Kami rakyat Sabah tidak mahu mereka menjadi salah
satu pengundi dalam pilihanraya 13 akan datang. Kami mahukan penyelesaian
menyeluruh.
Sekiranya kerajaan Malaysia
tidak menyiasat dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua suspek ini,
maka kami akan meminta bantuan pembangkang untuk menuntut penyiasatan ke atas
isu ini yang kami kira amat penting untuk kami warga Sabah. Kami hilang punca
pendapatan angkara warga asing seperti Latiff dan Kadersha yang diberikan IC.
Saya berharap agar agensi
kerajaan yang terlibat menyiasat hal ini serta merta sebelum pilihanraya akan
datang. Penerima IC seperti ini harus dibuang dahulu. Mereka tiada hak memegang
kad pengenalan Malaysia.
Pendedahan saya ini membantu
kerajaan untuk mengesan individu yang bersalah dan seharusnya inilah peluang
yang baik kepada kerajaan Malaysia untuk membersihkan nama daripada dakwaan
pembangkang.
Apa pun jutaan rakyat Sabah
akan menantikan berita gembira tentang dalang-dalang dan pemegang IC ini
ditangkap secepat mungkin. Kami menaruh harapan pada kerajaan yang kami sanjung
selama ini. Kami sentiasa menantikan langkah daripada kerajaan selepas ini
dengan harapan yang besar.
Penuntutan pembangkang untuk
menubuhkan RCI akan terjawab dengan tertangkapnya rangkaian ini. Maklumat ini
saya kumpul daripada agen-agen SAH di Sabah dan orang ramai. Selepas penahanan
rangkaian ini, Ini kalilah, terjawabnya semua misteri di sebalik desakan
penubuhan RCI. Apabila berita ini diketahui oleh mereka, tentu mereka akan
bersembunyi dan keluar selepas keadaan baik semula. Tapi ingat, kami tidak akan
biarkan rangkaian ini berleluasa sampai bila-bila pun.
Kami tidak mendedahkan
identiti kami seperti nombor telefon selengkapnya kerana risau tentang
keselamatan kami. Semua yang terlibat amat berbahaya. Pegawai kerajaan juga
dikira amat takut dengan mereka ini. Namun jika diperlukan, bukan saya seorang
yang akan tampil nanti, ribuan orang yang menyokong saya dalam hal ini akan
tampil ke hadapan.
Saya harap kerajaan mulakan
dahulu penyiasatan. Semua bukti kukuh telah saya berikan. Tiada satu pun
tuduhan saya ini boleh dianggap fitnah. Kami sedang mengumpulkan nama-nama dan
biodata mereka yang baru sahaja membeli IC daripada rangkaian ini dan akan
didedahkan kemudian hari.
Sedangkan masih ramai
pemegang kad bunga raya di Sabah akibat daripada kelewatan JPN menguruskanya
yang berpunca daripada kekurangan maklumat, bagaimana kerajaan boleh bertindak
mengeluarkan IC berbayar seperti ini yang seratus peratusnya haram?
Sekian
Salam Satu Malaysia,
CHUNG SU LI
siasat hal ini, RCI amat diperlukan bagi selesaikan isu ini.
ReplyDeleteRCI pasti akan ditubuhkan tak lama lagi, dgr kabar pada lawatan Najib berikutnya ke Sabah, RCI akan diumumknan.
DeleteThis is serious, we shouldn't prolong it.
ReplyDeleteInvestigations are important.
DeleteThe more we prolong this issue, the more it will gets worse and eventually we will end up becoming refugee in our own country.
DeleteMasalah ini tidak harus dibiarkan dan dilengahkan nanti akan memudaratkan semua pihak.
ReplyDeleteThis is one of the cases that we should curb. Or else,it will eat us alive.
ReplyDeleteThe authorities should play their roles well and this will encourage more positive outcomes.
ReplyDeleteThis is why RCI should be set up immediately.
ReplyDeleteRasuah pemusnah bangsa dan negara. Sindiket macam ni perlu disiasat dan pihak yang terlibat dikenakan tindakan.
ReplyDeleteIC projek sebelum ni pun belum lagi selesai tapi sudah muncul skandal IC Projek yang terbaru.
ReplyDeleteBila la isu projek ic ini akan diselesaikan?
ReplyDeletesuatu penyakit serupa barah yg sdg di alami oleh kita org Sabah.. semua berpunca dari rasuah.. konon musuh negara tapi skrg musuh adalah kawan? ni la pasal kenapa sia sokong pembangkang..sebab dgn adanya pihak pembangkang lah semua hal2 begini dapat di publisitikan.
ReplyDelete80 over percent asking for RCI, the government should listen to the majority.
ReplyDeletePATI masih ada kegunaannya, tidak mungkin dihantar balik.
ReplyDeleteKerajaan negeri tidak harus mengabaikan masalah yang semakin serius ini.
ReplyDeleteJPN harus beramah dan tidak memberi mykad kepada mereka yang tidak berkaitan dan kelayakan.
ReplyDeleteSelagi projek IC tidak ditanggani, PRU tidak mungkin adil dan bersih.
ReplyDeleteJika benar perkara ini berlaku sebaiknya siasat individu tersebut. Benar atau tidak akan dakwaan tersebut.
ReplyDeleteRCI sudah diumumkan.. apa2 isu pasal IC palu atau projek IC, serahkan saja dengan suruhanjaya ini..
ReplyDelete