Oleh : PAPARAZZI
SABAHKINI.NET
TELAH heboh khabar ini
sampai ke cuping Perdana Menteri bahawa salah seorang Naib Presiden UMNO yang
juga Menteri Kabinet Malaysia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk menaja
pemimpin Parti Pembangkang sejak 2008 sehingga kini.
Menurut sumber terdekat
dengan Perdana Menteri, Naib Presiden UMNO itu meminta rakan karibnya menaja
pemimpin kanan parti pembangkang dengan janji akan membayar balik semua kos
yang telah dikeluarkan melalui projek atau dengan kata lain 'Project-Swap'.
Namun kini sudah hampir
empat tahun berlalu, hanya RM100,000 sahaja yang telah dibayar kembali melalui
adik Naib Presiden berkenaan kepada rakan karibnya, manakala selebihnya masih
tertunggak dengan janji yang diperbaharui setiap masa, termasuk meminta rakan
karibnya sejak 25 tahun lalu menyertai tender tertutup di kementeriannya.
Tetapi rakan karibnya masih
gagal mendapatkan semula wang yang dilaburkan melalui tender tertutup yang
dianjurkan sehingga membuatkan beliau kecewa seolah-olah menjadi peminta
sedekah kepada Naib Presiden UMNO tersebut.
Rakan karib Naib Presiden
UMNO itu sedang mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri untuk mengadu 'sikap
tikam belakang' Menteri Kabinet berkenaan kerana beliau menghadapi masalah perniagaan
disebabkan modal dan keuntungannya digunakan untuk membiayai aktiviti parti
pembangkang berkenaan atas arahan Naib Presiden UMNO tersebut.
Amat malang bagi rakan karib Naib Presiden UMNO itu kerana terpaksa menggadai rumahnya kepada Ah Long dan menjual lima keretanya demi untuk meneruskan kehidupan akibat tindakan Naib Presiden UMNO mungkir janji dan berdalih untuk membayar hutangnya.
Paparazzi telah menyelidik
siapakah Naib Presiden UMNO yang sanggup menderhaka kepada parti demi menyimpan
'Fixed Deposit' untuk kepentingan politiknya; tetapi tidak dapat mendedahkan di
Sabahkini.net buat sementara waktu sehinggalah rakan karib Naib Presiden UMNO
berkenaan berjaya menemui Perdana Menteri.
Untuk makluman, hanya ada
tiga Naib Presiden UMNO iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun
Hussien; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Siapakah di antara mereka
yang bakal disingkirkan Perdana Menteri kerana 'pengkhianatan' ini?
siapa orang yang dimaksudkan? dan adakah dakwaan ini benar?
ReplyDeleteAda tiga orang saja yang dinyatakan. Antara Hishamuddin, Zahid Hamidi dan Shafie.
DeleteMemang banyak khabar angin sekarang ni. bukannya boleh percaya setiap apa yang didengar.
ReplyDeleteElection is coming so its not surprising at all that there are many rumours circulating around the internet.
DeleteKhabar angain atau kisah benar, biarlah rakyat yang menentukannya.
DeleteBetulkah sumber ni? Atau helah pembangkang lagi untuk kaburi rakyat?
ReplyDeletemgkin jg hal ini sengaja direka untuk pecahkan UMNO.
Deletekita tidak tahu akan dakwaan ini benar atau tidak. Yang pasti bukti tuduhan tersebut yang kita inginkan.
ReplyDeleteTuduhan yang tiada bukti seolah fitnah.
ReplyDeleteMasing-masing mainkan topik terutama PRU semakin mendekati.
ReplyDeletemacam dapat agak sudah siapa Naib presiden yang dimaksudkan.. mesti shafie apdal kan??
ReplyDelete