Sunday 20 May 2012

24.6 JUTA PELANCONG LAWAT MALAYSIA 2011




KUALA LUMPUR : Industri pelancongan negara mencatat jumlah tertinggi ketibaan pelancong tahun lepas apabila menerima kunjungan 24.6 juta pelancong, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata ini akan menyemarakkan lagi pelbagai usaha bagi menggalakkan kehadiran berterusan pelancong ke negara ini.

"Kepelbagaian produk pelancongan negara seperti keindahan alam semula jadi serta keunikan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menarik kehadiran pelancong," katanya ketika merasmikan Pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2012 Sabtu malam yang menyaksikan 7,000 peserta mengambil bahagian dalam acara perarakan.

Ng berkata penganjuran acara seperti Citrawarna turut menjadi faktor tarikan kepada kedatangan pelancong ke negara ini, selain mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang kaya dengan warisan sejarah dan kepelbagaian budaya.

Citrawarna 1Malaysia edisi ke-14, yang bertemakan 'Perarakan Pelancongan Terhebat', dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

Antara acara yang berlangsung ialah perarakan kereta berhias, persembahan kumpulan pancaragam dan kumpulan kesenian serta prop menggambarkan segmen pelancongan di Malaysia. (Bernama)

8 comments:

  1. Malaysia mmg destinasi pelancongan yang terbaik. kehadiran pelancong ke Malaysia pasti akan bertambah lagi.

    ReplyDelete
  2. The projected number of tourist arrival by the Sabah State Government is expected to be a repeat positive performance in 2010.

    Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun said with economic challenges facing Europe, it would also be quite challenging in the other parts of the world, including Sabah.

    In 2011, the statistical figures had exceeded the 2.63 million target this year's figure is anticipated with optimism by the Tourism, Culture and Environment Ministry .

    Masidi is optimistic that this year's performance will be a repetition of last years number; if not slightly higher.

    ReplyDelete
  3. M'sia kena tonjolkan lebih banyak imej yang positif tentang negara ini supaya dapat tarik perhatian pelancong.

    ReplyDelete
  4. Kehadiran pelancong yang memberangsangkan untuk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti pelancong ke Sabah meningkat dan income pun bertambah.

      Delete
  5. keindahan, keunikan dan keamanan Malaysia yang mendorong ramai pelancong datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yang ada di M'sia memang menjadi tarikan pelancong

      Delete
  6. tahun lepas juga Malaysia kekal ditangga ke 9 ranking dunia bagi jumlah kedatangan pelancong dan yang ke 2 di asia selepas China..

    ReplyDelete