TIGA orang Bekas Ketua Polis
Negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas
penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan
mengguling kerajaan, lapor akhbar Berita Minggu.
Laporan berkenaan memetik
kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang
bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan
darurat.
Laporan itu adalah susulan
daripada kenyataan Perdana Menteri bahawa penganjur berkenaan merancang untuk
menawan Dataran Merdeka bermula 28 April sehingga Hari Buruh.
Rahim berkata komplot untuk
mengguling kerajaan boleh berlaku berdasarkan keadaan perhimpunan tersebut,
walau tidak diketahui oleh Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga.
Polis sebaliknya dapat
mengesan ancaman terselindung seperti itu, kata Rahim lagi dalam laporan
tersebut.
"Dalam sejarah negara
sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini
tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang.
"Ambiga dan pihak lain
terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal
mimpi lain-lain."
Musa pula dipetik sebagai
berkata, komplot mengguling kerajaan seperti itu diperhatikannya berlaku di
beberapa negara dan perhimpunan 28 April jelas menyimpang daripada tujuan
sebenar.
Pandangan Musa itu juga
disokong Haniff yang berkata kenyataan Perdana Menteri berasas kerana
berdasarkan maklumat risikan polis.
Tambahnya peluang untuk
mengguling kerajaan seperti itu memang ditunggu oleh individu tertentu.
Many businessmen near Datran Merdeka has signed up to demand compensation from the Bersih Organizers for affecting their busines during the rally.
ReplyDeleteIf the purpose for this Bersih Rally is to bring the government's downfall, then the objective of the Bersih Rally is off.
ReplyDeleteAmbiga sebelum perhimpunan ada memberi jaminan perhimpunan akan berjalan aman, tapi dia sebeanrnya tidal layak untuk memberi jaminan tersebt. tgk akhirnya kekecohan berlaku.
ReplyDeleteMacam mana boleh tidak tau kalau sebelum ni pun sudah pernah perhimpunan Bersih ni dijalankan. isu yang sama juga timbul.
ReplyDeleteAmbiga lepas tangan dari segala tanggungjawab. Semua tindakan hanya kepada orang2 merusuh
DeleteDari tahun lalu lagi ada suara2 yang inginkan Ambiga ni dikenakan tindakan tapi tiada juga apa2 tindakan dibuat.
ReplyDeleteAmbiga patut dipersalahakan dalam hal ini. Kerana dia adalah penganjur perhimpunan tersebut.
ReplyDeleteSepatutnya Ambiga bertanggungjawab dengan apa terjadi. Tindakan undang2 perlu diambil.
Deletememang jelas tujuan Ambiga adalah untuk menggulingkan kerajaan supaya hasrat beliau untuk melihat amalan LGBT di negara ini terus berkembang tercapai sepenuhnya dibawah pentadbiran Anwar..
ReplyDeletekalau tidak silap pengerusi PSC ada membuat kenyetaan bahawa 7 daripada tuntutan Bersih telah dimasukkan kedalam 22 syor PSC.. kenapa Ambiga masih berdegil mahu mengadakan perhimpunan.. malah tidak cukup di dataran, dia buat pula di seluruh dunia.. apa motif beliau kalau bukan menggulingkan kerajaan??
ReplyDelete