BONGAWAN
(Sabah) : Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan dakwaan Pengarah
Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez bahawa Malaysia tidak selamat bagi pekerja
Indonesia, sebagai satu kenyataan 'jahil' dan tidak bertanggungjawab.
Beliau
berkata kenyataan Irene itu boleh mencemarkan hubungan baik antara Malaysia dan
Indonesia serta boleh mengundang kemarahan rakyat republik itu.
"Sebagai
rakyat Malaysia, sepatutnya dia (Irene) mencari satu penyelesaian terbaik untuk
kedua-dua negara kalau dia cintakan Malaysia. Sebaliknya, dia memburukkan
Malaysia di negara lain pula," katanya kepada pemberita selepas majlis
penyerahan basikal di Sekolah Kebangsaan (SK) Mandahan di sini.
Anifah
berkata beliau dan rakan sejawatannya di Indonesia bersepakat negara jiran itu
akan mencari jalan penyelesaian jika tercetus masalah membabitkan keselamatan
rakyat Malaysia di Indonesia akibat kenyataan Irene itu.
Katanya
kerajaan juga yakin dengan kemampuan Indonesia untuk menjaga keselamatan rakyat
Malaysia di negara berkenaan. (Bernama)
penyataan Irene mmg tidak wajar, warga indonesia amat suka berada di Malaysia.
ReplyDeletejgnlah jejaskan lag hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
ReplyDeleteIrene perlu buat kaji selidik sendiri warga2 Indon yang berada di Malaysia ni samada kebanyakan mereka berasa tidak selamat di Malaysia atau sebaliknya.
ReplyDeleteRasanya Irene tidak mewakili kerajaan Indonesia dan pekerja asing warga Indon di Malaysia.
ReplyDeleteApa motif Irene keluarkan kenyataan sedemikian?
ReplyDeleteIrene nampaknya seolah-olah sengaja mahu timbulkan kontroversi.
ReplyDeleteHubungan baik antara Negara jiran ini seharusnya dijaga. Apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Irene ini tidak akan menggugat hubungan tersebut.
ReplyDeleteIrene bercakap seolah2 dia berada di negara ini.. sekali sekala datang ke Malaysia dan lihat sendiri betapa ramainya warga Indonesia yang cari makan di negara ini samada secara halal mahupun haram..
ReplyDeletekalau betullah Malaysia tidak selamat untuk warga Indonesia, baik Irene desak kerajaan Indonesia untuk menjumpun semua warganya di negara ini untuk balik ke kampung halaman masing2.. sepatutnya Malaysia yang rasa tidak selamat kerana berhadapan dengan kebanjiran warga Indonesia di negara ini..
ReplyDelete