Oleh : NIGEL AW
KERAJAAN telah menerima nota
diplomatik daripada Kedutaaan Arab Saudi yang menasihati rakyat Malaysia supaya
tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi dan mematuhi undang-undang dan norma
di Arab Saudi.
Menteri Luar, Datuk Anifah
Aman berkata, protes BERSIH yang dianjurkan di Mekah dan Madinah telah
menimbulkan kebimbangan kerajaan Arab Saudi yang mungkin mengugat kuota jemaah
Malaysia untuk pergi menunaikan ibadat haji.
Katanya, Malaysia akan
menghoramti tindakan kerajaan Arab Saudi yang akan diambil terhadap rakyat Malaysia
yang terbabit dalam protes di bawah apa jua undang-undang.
"Kita akan memberi
kerjasama penuh," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang
ini.
Satu laporan akhbar Mingguan
Malaysia Ahad lalu mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang memburu pemimpin
pembangkang yang didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH pada 28 April di
kota suci Mekah dan Madinah.
Memetik sumber yang tidak
dinamakan, akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana "dipercayai
menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai
gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah."
Sementara itu, Anifah juga
berkata tidak ada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan BERSIH 3.0
pada 28 April.
Katanya, Malaysia merupakan
sebuah negara berdaulat dan mampu menjalankan penyiasatan sendiri yang saksama
dan yakin dengan pihak berkuasa dan polis.
"Bagi rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab, saya tidak fikir ini adalah satu isu," tambahnya.
kerajaan Arab Saudi sendiri tak suka pada demontrasi.
ReplyDeleteRakyat Malaysia di negara asing sepatutnya mematuhi dan menghormati undang2 di negara tu.
ReplyDeleteNasib baiklah kerajaan Arab Saudi tidak sekat kemasukan jemaah dari M'sia yang ingin tunaikan haji.
ReplyDeleteLain negara, lain undang2 nya. Jadi, sila hormat.
ReplyDeleteKalau di tempat suci itu perlulah ikut peraturan disana bukannya memburukkan nama sendiri.
ReplyDeleteTindakkan demo bersih di Arab saudi sememangnya tidak patut dilakukan. Niat lain maka tidak perlulah dibawa-bawa ke sana.
ReplyDeleteSekiranya kerajaan Arab mengenakan tindakan undang2 ke atas mereka, tindakan kerajaan Arab adalah wajar.
DeletePeraturan dan undang2 negara lain harus diikuti sekiranya berada di negara tu.
ReplyDeletemana2 negara yang menjadi lokasi perhimpunan Bersih patut mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Anwar.. mereka ini la pencetus huru hara di seluruh dunia pada 28 April lalu..
ReplyDeleteentah apa motif sebenar perhimpunan Bersih hingga tergamak menganjurkan perhimpunan di luar negara.. macam la SPR Malaysia turut memantau pilihanraya di luar negara..
ReplyDelete