KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) adalah satu
pakatan yang berpaksi kepada realiti dan hakikat. Najib, yang juga Pengerusi
BN, berkata hubungan antara parti komponen BN adalah serasi dan berdasarkan
kepada falsafah serta amalan dalam BN.
"Kita tidak
bersandiwara kepada rakyat, salah satu daripada sandiwara yang besar yang
dilakukan oleh pembangkang ialah bahawa sehingga ke hari ini, walaupun empat tahun
sudah berlalu tetapi mereka tak dapat lagi membentuk 'shadow cabinet' dalam
pembangkang walaupun mereka uar-uarkan nak wujudkan 'two party system' dalam
negara.
"Jadi kalau dalam
pembangkang lagi di peringkat nasional mereka gagal untuk berbuat demikian,
macam mana mereka nak ada keyakinan bahawa mereka boleh tawan Putrajaya dan
mereka boleh mentadbir negara kita dengan jayanya," katanya dalam
wawancara eksklusif dengan Umno-Online di sini.
Beliau berkata Umno tidak
pernah bersikap ekstrem dalam memperjuangkan kehendak orang Melayu dan sering
bertolak ansur serta inklusif dengan kaum lain.
"Sebab itulah kita
telah berjaya dalam 12 pilihan raya. Walaupun kita mengalami apa yang
disifatkan sebagai tsunami politik pada 2008, tapi kita akan mempelajari dan
menyedari.
"Kalau ada kesilapan
kita mesti akuinya, maknanya mesti muhasabah, yang mana ia telah kita lakukan
dan kita mesti berani membuat perubahan dalam parti kita dan kerajaan telah pun
membentangkan apa pembaharuan untuk rakyat.
"Sekarang ini kita
masuk dalam peringkat di mana segala-gala pembaharuan yang kita telah dan
sedang lakukan itu mestilah kita dapat meyakinkan rakyat.
"Maknanya kebolehan
kita untuk berkomunikasi dengan berkesan kepada rakyat, supaya rakyat akan
sedar bahawa agenda trasformasi nasional kita adalah yang terbaik untuk rakyat
dan masa depan negara kita," katanya.
Najib juga mengakui bahawa
ada angin perubahan ke arah Umno dan BN, termasuk di negeri yang diperintah
pembangkang dan berharap momentum itu dapat diperhebatkan lagi.
"Jadi jangan kita rasa
kemenangan dalam tangan kita... tak boleh. Dalam minda kita mesti ada selagi
kita merasakan boleh, selagi belum sampai kepada hari mengundi, selagi itu saya
ada yang boleh saya lakukan. Masih ada banyak cara yang boleh saya lakukan dan
saya mesti melihat daripada semua sudut, maknanya semua pemimpin Umno mesti
bersikap sedemikian," katanya.
Anggota BN juga, kata
Perdana Menteri, harus melipatgandakan usaha untuk menerangkan kepada rakyat
bahawa pakatan pembangkang tidak ada kemampuan untuk mentadbir negara dan
negeri sepertimana yang mereka dakwa.
"Janji-janji yang telah
mereka (pembangkang) buat tidak ditepati. Ini yang mereka (anggota BN) patut
tekankan kepada rakyat supaya rakyat pada kesudahannya akan mengadili siapa
yang benar atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata anggota BN
juga tidak boleh ada sikap 'urusan seperti biasa', lebih-lebih lagi di negeri
yang tidak dikuasai BN dan mesti berbuat sesuatu yang luar biasa dari segi
strategi, kesungguhan, perancangan serta peranan dalam sosial media online.
"Kalau kita nak
menumbangkan kerajaan yang dikuasai oleh pembangkang di negeri-negeri tertentu,
kita mesti berusaha lebih daripada biasa. Ini mesej saya. Kita mesti bersatu
lebih daripada biasa, jadi barulah kita ada peluang yang baik," katanya.
Ditanya mengenai penerimaan
rakyat terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib percaya bahawa rakyat
menerimanya dengan baik dan positif berdasarkan tinjauan mesra yang dilakukan
sebelum ini.
Oleh itu, beliau berkata
anggota BN harus melakukan apa yang patut untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa
sebarang unsur negatif dari segi persepsi yang cuba dilontarkan pembangkang
mengenai BR1M tidak akan diterima oleh rakyat.
"Saya melihat bahawa
sambutan yang diberikan kepada saya, kepada Timbalan Presiden, kepada
pemimpin-pemimpin lain lebih positif tetapi kita juga harus sedar bahawa
pembangkang begitu aktif, mereka akan menyerang, menyelar kita dan mereka akan
cuba mengalih pandangan kita dengan mempertikaikan apa saja program yang kita buat
dan menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya dijadikan isu," katanya.
Najib berkata antara
pembohongan yang dilakukan pembangkang bagi menghilangkan keyakinan rakyat
terhadap kerajaan ialah dakwaan BR1M menggunakan duit yang dipinjam dari luar
negara.
Kejayaan melaksanakan BR1M
adalah kerana kerajaan berjaya menambahkan hasil negara sebanyak RM26 bilion
dalam masa setahun sahaja, katanya.
"Ia merupakan
pencapaian tertinggi oleh kerajaan tapi pencapaian itu tidak diberi kredit,
tidak diberi penghargaan oleh mereka tetapi sebaliknya mereka menuduh kita
membuat sesuatu yang berdasarkan kononnya kita ini kerajaan yang tak
bertanggungjawab.
"Merekalah yang
menjanjikan sesuatu yang bersifat populis, begitu juga apabila mereka cuba
bangkitkan kononnya saya ada mesyuarat dengan ketua-ketua angkatan tentera nak
melakukan sesuatu di luar Perlembagaan seandainya Umno dan BN kalah.
"Itu merupakan satu
fitnah yang amat dahsyat tapi mereka sanggup lakukan dakwaan seperti ini
semata-mata kalau mereka tak dapat meyakinkan rakyat sekurang-kurangnya
mengelirukan rakyat. Ini taktik yang digunakan oleh parti pembangkang,"
katanya. (Bernama)
Difficult for the opposition to form a shadow cabinet when the PR component parties failed to unite and cooperate.
ReplyDeleteWhether PR will be able to take over Putrajaya will be up to the voters. We shall wait and see during the next GE.
ReplyDeletePakatan suka membuat janji bulan dan bintang yang mereka sendiri tidak pasti boleh melakukannya. mereka hnya berjanji untuk dpt sokongan.
ReplyDeleteRakyat pasti pandai menilai sendiri pihak mana yang layak diundi bila PRU.
DeleteJanganlah leka dekat2 PRU ni. Macam2 boleh berlaku nanti bila pilihanraya. kadang2 boleh terjadi sesuatu yang tidak dijangka.
ReplyDeleteGabungan BN adalah yang terbaik setakat ini di Malaysia.
ReplyDeleteRekod BN harus sentiasa cemerlang supaya rakyat pun berpuas hati dengan perkidmatan yang diberi.
DeleteUtamakan rakyat dan tunaikan segala janji pembangunan pasti rakyat sendiri akan mengundi kerajaan BN
ReplyDeletepembangkang, jika tidak pandai berbohong dan tidak pandai putar belit, tidak layak la mereka duduk dalam parti pembangkang..
ReplyDeletepambangkang negara ini paling bertuah di dunia.. bukan sahaja ada pihak yang boleh mengampunkan dan menghalalkan tindakan mereka, malah juga pihak yang sanggup jadi perisai untuk membantu mereka mendapatkan jawatan kabinet..
ReplyDelete