Wednesday, 2 May 2012

DEMONSTRASI HALAL UNTUK GULING KERAJAAN





KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi merupakan cara moden yang halal dilakukan, selain pilihan raya untuk menggulingkan sesebuah kerajaan yang mungkar.

Justeru, beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan akan menyokong penuh jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta sanggup menyediakan sumber kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.

Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini kononnya aman akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.

“Jadi cara untuk membuang mungkar sekarang ialah demonstrasi. Sebab itulah saya kata wajib pergi Bersih 3.0, lebih baik kita buat daripada kita khianat cara lain seperti bakar bendera, ini bukan kerja Islam.

“Maka kalau ada Bersih 4.0, 5.0 atau 6.0 siapa pergi saya akan beri sokongan. Salah apa, nak suruh orang ramai, macam kita ada pasukan bola, kalau saya ada perlawanan bola, saya beri RM20,000, RM30,000 tambang bas.

“Salah apa, saya nak suruh nampak ramai demonstrasi, nak suruh ramai menentang mungkar, tolak Islam adalah perkara paling mungkar dan jahat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan seperti dilaporkan media semalam memberi ucapan tahniah kepada peserta dan mengakui memberi duit poket kepada mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Perhimpunan tersebut yang didakwa pembangkang akan berjalan dengan aman bagaimanapun bertukar ganas apabila para peserta merempuh halangan polis serta turut menyerang beberapa anggota keselamatan itu sehingga menyebabkan kecederaan.

Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku, Nik Abdul Aziz turut senada dengan kebanyakan pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh ia disebabkan oleh polis.

“Kecoh itu kerana disekat. Air turun dari bukit jangan sekat dia turun ke laut, kalau sekat dia masuk kampunglah. Demonstrasi hak rakyat hatta komunis beri peluang rakyatnya berdemonstrasi.

“Orang Pas kita jamin dididik dengan baik tapi baik sampai orang titik kepala tak boleh. Orang Pas tidak akan buat macam itu (melakukan rusuhan) tapi kalau disekat masalahlah,” tambahnya.

12 comments:

  1. Yang penting jangan ikut ajaran kerajaan langit.

    ReplyDelete
  2. Tolak keganasan jika mahu selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  3. demontrasi ganas bukan cara untuk tukar kerajaan. gunakan cara lebih aman.

    ReplyDelete
  4. Confuse dengan gambar di atas. ada yang kata pihak polis yang langgar peserta bersih. di pihak lain pla kata peserta bersih menerbalikkan kereta polis tu sebab ada orang terperosok di bawah kereta polis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peserta Bersih membaling botol dan menendang kereta kearah diver dan kereta. Sudah tentu driver hilang kawalan dengan botol2 semuanya diarah ke arah driver.

      Delete
  5. Kalau mahu adakan perhimpunan, ikutlah syarat/undang2. ini pula sampai ada yang cedera, mungkin ada juga yang mati.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. If all participants followed the rules and the authorities orders, surely this sort of issues can be avoided.

      Delete
  6. Look at the picture above, this is the sort of violent outbreak from the Bersih Participants during a 'Peaceful' rally.

    ReplyDelete
  7. Nik Aziz seperti terdesak dengan semua ini. Betul kata sesetengah pihak yang mana PAS cuba menghalalkan sesuatu yang haram untuk kepentingan politik mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pentingan politik, Nik Aziz pun menghalalkannya.

      Delete
  8. halal kalau tujuannya untuk menumbangkan kerajaan?? saya rasa Nik Aziz sudah betul2 nyanyuk..

    ReplyDelete
  9. "Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0.."

    baik siasat Nik Aziz.. tidak mustahil beliau kerap menggunakan dana awam(cukai rakyat) untuk menganjurkan perhimpunan yang bertujuan untuk menumbangkan kerajaan..

    ReplyDelete