KUCHING : Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan
memasang dua layar gergasi di luar Stadium Negeri di sini bagi membolehkan
penyokong setia 'Ngap Sayot' menyaksikan perlawanan Liga Super antara Sarawak
dan Sabah, Sabtu malam.
Presidennya, Datuk Sudarsono
Osman berkata langkah itu merupakan alternatif untuk tidak menghampakan
penyokong Sarawak berikutan hukuman bermain tanpa penonton yang dikenakan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
"Kita masih lagi dalam
rayuan supaya penyokong Sarawak diberi kebenaran untuk kembali menyaksikan
perlawanan seterusnya di Stadium Negeri," katanya pada sidang akhbar.
Beliau berkata walaupun
Sarawak akan bermain di stadium kosong, FAS tetap mengambil langkah keselamatan
untuk menjamin kelancaran perlawanan itu. (Bernama)
Sabah kalah dalam perlawanan tersebut... tahniah kepada Sarawak.
ReplyDeleteKepada pasukan Sabah, usaha lebih kuat lagi.ada peluang di perlawanan lain.
DeleteGood move from the Football Association of Sarawak, I'm sure all football supporters will appreciate this move.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Pasti yang datang tapi kehabisan tiket pun tidak hampa bila adanya inisiatif seperti ni.
DeleteI'm glad to hear FAS have made all the necessary preparation for ensuring the safety during the match.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Peminat bola sepak Sarawak tidak dihampakan.
ReplyDeleteFAM ni pun kadang2 sot.
ReplyDeleteSemoga apa yang diharapkan itu akan berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteada pula hukuman "bermain tanpa penonton".. kalau hukuman ini hanya di kenakan di sarawak, kenapa tidak pindahkan perlawanan ke Sabah saja??
ReplyDelete