Saturday 5 May 2012

FITNAH SEKS, AZMIN SAMAN UM RM 100 JUTA




TIMBALAN Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.

Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam. (HarakahDaily)

8 comments:

  1. kita tgklah sapa menang dalam kes ini.

    ReplyDelete
  2. Utusan pun suka sangat timbulkan kontroversi.

    ReplyDelete
  3. Saman belum lagi dapat menutup imej Azmin yang tercalar selagi belum ada bukti orang yang dirakam dalam video tu bukan dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. report polis biar disiasat kebenaran dan dalang siapa yang membuat cerita..baru lago hot. Tu pun kalau berani la

      Delete
  4. Saman saja kalau berani. Kita tunggu saja siasatan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Fitnah atau tidak semua itu akan terjawab jika bukti akan diserahkan nanti kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukti tu pasti akan membongkar segala rahsia.

      Delete
  6. eloklah Azmin ambil tindakn undang2, bukan sekadar menafikan tuduhan itu..

    ReplyDelete