Saudara
Pengarang,
ASSALAMUALAIKUM
Warahmatullahhi Wabarakatuh. Saya Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz Serbudin, kami
berdua adalah ustaz yang mengaiar di Madrasah Al-Hidayah, Kg Pasir Putih, Jalan
Surau, Putatan.
Kami
telah bertugas 10 tahun di Madrasah ini. Madrasah ini dipengerusikan oleh Datuk
Haji Baisulkhan; Bendahari dipegang oleh Mohiddin Bacha dan Muhammad Bin Yusof
@ Mustaffa, Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Nur muhammad, Latif dan Ayub.
Segala urusan madrasah boleh diruiuk
kepada mereka yang di atas ini.
Untuk
makluman, madrasah ini telah diwujudkan selama 13 tahun yang lalu dan
murid-muridnya yang terkini mendaftar adalah 300 orang murid. Urusan
pentadbiran dan pengurusan diurus oleh AJK dan Bendahari mengurus kewangan.
Selama
madrasah ini diwuiudkan, pengajaran dan perbelanjaan dibuat adalah halal dan
ada di rekodkan serta disimpan oleh Bendahari serta kami. uUntuk makluman,
madrasah ini telah membuka dua cawangannya iaitu satu di Taman Jumbo dan satu
di Inanam.
Kami
sebagai Ustaz yang tersebut di atas, ditugaskan untuk mengajar murid-murid dan
mengutip derma serta membuat perbelanjaan untuk Madrasah. Untuk makluman, semua
kutipan derma akan disimpan ke dalam akaun Maybank dan segala perbelanjaan akan
dikeluarkan melalui cek.
Kami
sebagai Ustaz menyatakan bahawa laman web ini pada 17/04/2012 bertajuk 'MustaffaDan Batcha, Penjenayah Di Sabah?' telah menyatakan bahawa Madrasah kami telah
menyalahgunakan wang derma untuk urusan lain. Perkara itu adalah fitnah dan
tidak benar.
Segala
rekod perbelanjaan telah direkod dan disimpan oleh Bendahari serta kami mulai
madrasah ini mula ditubuhkan sehingga sekarang ini.
Kami
akan meniadi saksi bahawa Bendahari serta kami adalah orang yang bertanggungjawab,
amanah dan tidak pernah menyeleweng selama memegang jawatan bendahari di Madrasah
ini.
Telah
terbukti, Madrasah ini mengadakan acara seperti Maulidur Rasul dan perarakan
pada setiap tahun dan acara tersebut dirasmikan oleh orang kenamaan seperti
Datuk Yahya Husin, merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Madrasah
ini tidak pernah mengalami masalah penyelewengan kewangan dan tidak pernah mengalami
masalah kewangan kerana madrasah ini disokong oleh Ahli Peniaga India Muslim di
Kota Kinabalu, Sabah.
Dengan
ini sesiapa yang kurang yakin dan ada salah faham mengenai pentadbiran dan
pengurusan Madrasah bolehlah bertanya kepada Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz
Serbudin untuk mengelakkan salah faham di Madrasah seperti yang terdapat dalam
laman web sekarang ini.
Kenyataan
ini kami buat dalam keadaan sedar tanpa dihasut dan dipaksa oleh sesiapa. Dengan
nama Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w, segala perbuatan kami diserah pada Allah s.w.t.
Allah s.w.t maha mengetahui. Amin.
Saya
Yang Benar,
t.t
(USTAZ
MOHAIDIN ALIM)
t.t
(USTAZ
SERBUDIN)
Muka Surat Pertama
Muka Surat Kedua
KENYATAAN
PENGERUSI MADRASAH AL-HIDAYAH
Saudara
Pengarang,
SAYA,
Datuk Haji Baisulkhan Bin Salman Faris selaku Pengerusi Madrasah Al-Hidayah, membuat
kenyataan bahawa setelah saya meneliti surat kenyataan Ustaz Mohaidin Alim dan
Ustaz Serbudin, saya bersetuiu dengan kenyataannya kerana selama saya mengenali
mereka selama 10 tahun, mereka adalah seorang yang jujur, amanah dan
berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka walaupun mereka sibuk dengan tugas
harian mereka sendiri.
Setelah
saya membaca laman web mengenai tuduhan fitnah tersebut, saya terfikir bahawa
kenapa orang ini boleh memfitnah mereka dan Madrasah, malah Madrasah ini banyak
membantu anak-anak muda untuk belajar ilmu agama.
Malah
guru-guru yang mengajar mempunyai ilmu agama yang tinggi. Tuduhan itu
benar-benar tidak berasas bagi saya dan fitnah semata-mata. Saya sebagai Presiden
Persatuan India Muslim Sabah, merangkap Pengerusi Madrasah Al-Hidayah saya menyatakan
bahawa tuduhan fitnah terhadap peribadi Batcha dan Mustafa adalah tidak betul
dan fitnah semata-mata.
Orang
yang menfitnah mereka ini benar-benar tidak mengenali mereka malah menfitnah
mereka untuk kepentingan mereka sendiri. Saya sendiri tidak pernah mendengar
atau melihat bahawa mereka ada menyalah gunakan wang kutipan derma madrasah untuk
kepentingan mereka sendiri.
Selama
saya mengenali mereka, mereka adalah orang yang benar-benar yang bertanggungiawab
dan amanah dalam kerja mereka. Segala tuduhan fitnah terhadap mereka ini dari
segi hal-hal peribadi atau bukan peribadi adalah tidak benar belaka.
Dalam
pandangan saya, orang yang membuat fitnah terhadap Madrasah tidak mahu Madrasah
ini terus berkembang maju, malah cuba menjatuhkan dan mengaibkannya lagi.
Setelah
siasatan dibuat, saya dapati kenyataan daripada Nor Muhammad Ibrahim, Ayub
Hamid, Kepayan dan Nasir Latif, bahawa mereka tidak tahu mengenai perkara
fitnah ini. Malah saya diberitahu mereka tidak pernah membangkitkan mengenai
perkara ini.
Dalam
pengetahuan saya Bendahari dan Ustaz Mohaidin serta Ustaz Serbudin yang diamanahkan
untuk mengurus dan merekod perjalanan kewangan masuk dan keluar. Segala kutipan
derma akan disimpan terus ke dalam akaun Maybank sebelum dibuat pengeluaran
untuk perbelaniaan yang berkaitan dengan Madrasah.
Setahu
saya Madrasah ini tidak pernah mengalami masalah kewangan dan penyelewengan kewangan
kerana madrasah ini disokong penuh oleh ahli Peniaga India Muslim di Kota
Kinabalu, Sabah.
Saya
menyokong bahawa apa yang dilakukan oleh Bendahari dan Ustaz Mohaidin serta Ustaz
Serbudin adalah jujur dan amanah ketika menjalankan tugas mereka dalam Madrasah.
Sesiapa
yang masih kurang yakin dan ada salah faham mengenai pentadbiran dan pengurusan
Madrasah ini, bolehlah bertanya terus kepada saya untuk mengelakkan dari salah faham
di Madrasah seperti yang terdapat dalam laman web sekarang ini.
Kenyataan
ini saya buat dalam keadaan sedar tanpa dihasut dan dipaksa oleh sesiapa. Dengan
nama Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w, segala perbuatan kami diserah pada Allah s.w.t.
Alah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Memahami. Amin.
Saya
Yang Benar,
DATUK
HAJI BAISULKHAN BIN SALMAN FARIS
Pengerusi
Madrasah Al-Hidayah
Kg. Pasir
Putih, Putatan.
No comments:
Post a Comment