GUNTING…..Dato
Sri Nasir (berdiri) memberi ingatan rakyat seharusnya tahu mengenang budi,
ikhlas dan jujur serta tidak bersikap gunting dalam lipatan.
Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Rakyat di negeri
ini diingatkan tidak bersikap seperti gunting dalam lipatan dan serakah kerana
kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya
membela dan membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik
mahupun anutan agama dan suku bangsa.
Sehubungan itu rakyat
hendaklah terus mengukuhkan peraduan kaum sambil mengamalkan konsep 1Malaysia
demi kemakmuran,keamanandan, kesejahteraan serta kestabilan politik negeri ini
bagi kelancaran dan pembangunan rakyat berterusan.
Menteri Di Jabatan Ketua
Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, berkata rakyat juga tidak seharusnya
cepat melatah dan terpengaruh dengan propaganda segelintir pemimpin pembangkang
yang ingin memesongkan pemikiran rakyat dan menangguk di air yang keruh untuk
merobohkan kepercayaan rakyat.
Dato’ Sri Nasir berkata
demikian sempena majlis Permuafakatan Rakyat di Kampung Kabogan Laut di sini.
Hadir sama sempena majlis
itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah
Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; ADDO Haji Abdullah Sukka; Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Mohd.Aziz Haji Jaman serta pemimpin-pemimpin
masyarakat tempatan.
Nasir yang juga Timbalan
Ketua Bahagian UMNO Semporna, menyelar mereka yang pernah menikmati pelbagai
kemudahan termasuk jawatan dalam kerajaan sebagai kacang lupakan kulit dan
tidak tahu bersyukur serta tidak berterima kasih.
SALAM.....Dato
Sri Nasir (dua kiri) diiringi Abdullah Sukka (kiri) bersalaman dengan
sebahagian pemimpin dan penduduk sempena majlis itu di Kampung Kabogan Laut, Semporna.
Katanya, rakyat seumpama itu
seperti api dalam sekam dan musuh dalam selimut kerana tidak tahu menghargai
jasa dan budi kerajaan yang telah memberikan mereka jawatan dan selepas tidak
berjawatan berpaling menentang kerajaan dengan pelbagai tohmahan sambil
menuding jari kepada pemimpin yang konon tidak pernah membantu rakyat.
Nasir berkata, sifat-sifat
yang tidak terpuji seperti suka mengadu domba tidak mendapat keberkatan hidup
sebaliknya akan terus berjiwa kosong, hilang pertimbangan dan sentiasa
dirundung jiwa malang.
Katanya, setiap apa pun
perkara dan kesulitan dalam hidup hendaklah dileraikan dengan kosep
permuafakatan yang mampu mencetuskan keberkatan.
Beliau menambah,tidak semua
yang kita inginkan akan dapat kita capai dengan mudah sebaliknya kita hendaklah
sentiasa bersabar kerana setiap kesukaran dan kesusahan ada hikmahnya.
1 Malaysia concept should be uphold to ensure the peace and harmony as well as the political stability and developments within the country.
ReplyDeleteVoters must be careful not to fall for empty promises from the contesting parties.
ReplyDeletesetiap rakyat perlu hargai sumbangan dan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan.
ReplyDeleteDan jangan ambil kesempatan dalam kesempitan.
ReplyDeletejgnlah biarkan gunting dalam lipatan wujud, gunting dalam lipatan lebih merbahaya.
DeleteMuafakat membawa berkat. jangan kerana kepentingan sendiri, konsep muafakat tu diabaikan.
ReplyDeleteSebaiknya pemimpin perlu sedar yang mana semua itu adalah tanggungjawab merek untuk memberikan yang terbaik. Penduduk hanya menilainya. Jika sebaliknya yang berlaku maka semua itu adalah silap pemimpin itu sendiri.
ReplyDeletebetul tu.. sudah ramai pihak yang memberikan pandangan bahawa rakyat hari ini semakin bijak menilai.. oleh itu, tidak perlulah risau sekalipun pemimpin2 pembangkang bertubi2 menghasut rakyat.. rakyat tetap akan membuat penilaian dengan bijak pada PRU nanti..
Deleteselain menasihatkan rakyat, tolong nasihatkan juga para wakil rakyat supaya lebih aktif dalam membantu rakyat dan membawa pembangunan di kawasan2 yang diwakili..
ReplyDeleteMinister of Tourism, Culture and Environment, Datuk Masidi Manjun, said Sabah is one of the states which is peaceful and a role model for the 1Malaysia concept.
ReplyDeleteTherefore, he urged the people in the state to remain united and uphold this spirit of unity that have prospered since a long time ago.
ReplyDeleteSituation like that which occurred at the Bersih rally in Kuala Lumpur recently which resulted in disturbances and property damage causing heavy losses to many.
ReplyDeleteHe said this when opening the 1Malaysia Family Day organized by Women, Family and Community Council of Ranau Parliamentary constituency, the Population and Family Development Board and Ministry of Women, Family and Community in Kampung Lagkau, Ranau recently.
ReplyDeleteMasidi, who is also the ADUN for Karanaan, expressed regret over the attitude of some leaders and opposition members who tried to raise the sentiments of the people especially the kampung residents.
ReplyDeleteThese irresponsible people will learn to be good leaders, and not, in their effort to gain support, make promises that cannot be fulfilled. Leaders come and go … be a good leader and not a leader who only make empty promises.
ReplyDeleteMasidi also callled on all leaders to be honest in our political career and must make it as a way of life as well as religious belief.
ReplyDeleteOn the Family Day, he praised the efforts of the organisers for successfully organizing such events to further strengthen unity among the villagers.
ReplyDeleteHe said family management is important and necessary and should be taken up seriously by every family.
ReplyDeleteThere are many aspects that need to be taken seriously in family management and these include financial management, health and welfare. These aspects should be emphasized since it is fundamental to uplift the wellbeing of the family to a family that is happy.
ReplyDelete