Saudara Pengarang,
SETELAH membaca kenyataan
Sabahkini.net pada 19 Mei 2012 bertajuk 'Syarikat Minyak As Labur Rm 4.6 Bilion Di Malaysia', saya selaku Ketua Pewaris Pulau Sipadan bagi pihak Jawatankuasa
Bertindak Pewaris Pulau Sipadan menyokong penuh usaha Kerajaan menarik pelabur
asing dari Amerika Syarikat untuk melabur di perairan Sabah dalam industri
minyak dan pembiakan udang kara (lobster).
Pelaburan ini akan memberi
impak yang besar dalam sosio-ekonomi penduduk setempat dan Kerajaan. Seandainya
industri minyak dan pembiakan udang kara yang hendak dibuat itu melibatkan
Pulau Sipadan atau pulau lain di Daerah Semporna yang mana Pewaris Pulau
Sipadan berkepentingan seperti Pulau Denawan, Pulau Siamil dan Pulau Ligitan;
diharap kami jangan diabaikan.
Tambahan lagi isu Pulau
Sipadan di antara Kerajaan dengan Pewaris belum lagi selesai. Ada juga Mahkamah
di Malaysia ini rupanya, yang boleh melangkaui keputusan Mahkamah Dunia di
Belanda tentang pemilikan Pulau Sipadan.
Diharapkan slogan Kerajaan
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadi suatu kenyataan.
Ada patutnya untuk saya menyatakan kerisauan ini, setelah melihat dan mengalami
sendiri beberapa kejadian yang berlaku di Daerah Semporna.
Slogan Kerajaan yang lebih
bersesuaian di Daerah Semporna seharusnya seperti berikut. "Wakil Rakyat
BN Diutamakan, Rakyat Semporna Diabaikan." Semoga Pimpinan Pusat Kerajaan
BN akan lebih teliti dan bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan.
Salam Hormat,
HAJI MAHARAJA AB RAUP BIN
MAHAJUD
jika ia dilakukan di kawaasan Pulau Sipadan, para pewaris pulau tersebut jgnlah diabaikan.
ReplyDeleteMungkin pelabur asing ni juga boleh melabur bukan dalam industri minyak saja.
ReplyDeletePastikan pewarisnya betul dan bukan golongan yang mahu ambil kesempatan.
ReplyDeleteya. kena pastikan mereka pewaris sebenar, mana tau ramai mengaku sebab nk ambil untung.
DeleteHarus dikenalpasti latar belakangnya.
DeleteItu yang kita harapkan. Pewaris juga berhak mendapat kepentingan daripada pembangunan yang dibuat.
ReplyDeleteDiharapkan slogan Kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadi suatu kenyataan.
ReplyDeleteKerajaan harus mengutamakan rakyat. Tanpa rakyat, kerajaan tidak dapat ditubuhkan.
The government harus sentiasa mengutamakan rakyat. Harus berkhidmat untuk kebajikan rakyat.
DeleteSelain dari pelaburan minyak, industri lainjuga berpotensi tinggi seperti penanaman, perikanan dll.
ReplyDeletePelaburan besar-besaran diperlukan untuk mengaktifkan ekonomi tempatan.
ReplyDeleteSemoga perkembangan ekonomi dapat diuruskan dengan lebih seluruhan khas kawasan luar bandar.
DeleteWR Semporna harus bertanggung jawab kepada rakyat di sana.
ReplyDeletemaknanya, berkenaan dengan pelaburan minyak dan udang karang di perairan Sabah disokong oleh pewaris2 pulau.. jadi dalam kes ini tidak ada apa2 masalah antara kerajaan dan pewaris asalkan kerajaan tidak mengabaikan kepentingan pewaris pulau..
ReplyDelete