Oleh : YUSOP TEPPO
BELURAN: Ahli Parlimen
Beluran, Datuk Ronald Kiandee mengingatkan para pemimpin Barisan Nasional (BN)
disini agar tidak sabotaj parti sekiranya tidak tersenarai sebagai calon pada
pilihan raya umum akan datang.
“Kita sewajarnya bersikap
terbuka dan menerima segala keputusan berkenaan yang dibuat oleh pucuk pimpinan
BN,“ katanya.
Beliau berkata nasihat
mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlulah kita guna bersama dan
diambil iktibar kepada semua ahli-ahli Umno dan BN seluruh negara.
“Yang penting bagi kita
adalah kemenangan parti BN,“ katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian
Berkelompok Persidangan Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Umno Beluran yang
disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi
Umno, Dr.Haji Mohd Puad Zarkashi di Dewan Serbaguna Pekan Beluran, pagi Isnin.
Beliau sekali lagi
mengingatkan kepada semua ahli agar menolak elemen menyeleweng dengan
mensabotaj calon BN yang akan bertanding kelak.
Ini kerana katanya, hanya BN
sahaja satu-satunya parti yang mampu memartabatkan hak rakyat dalam membawa
pembangunan holistik secara menyeluruh.
Dalam pada itu, Ronald yang
juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat turut berpesan kepada rakyat agar jangan
berpaling tadah kepada pihak pembangkang sekiranya anda tidak tersenarai
sebagai penerima sesuatu bantuan yang disalurkan kerajaan.
Beliau berkata sebaliknya
ahli Umno dan BN yang tidak tersenarai sebagai penerima sesuatu bantuan perlu
memikirkan semula bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini
semata-mata untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar.
Katanya, pelbagai bantuan
telah disalurkan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan
pendidikan, elaun nelayan, elaun MPOB kepada pengusaha kecil kelapa sawit dan
1Azam.
Ronald turut menggesa kepada
semua ahli Umno agar memberi sokongan penuh kepada calon BN yang dipilih pucuk
pimpinan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.
“Perkara itu penting bagi
memastikan BN dapat mengekalkan kemenangan pada setiap kerusi yang ditandingi
khususnya di kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat BN,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu,
Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib; Timbalan Ketua Umno Bahagian
Beluran Aspah, Abdullah Sani; Naib Ketua Umno Bahagian Beluran, Mahmud Awang
Hussin; Ketua Wanita Umno Bahagian Beluran, Dayang Endang Datu Asibi, Ketua
Puteri Umno Bahagian Beluran, Julie Sabran dan para pemimpin kawasan berkenaan.
(UB)
Hope that the members who are not appointed as candidates will continue to give support to the other candidate who was appointed instead of sabotaging the party.
ReplyDeleteThe party knew who are the best candidate to represent the party, those who didn't get selected does not mean they are not good enough, just continue to work harder and I'm sure there will be chances next General Election.
ReplyDeletejika tidak tersenarai kena terima dgn hati terbuka, jgn ada sikap sabotaj dalam diri. perjuangan parti kena diutamakan.
ReplyDeleteya.. menjadi perkara utama adalah perjuangan parti dan rakyat. jadi jika tak tersenarai jgnlah kecewa.
DeleteApa barang main sabotaj. Terima dengan hati terbuka. Barulah pemimpin sejati.
ReplyDeleteSabotaj ni lah salah satu yang merosakkan parti.
ReplyDeleteJangan main tikam belakang
DeleteKita harus terima sebaiknya mengenai pemilihan tersebut.
ReplyDeleteSemua ahli Umno BN harus menyokong calon2 yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan.
ReplyDeletepihak yang tidak tercalon dan cuba mensabotaj parti dari dalam, hanya menunjukkan sikap tidak matang mereka.. jika benar ianya akan berlaku, bermakna memang tepat la pilihan Najib untuk tidak mencalonkan pemimpin2 yang tidak matang ini..
ReplyDeletemana2 yang tidak tercalon tu, akur saja la.. kalau tidak puas hati, jangan buat 'amuk' dalam parti.. keluar saja dari parti dan sertailah mana2 parti yang boleh offer jawatan dalam parti..
ReplyDeleteSabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteNames has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .
ReplyDeleteMusa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.
ReplyDeleteMusa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.
ReplyDeleteApplications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.
ReplyDelete