Oleh: SHAIMON S JUMADI
RAKYAT di kawasan Libaran
jangan mudah terpedaya mendengar hasutan dan propaganda dari parti pembangkang
yang sering menafikan dan menidakkan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk
membangunkan kemudahan asas di kawasan-kawasan yang diwakili Wakil Rakyat BN.
"Kita tidak pernah
berhenti berusaha mendekati rakyat dan membantu apa saja keperluan mereka dengan
mengotakan janji, walaupun ada kalanya projek yang disalurkan agak lewat
sedikit kerana terpaksa melalui prosedur tertentu," kata Ahli Parlimen
Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol selepas mengadakan lawatan kerjanya ke Kampung
Sungai Tanjung Pisau, Libaran, kelmarin.
Katanya, rakyat di Libaran akan
terus menikmati pelbagai kemudahan asas selaras dengan slogan “Rakyat
didahulukan dan Pencapaian diutamakan”. Dari itu rakyat harus memberikan
sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan BN.
Juslie menjelaskan, rakyat
Malaysia amat beruntung kerana kerajaan BN sudahpun memberikan BR1M RM500
kepada majoriti rakyat yang layak; bantuan sekolah RM100; Baucer buku teks, malah
terkini setiap peneroka FELDA menerima RM15,000 setiap keluarga.
Jelas terbukti selama ini, parti
pembangkang hanya pandai menuding jari kepada kerajaan dan tidak pernah
berusaha membantu rakyat, sekalipun menggantikan sekeping papan atau menabur
seketul batu di jalan raya untuk membantu rakyat.
Dalam lawatan terbarunya,
kata Juslie, pembinaan tembok dan Jeti Kampung Tanjung Pisau untuk memberikan
keselasaan kepada penduduk setempat dan kedua-dua projek tersebut menelan belanja
lebih RM200,000 dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai kelak.
Juslie menambahkata, dengan
terbinanya jeti dan tembok sebagai benteng
menahan hakisan ombak dan merupakan jeti utama; maka sekaligus akan
menarik kedatangan melancong ke kampung berkenaan.
pembangkang mgm kerja dia menghasut rakyat, semua kerajaan lakukan diburukkan.
ReplyDeletekampung tersebut mmg berpotensi tinggi dijadikan kawasan pelancongan. moga ia dpt dikembangkan.
ReplyDeletemungkin banyak lagi yang perlu ditambah dan diperbaiki bagi menjadi kawasan yang boleh menarik perhatian pelancong untuk datang ke tempat ni.
DeleteProjek2 yang telah dijalankan diharap siap tepat pada masanya.jangan lagi ada yang tertangguh2.
ReplyDeleteUsaha BN perlukan masa. Pembangkang hanya tahu mengkritik sebab mereka bukan kerajaan yang melaksanakan semua pembangunan dan bantuan untuk rakyat Sabah.
ReplyDeleteSesuai sangat tempat memancing kawasan tersebut.
ReplyDeleteBangunkan tempat tu untuk aktivit beriadah
DeletePembangkang hanya berputur belit saja tu
ReplyDeleteseperti biasa, pembangkang akan jawab soalan ini dengan mengatakan bahawa mereka masih belum memerintah.. kononnya jika mereka memerintah, semua permintaan dan masalah rakyat akan diselesaikan..
ReplyDeletejika pembangkang terutamanya Pakatan boleh menggunakan dana awam kerajaan negeri untuk membiayai peserta perhimpunan dan membiayai kos guaman pemimpin sendiri, kenapa tidak gunakan dana itu untuk menyelesaikan masalah2 di Sabah?
ReplyDeletesaya harap rakyat dapat membuat penilaian bijak dengan mengambil kira usaha2 kerajaan dalam membantu rakyat dan membantu merancakkan pembangunan di negeri ini..
ReplyDelete