Oleh : ROZIE JUMAT
PENDUDUK di empat buah
kampung Kanibongan, Pitas mendakwa berhak ke atas tanah yang telah diambil alih
oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan mendakwa tanah
tersebut adalah Tanah Adat mereka.
Masyarakat Dusun Rungus yang
berasal dari Kampung Kampil, Kampung Mogitom, Kampung Rantau dan Kampung
Narandang sepakat membentuk satu Jawatankuasa Tuntutan Hak Tanah Adat Anak
Negeri (NCR) bagi menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak
bertahun-tahun.
Jawatankuasa itu ditubuhkan
semata-mata untuk mengembalikan tanah yang kini diambil alih oleh Safoda kepada
anak negeri yang lebih berhak.
Tanah NCR yang dituntut itu
seluas 5,000 ekar tanah yang terletak kira-kira 7 kilometer ke pedalaman
Kanibongan Pitas.
Ketua Bahagian Parti Bersatu
Rakyat Sabah (PBRS) N.58 Merotai, Thomas Mojuga Tukung yang merupakan anak jati
kelahiran Pitas berkata, terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya pembayaran
cukai dibuat oleh moyang atau ibubapa penduduk yang menuntut hak tanah adat itu
semasa era British North Borneo.
“Masih terdapat pemimpin
atau penduduk yang memegang resit cukai tanah semasa zaman British North Borneo
pada tahun 1961-1962, yang membuktikan mereka adalah dipihak yang benar,“ ujar
Thomas yang hadir sama sempena pelancaran jawatankuasa tuntutan hak tanah adat
tersebut.
Menurutnya, penerokaan tanah
oleh nenek moyang mereka sejak dari 13 Mac 1961 iaitu ketika Malaysia belum lagi
dibentuk (berdasarkan kepada resit pembayaran cukai ) iaitu zaman penjajahan
koloni British North Borneo sehinggalah Safoda telah menceroboh masuk ke
kawasan tersebut.
”Kita merayu kepada kerajaan
negeri Sabah untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu penduduk di empat
buah kampung ini berkenan dengan tuntutan hak tanah adat mereka kerana sudah
pasti ada mekanisme terbaik untuk menanganinya,” ujar Thomas yang turun padang
sehingga ke Pitas bagi mendengar rintihan penduduk di Kanibongan berkaitan
dengan masalah tanah di kawasan itu yang telah lama berlarutan.
Ujarnya, penduduk di kawasan
terbabit juga masih dilanda kemiskinan kerana tidak mempunyai tanah untuk
membangunkan ekonomi selain kemudahan seperti jalan raya juga tidak
diselenggara dengan baik oleh pihak yang berkenaan.
”Ketika tiba di kawasan ini,
kita masih melihat kemunduran dan kedaifan penduduk kampung yang tidak mendapat
perhatian dari pihak berkenan, mungkin kerana kedudukan mereka yang terpencil;
tetapi itu bukanlah satu alasan kerana Perdana Menteri kita mahu semua rakyat
menikmati pembangunan,” kata Thomas.
Jawatankuasa itu dilancarkan
oleh Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd Said
yang bersedia berusaha membantu penduduk di kawasan itu untuk menyelesaikan
masalah itu di peringkat atasan termasuk menemui Ketua Menteri untuk memberi
penjelasan.
Pengerusi Penganjur yang
juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Hak Tanah Anak Negeri, Majahap Matangon
berterima kasih diatas keprihatinan yang diberikan oleh pemimpin Barisan
Nasional (BN) dan tetamu kehormat mereka.
“Ini amat memalukan kerana
tidak ada pihak yang tampil membantu kami. Kami amat berbesar hati dan
berterima kasih kerana Jerry Ambuting
dan Thomas Mojuga sudi memberi bantuan dan sokongan,” kata Majahap.
Hopefully the NCR land rights will be protected, this lies in the hands of the State government.
ReplyDeleteKerajaan masih gagal mempertahankan hak milik penduduk.
DeleteThe Sabah Government claimed that they are looking into the land issues and hope that they are able to come up with the best solutions for this issue.
ReplyDeleteDiharap kerajaan negeri memandang serius isu tanah di Sabah dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
DeleteIsu tanah berpanjangan di Sabah. Suhakam pun mengatakan aduan tentang masalah tanah adalah yang tertinggi.
ReplyDeleteSemoga hak anak negeri sentiasa dipelihara dan dihormati.
ReplyDeleteisu tanah di Sabah makin byk dan rumit, isu2 ini kena diberi perhatian dan diselesaikan segera.
ReplyDeleteSemakin rumit, penyelesaian win2 situation perlu dalam hal ini.
DeleteTHE NATIVE Land Tribunal is not needed at the moment as the existing Sabah Land Ordinance is sufficient in resolving disputes concerning native land."However, as a responsible government, we are open to any suggestion to improve existing procedures," said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteMengenai masalah tanah adat ini sememangnya perlulah diselesaikan sebaiknya di Sabah.
ReplyDeleteKerajaan sedaya upaya menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah NCR
ReplyDeletejika tidak puas hati dengan usaha kerajaan, baik penduduk2 kampung yang berhadapan dengan masalah ini tampil memohon bantuan dari peguam Kong Hong Ming.. beliau banyak membantu penduduk kampung bagi kes2 tuntutan tanah adat..
DeleteSuhakam patut tampil membantu penduduk kaum Rungus ini.. sejak kebelakangan ini, Suhakam seolah2 tidak aktif memperjuangkan hak2 rakyat Sabah.. adakah disebabkan Simon Sipaun sibuk dengan DESAH??
ReplyDelete