Sunday 27 May 2012

KEMPEN ‘KELUAR MENGUNDI, LAWAN PENIPUAN’



Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.

Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.

"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan. Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.

Jelas Maria, antara aktiviti yang akan diadakan adalah sesi forum dan ceramah daripada panel Bersih.

"Setakat ini kami telah merancang akan mengadakan 7 forum dalam aktiviti tersebut termasuk ceramah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kami bergerak atas nama Bersih, dan tidak melibatkan mana-mana parti, namun sekiranya ada jemputan daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk menjemput kami dalam ceramah mereka, kami amat mengalu-alukannya.

Tambah Maria, "kempen itu akan bermula minggu kedua Jun depan di negeri - negeri seperti Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau - Pinang, dan Melaka, manakala di Johor akan dibuat pada bulan Julai."

"Lokasi lain masih dalam perbincangan, dan lokasi-lokasi kempen ini juga belum diputuskan," katanya lagi.

Himpunan vigil anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu menyaksikan sekitar 10-15 peserta memegang lilin dan membawa plakad tertera perkataan "hentikan keganasan polis," "polis perlu bebas daripada pengaruh politik," dan "kami mahu IPCMC."

Malah, peserta turut melaungkan slogan "polis baik kami suka," dan "polis jahat kami benci," di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sejurus perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu tamat sejam kemudian, pihak polis mula datang dan memerhatikan kumpulan tersebut. Bagaimanapun tiada insiden kekasaran berlaku antara peserta dan polis.

6 comments:

  1. Bersih kena pastikan mereka tidak cetuskan kekecohan lagi.

    ReplyDelete
  2. Bertindak secara rasional, bukannya emosional dalam satu2 perkara.

    ReplyDelete
  3. yang pasti jgnlah ada kekecohan dan keganasan.

    ReplyDelete
  4. Belum berlalu isu keganasan Bersih, ada sudah aktiviti lain mereka.

    ReplyDelete
  5. Semoga PRU 13 ini akan berjalan dengan lancar dan baik.

    ReplyDelete
  6. bila ban yak bantahan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, kini di rancang untuk kaedah lain pula.. seolah2 Bersih ini sebuah parti politik yang akan bertanding masa PRU nanti hingga tanpa segan silu berkempan di seluruh pelusuk negara..

    ReplyDelete