Oleh
: SHAIMON S JUMADI Foto
: NORASMAH TAKBIRUL
SEBAGAI
memperingati Hari Ibu dan Hari Jururawat, satu rombongan yang diketuai Ketua
Sri Kandi PKR Cabang Semporna, Nazmahwati Walli telah membuat lawatan Amal ke Wad Kanak-Kanak dan Wad Bersalin
Hospital Daerah Semporna untuk memberikan sumbangan kepada beberapa orang
kanak-kanak yang terlantar dan ibu-ibu yang baru bersalin kelmarin.
Sementara
itu para jururawat yang sedang bertugas dan para ibu-ibu yang sedang menjaga
anak-anak mereka juga menerima sumbangan daripada Ketua Sri Kandi sebagai
menghargai khidmat mereka dan peranan seorang ibu.
Turut
serta dalam rombongan lawatan tersebut selain Ahli Jawatankuasa Cabang PKR
Semporna dan beberapa Ahli Majlis tertinggi PKR Pusat ia Azwan, Azman serta
Norsham Abu Samah Naib Ketua Wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kuala Lumpur
juga turut serta dalam lawatan amal tersebut.
Bercakap
kepada Wartawan Sabahkini.Net sejurus selepas lawatan tersebut, Nazmah
menjelaskan sebagai insan dan masyarakat yang penyayang, kita harus memberikan
penghormatan kepada jururawat yang banyak berbakti kepada masyarakat; begitu
juga kepada ibu-ibu yang membela kita sehingga menjadi manusia yang berguna.
Apapun
kata Nazmah, beliau merasa kecewa kerana Hospital Semporna hanya mempunyai tiga
orang doktor sahaja berbanding dengan pesakit yang semakin ramai; ditambah lagi
dengan keadaan wad yang tidak sesuai untuk manusia.
"Kenapa
Wakil-Wakil Rakyat Senallang, Bugaya dan Sulabayan tidak mahu mencari alternatif
untuk menaikan taraf Hospital Semporna yang tidak ubah seperti Kandang Kuda?” tanya
Nazmah .
Pasti akan mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawab selepas aduan ini. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
ReplyDeleteSemoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera dan ramai yang akan mendapat manfaatnya.
ReplyDeletekelemahan harus dikesan dan diperbaiki agar tidak merikokan mana-mana pihak.
Deletehospital Semporna perlu dinaiktaraf.
ReplyDeleteBanyak sangat kekurangan di Semporna yang didedahkan kebelakangan ni. harap ADUN,MP ambil perhatian.
ReplyDeleteHairan juga. Ada saja berita negatif tentang Semporna.
DeleteKetua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abd Rahman berkata banyak projek naik taraf kemudahan dan peralatan hospital sedang dijalankan di Sabah. Pasti hospital di Semporna ni pun akan dinaiktaraf tidak lama lagi.
ReplyDeleteharaplah ia akan dnaiktaraf, setiap hospital harus ada kemudahan yang lengkap.
DeleteKelengkapan yang wajar dan sempurna amat penting untuk membekalkan rawatan yang wajar.
DeleteRasanya masih banyak hospital yang masih serba kekurangan di negeri ini. Pihak kementerian kesihatan kena peka dengan masalah ini.
ReplyDeleteSemoga kualiti perubatan dapat diberi kepada masyarakat yang memerlukannya.
ReplyDeletePerutukan harus sampau untuk projek naik taraf.
ReplyDeleteharus berterima kasih kepada jururawat yang bertanggung jawab dan memeri perkhidmatan yang baik kepada mereka yang memerlukannya.
ReplyDeletePeruntukan harus digunakan wajar untuk projek naik taraf supaya perkhidmatan yang mantap dapat dibekalkan.
ReplyDeleteKelengkapan dan perkhidmatan perubatan harus juga berkualiti.
ReplyDeleteKementerian yang berkenan perlu memberi perhatian mengenai perkara tu.
DeleteAduan telah dikesan dan harus bertindak untuk membaiki lagi kelemahan.
ReplyDeleteNampaknya hospital Semporna inginkan penambahbaikkan untuk memastikan dapat menampung kehadiran pesakit.
ReplyDeletePeruntukan harus sampai pada perkara2 yang sepatutnya, demi pembangunan setempat dan segala kemudahan.
ReplyDeleteNazmah lihat hospital semporna tu macam kandang kuda ka?? kalau mahu bagi gambaran pun, biarlah profesional sikit.. kempen politik tu pun agak2 la.. jangan terlalu banyak buat penghinaan..
ReplyDeletesaya rasa, eloklah jika Nazmah dapat memberikan tumpuan kepada isu2 yang lebih kritikal.. macam isu hospital ni, tidaklah kritikal sangat.. lain la kalau hospital itu langsung tidak mempunyai doktor atau peralatan atau kelengkapan perubatan..
ReplyDelete