Oleh : PAPARAZZI
SABAHKINI.NET
HAMPIR terkejut buangkut
(katak) Paparazzi mendengar desas desus bahawa Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima
Lajim Haji Okin Al-Buangkuti Ibni AlBongkoron, yang telah menempah tiket kapal
terbang ke Cambodia (Kemboja) ketika Ahli Majlis Tertinggi UMNO sibuk membuat
persiapan terakhir menyambut ulang tahun ke 66 UMNO di Stadium Bukit Jalil
malam ini.
Kononnya, Lajim kecewa
kerana telah di'kuarantin'kan daripada tugasnya sebagai Timbalan Menteri, Ahli
Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort sehingga menjadi 'Boneka'
kepada UMNO; tidak dapat berfungsi seperti sebelum ini kerana tersilap membuat
percaturan politik.
Sebenar tadi, khabarnya
Lajim yang yang sudah berada di Kuala Lumpur menangguhkan penerbangannya ke
Cambodia setelah rancangan percutiannya dapat dicium Agen UMNO kerana
pertemuannya dengan Ketua Umum PKR dan rancangan penghijrahannya ke PKR bukan
rahsia lagi.
Mengikut maklumat yang
Paparazzi terima, Lajim telah menempah tiket untuk semua AJK Bahagian UMNO
Beaufort ke Jakarta menjelang sambutan Ulang Tahun UMNO bagi tujuan yang tidak
pasti; selain makan angin setelah berita angin bertiup kencang beliau akan menyertai
PKR minggu hadapan bersama Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred
Mojilip Bumburing.
Percubaan Paparazzi
menghubungi Lajim gagal tetapi AJK UMNO Beaufort yang meminta namanya
dirahsiakan mengesahkan bahawa Lajim akan ke Cambodia sejurus selepas upacara
Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 66 UMNO selesai dan mereka akan ke Jakarta.
Bagaimanapun AJK berkenaan
enggan mengulas berhubung penghijrahan Lajim ke PKR tetapi melahirkan rasa
kasihan kepada Janang Gayuh mereka yang sebelum ini dijulang sebagai Pejuang
UMNO, kini bakal menjadi peminta sedekah di luar UMNO.
macam2 khabar angin mengenai Lajim, tapi semua ini belum tentu lagi benar. sebelum ini pun ada dedas desus Lajim akan keluar BN, tapi Lajim dah menafikannya, kali ini kita dptkan semula kenyataan dari Lajim.
ReplyDeleteIf Lajim wants to get out from BN, then he should get out already because election is coming.
DeleteJawapan yang sudah dijangka, "Saya masih setia dengan UMNO/BN. Semua itu hanyalah khabar angin yang cuba jatuhkan imej saya dan parti. Pilihan raya semakin hampir maka cakap2 seperti ini adalah perkara biasa"...hehe
DeleteTidak harus menumpu teramat banyak perhatian ke Lajim, tumpuna harus kepada rakyat!
DeleteLajim perlu menjelaskan pendiriannya samada benar dia akan meninggalkan BN atau tidak.
ReplyDeleteRasanya sebelum ni sudah terjawab. Lajim tak keluar UMNO/BN.
Deleteisu ini cumalah khabar angin saja.
DeleteThere are many rumors surrounding Lajim Ukin's intention of leaving BN-UMNO recently. Perhaps Lajim should explain about this.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
khabar angin yang tidak berasas tidak perlulah dipercayai.
DeleteMaybe Lajim is feeling stressed so he decided to have a holiday at Cambodia.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Banyak sangat andaian. lebih baik Lajim buat penjelasan secara umum nanti baru semua persoalan dan andaian tu akan terjawab.
ReplyDeleteBerapa kali mahu Lajim jelaskan? Isu ini sengaja ditimbulkan berkali-kali untuk jatuhkan reputasi beliau dan mengelirukan rakyat. Ini semua taktik pembangkang.
Deletekalau tidak silap, isu ini sudah pun dijelaskan, cuma ada pihak yang sengaja mainkan isu ini.
DeleteDoes it really matter he goes to cambodia?
ReplyDeleteNo, but the opposition purposely speculated this matter.
DeleteAdda juga pihak memainkan isu Lajim.
ReplyDeleteLajim harus jelas hala tujuannya. Andaian negatif kurang baik untuk beliau juga.
ReplyDeleteisu seperti ini mungkin sengaja dimainkan oleh pihak tertentu.
DeleteKalau tidak sehaluan, harus juga keluar dan memberi orang lain peluang.
ReplyDeleteada saja kahbar angin yang dimainkan, walau pun ianya hanya bersifat spekulasi semata-mata.
ReplyDeleteMungkin beliau ada hal tersendiri mengenai perkara ini. Semua yang mengaitkan Lajim untuk menjadi ahli PKR itu cumalah permainan politik semata-mata.
ReplyDeleteSemakin dekat PRU13 semakin banyak kabar angin yang boleh didengari
DeleteSaya percaya yang mana Datuk Lajim akan terus bersama dengan BN untuk memperjuangkan kepentingan penduduk Sabah.
ReplyDeletePembangkang akan menggunakan segala kesempatan untuk menghuru-harakan BN dan ahli2nya
ReplyDeletebukan Lajim sudah nafikan ka yang dia akan keluar menyertai parti pembangkang?? kenapa isu ini masih ditimbulkan??
ReplyDelete