KOTA
KINABALU : Kerajaan negeri Sabah sedang mengkaji kemungkinan membangunkan
sebuah lagi Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bahagian
pedalaman atas negeri ini sebagai tambahan kepada Ladang PPRT sedia ada, kata
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada Selasa.
Katanya
langkah itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai ketua isi rumah miskin dan
miskin tegar (KIRMT) untuk mendapat manfaat seperti yang dinikmati oleh KIRMT
di Ladang PPRT sedia ada di Kalabakan, Tawau dan Tongod.
"Ladang
PPRT Kalabakan dan Tongod yang dimajukan secara usahasama dengan Sawit Kinabalu
Bhd kini berupaya membayar dividen sebanyak RM400 sebulan kepada 1,167 KIRMT di
daerah-daerah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan
Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri di sini.
Selain
itu, Musa berkata kerajaan negeri juga bercadang menambah bilangan Mini Estet
Sejahtera (Mesej) daripada 44 buah kepada 50 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Beliau
turut memaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah membayar Elaun
Sara Hidup Nelayan sebanyak RM200 sebulan kepada 11,325 nelayan di Sabah
setakat 30 April lepas (Bernama)
jika ladang tersebut dibangunkan, psti penduduk setempat akan turut mendapat manfaat.
ReplyDeleteMereka yang mengikuti program ini perlu manfaatkan setiap peluang yang ada.
DeleteBagus tindakakn ini kerana memberikan kesan positif kepada rakyat.
ReplyDeleteHarap ini dapat merubah kehidupan rakyat2 yang berada di sekitar kawasan tersebut.
ReplyDeleteRM400 masih di bawah paras miskin tapi rakyat kenalah juga berusaha untuk menambah pendapatan dan tidak hanya bergantung pada bantuan kerajaan.
ReplyDeleteSemoga ladang PPRT mencapai objektifnya.
ReplyDeleteBuatlah apa yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk kebaikan rakyat
DeleteKajian bagi membuka lagi ladang PPRT yang baik untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama ikut usaha ini.
ReplyDeleteBina lebih banyak ladang PPRT untuk rakyat tempatan.
ReplyDeletepembangkang paling pantang bila ada bantuan2 kerajaan seperti ini..
ReplyDeletesaya harap rakyat sabah terutamanya di kawasan2 pedalaman yang bakal menikmati ladang PPRT ini dapat menerima usaha kerajaan ini untuk kebaikkan masa depan mereka.. jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang.. ladang PPRT telah terbukti mampu membebaskan penduduk kampung dari belenggu kemiskinan..
ReplyDelete