Saudara
Pengarang,
SUKACITA
saya ingin memaklumkan bahawa saya dan rakan telah membuat lima laporan polis
di lima daerah berasingan iaitu Karamunsing/008115/12, Tanjong Aru/002083/12,
Penampang/002757/12, Keningau/001742/12 dan Tenom/RPT/0704/2012, namun pihak
berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan menurut lunas undang-undang, seolah-olah laporan polis seperti surat khabar lama?
Pada
24 April 2012 (Laporan Polis No. Penampang/002757/12), Mr. Ling mendapat tahu
bahawa Ah Heng dan pemandu Ah Ming telah ditangkap 4 orang gangster dan 2 orang
bersenjatakan pistol dan diajukan ke kepala mereka.
Kemudian
Ah Heng dan pemandu tersebut telah dibawa ke hutan dan dipukul di situ oleh
salah seorang gangster, kesan-kesan lebam dan luka juga jelas kelihatan di belakang.
Selain itu kereta milik Ah Ming dengan muatan rokok juga dirampas. Selepas
dipukul dan pisau diacu ke leher mereka, disebabkan takut maka mereka menuduh
Mr. Ling adalah dalang di sebalik kejadian rampasan kereta dengan bayaran
sebanyak RM 5,000.
Oleh
itu dengan tiba-tiba sahaja Mr. Ling telah dituduh bertanggungjawab terhadap
kejadian tersebut, tetapi hakikatnya Mr. Ling tidak pernah berbuat demikian dan
saya berharap pihak berkuasa boleh cari mereka yang bertanggungjawab terhadap
kes ini.
Berhubung
dengan masalah yang telah Mr. Ling hadapi, iaitu pada 14 Mei 2012, jam 10.00
pagi, saya dan Mr. Ling telah pergi ke Keningau mencari Ah Heng di sekolah
tetapi gagal. Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan untuk menghubungi Ah
Heng tetapi dia tidak menjawab panggilan.
Disebabkan
perasaan ingin tahu kami, telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ah
Heng tetapi niatnya terhalang oleh sebuah panggilan daripada seorang CID pada
pukul 3.40 petang dan memberi amaran kepada kami bahawa dia akan mengambil
tindakan sekiranya terdapat apa-apa yang terjadi kepada Ah Ming dan Ah Heng.
CID
tersebut ada memberitahu kami bahawa Ah Heng telah membuat laporan polis dan
mengatakan bahawa Mr. Ling berniat mencederakan dan mengugut dia. Oleh itu saya
membuat laporan ini kerana ingin menjelaskan bahawa Mr. Ling tidak pernah
berniat mencederakan sesiapa dan kami bukan gangster.
Disebabkan
perkara-perkara ini yang mungkin akan membahayakan semua pihak, maka saya
bersama dua orang rakan saya, Yasu dan Ah Qian amat berbesar hati untuk
membantu pihak polis menjejak Ah Ming, pemandu Ah Ming dan Ah Heng dengan
harapan dapat menyelesaikan masalah ini dengan aman dengan bantuan pihak polis.
Walaupun
telah banyak laporan yang saya buat, malah juga dirujuk ke Timbalan Urus Setia
KPN (Tatatertib) tetapi saya masih tidak mendapat bantuan yang sewajarnya. Sekiranya
pihak berkuasa tidak bertindak maka mereka mungkin akan menggunakan cara ‘gangster”
untuk menyelesaikan masalah ini dan kemungkinan akan terjadi kejadian
pertumpahan darah.
Sebenarnya
saya bukan hendak menyusahkan pihak berkuasa. Saya memohon maaf sekiranya saya
telah menyinggung perasaan pihak berkuasa, Kita adalah 1 Malaysia bukan 1 Gangster.
Saya berharap dalam seminggu ini pihak berkuasa boleh menyelesaikan masalah
ini, jika tidak maka saya akan membawa pihak Kastam membuat tangkapan rokok
milik Ah Ming.
Sekian,
terima kasih.
ANGRY
MAN
CC :
Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) – Polis Diraja Bukit Aman
CC :
Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Hamza Bin Taib – Polis Diraja Negeri Sabah
CC :
Pengarah Polis Diraja Malaysia - Putra Jaya
CC :
Pengarah Maritim Negeri Sabah
CC :
Pengarah Maritim Malaysia - Putra Jaya
CC :
Tuan Hj Jalil Bin Hj Jaaffar – SPRM KK
CC :
Timbalan Pengarah Operasi – SPRM Putra Jaya
CC :
Tuan Dr. Jonathan Kandok – Kastam Negeri Sabah
CC :
Pengarah Kastam Malaysia - Putra Jaya
CC :
Sabahkini.net
mgkin kes ini sekarang dalam siasatan.
ReplyDeleteSemua siasatan pun perlukan masa. Diharap pihak pengadu boleh bersabar.
DeleteHarap pihak polis ambil tindakan ke atas beberapa laporan yang sudah dibuat oleh pengadu.
ReplyDeleteKegiatan gangsterisme ini harus dibendung. Pihak polis kena tegas dan telus dalam siasatan mereka. Lakukan pemantauan selalu.
ReplyDeleteAduan harus disiasat dan diambil tindakan yang wajar.
ReplyDeletePihak berkuasa tidak harus mengabaikan aduan yang dibuat.
ReplyDeletePrompt action needed.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertindak bijak terhadap kesemua aduan.
ReplyDeletemungkin teramat banyak kes sehingga adanya yang tercicir.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertindak positif terhadap aduan yang dibuat.
ReplyDeleteHarus juga pihak bertanggungjawab memberi penjelasan.
ReplyDeleteAduan yang tercicir harus dikemaskini dan diteruskan dengan tindakan yang wajar.
ReplyDeleteKalau ada aduan yang tercicir memang tidak hairan la..
DeleteNampaknya ada masalah terhadap pihak polis jika macam itu kerana laporan tidak diambil tindakkan.
ReplyDeleteBegitu banyak, dapat settle ka semua tu
ReplyDelete