Thursday, 3 May 2012

MASIH BERNYAWAKAN NCR SELEPAS INI?





NCR....Masih bernyawakah pemilikan tanah menurut Hak Milik Tanah secara Adat (NCR) atau bakal dilupuskan?

Oleh : GALUS AHTOI

HARI ini, 3 Mei 2012, Kes Darinsuk P. Apan @ 4 orang Lawan Hap Seng Consolidated Bhd @ 6 yang lain, akan didengar dan diputuskan dalam Kamar Hakim di hadapan YA Dato Abdul Rahman Sebli; sama ada membenarkan permohonan ke semua Defendan untuk memohon penangguhan tarikh bicara atau meneruskan tarikh bicara yang telah diawalkan sendiri oleh mahkamah iaitu bermula pada 14 - 18 Mei 2012 (Tarikh sebelum ini ialah pada September 2012).

Pihak Plaintif (Penduduk kampung yang dinafikan hak) telah menunggu kes ini selama lebih 10 Tahun dan sudah bersedia sepenuhnya untuk menyatakan kebenaran.

Masanya semakin hampir untuk membongkar segala kemungkaran termasuk dalang yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menindas, menafikan hak milik tanah adat (NCR).

Satukan hati, padukan sokongan, kuatkan iman. Datanglah memberikan sokongan. Lawan Sampai Menang!..

No comments:

Post a Comment