TERIMA.....Kelihatan
dalam gambar ini pekebun kecil yang menerima kelulusan memegang sampul surat
tanda kegembiraan mereka bergambar bersama Ahli Lembaga Pengerah MPOB Datuk Tan
Yong Gee (tengah) dan Penyelaras TUNAS MPOB Sabah, Amran Arifin.
Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI.
SERAMAI lima orang pekebun
kecil di kampung Buis di kawasan Beluran menerima surat kelulusan subsidi dari
MPOB untuk penanaman baru kelapa sawit dan tanam semula dalam satu majlis
ringkas di Dewan serbaguna kampung Buis, baru-baru ini.
Pekebun kecil yang bernasib
baik itu terdiri daripada Majtuil bin Karim, 52; Kail bin Banah, 51; Jonius bin
Sadayoi, 50; Jonasmook bin Banah, 57 dan Selyester bin Sukaria, 30.
Ahli Lembaga Pengarah MPOB,
Datuk Tan Yong Gee menyampaikan surat kelulusan kepada kelima-lima orang
pekebun kecil itu.
Dalam ucapannya di majlis
itu, Datuk Tan Yong Gee menasihatkan para pekebun kecil yang belum dapat
kelulusan mendapat bantuan dari MPOB supaya bersabar dan sentiasa merujuk di
pejabat MPOB di Telupid.
“Saya juga sentiasa
berhubung dengan penyelaras Tunas MPOB negeri Sabah bagi mempastikan setiap
permohonan mengikut syarat yang ditetapkan oleh MPOB dapat diproses walaupun bukan lagi menjadi
Ahli Lembaga Pengarah kerana itu adalah tanggungjawab selaku pemimpin," tegas
Tan.
Lawatan tersebut merupakan
lawatan terakhir Tan Yong Gee ke kampung itu kerana pada 30 April 2012 perlantikan
beliau selaku Ahli Lembaga Pengarah telah tamat.
Menurutnya, MPOB berterusan
menerima permohonan dari pekebun kecil sehingga tahun hadapan untuk membantu
memberi subsidi bayaran pembersihan kawasan ladang yang dicadangkan itu, di samping
membekalkan bantuan baja yang telah diluluskan.
Justeru itu, dengan bantuan kerajaan
seumpama itu, rakyat yang memiliki tanah
yang masih terbiar untuk tanam baru, atau tanam semula dapat mengambil peluang
itu dengan sebaik-baiknya dan jangan mendengar kabar angin yang disebarkan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Penyelaras
Tunas MPOB negeri Sabah Amran Arifin dalam sesi dialog di majlis itu menjelaskan
kepada para pekebun kecil bahawa satu jawatankuasa khas dari beberapa Jabatan
Kerajaan jadi panel untuk meluluskan setiap permohon diterima oleh MPOB.
Manakala MPOB pula hanya
memproses semua borang permohanan dan yang membuat keputusan lulus atau
sebaliknya ialah Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi, Jabatan Tanah
dan Ukur, Jabatan Pertanian, dan beberapa jabatan lagi yang terlibat.
Katanya, bagi kategori tanam
semula, syaratnya berbeza dari pemohon tanam baru. Mereka hanya perlu mengemukakan
salinan lesen yang dikeluarkan oleh pihak MPOB dan Mykad; manakala pemohon
tanam baru sawit yang belum bergeran perlu mendapat surat sokongan daripada
PPHT.
Amran Arifin juga memberitahu
di majlis itu bahawa bayaran insentif pembersihan telah dinaikkan dari RM2,000
satu hektar ke RM 4,000 bagi setiap pemohon.
Turut hadir di majlis itu
beberapa pegawai Tunas MPOB dari Telupid, Ketua kampung dan Pengerusi JKKK Kampung
Buis.
Good luck to the plantation smallholders who receive the MPOB subsidies for the oil palm re-plantation program. Hope that they will make the best use of these subsidies in their plantation efforts.
ReplyDeleteThe smallholders who haven't gotten the subsidies should be patient, I'm sure its on the way already. Hope that with this support from the MPOB it will help boost the local oil palm industry.
ReplyDeletepara pekebun kecil harus memanfaatkan peluang ini untuk tingkatkan taraf hidup mereka.
ReplyDeleteTerima kasih kepada MPOB. Harap pekebun kecil akan dapat menjalankan penanaman mereka dengan senang.
ReplyDeleteMPOB membantu pekebun2 kecil dengan sungguh2. Syabas dan para pekebun harus berusaha dengan gigih
ReplyDeletesyabas kepada MPOB kerana banyak membantu pekebun2 kecil kelapa sawit.. teruskan usaha menyumbang kepada ekonomi negeri dan juga ekonomi rakyat di negeri ini..
ReplyDelete