Wednesday 30 May 2012

NAJIB AKAN HUBUNGI RAJA ARAB SAUDI




PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari Malaysia yang berisiko terjejas ekoran isu perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa memaklumkan perkara itu berkata isu itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini.

"Isu ini perlu diselesaikan dengan segera kerana kita tidak mahu apabila di saat akhir nanti berlaku pula kejadian yang tidak diingini.
   
"Jika berlaku sesuatu tindakan dari Arab Saudi, akan berlaku masalah pula kerana semua persiapan menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya," katanya.
   
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Musthapa.

Sebelum ini, Arab Saudi menghantar nota kepada Wisma Putra melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia itu.
   
Isu kuota haji timbul kerana kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan perhimpunan haram di tanah suci itu. 

Jamil Khir berkata walaupun kerajaan Arab Saudi belum memberikan sebarang reaksi lagi tetapi pihaknya ada meminta penjelasan mengenai isu perhimpunan haram tersebut.
   
"Rakyat di Syria, Mesir, Tunisia, Libya, Yemen juga ada masalah malah lebih besar dari negara kita tetapi mengapa perlu diterjemahkan kepada demonstrasi di Madinah dan Mekah," katanya.

Menurutnya, Tabung Haji juga telah menghantar surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi menjelaskan isu perhimpunan haram tersebut.
   
Sementara itu, beliau berkata muzakarah kali kelapan kali ini akan menumpukan pada topik pelaburan emas yang merupakan satu pelaburan produktif dan mendapat sambutan hangat pada masa kini.

"Kita boleh lihat trend kenaikan emas yang boleh menjangkau sehingga 250 peratus dalam lima tahun terkini menunjukkan komoditi ini merupakan salah satu cabang pelaburan.
   
"Biarpun begitu orang Islam perlu mengetahui ada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam menjalankan aktiviti jual dan beli emas ini," katanya.
   
Katanya keputusan muzakarah tersebut akan menjadi panduan berguna kepada individu yang terlibat dengan pelaburan emas. (Bernama)

7 comments:

  1. kerana Bersih, kuota haji Malaysia terjejas. harap Najib dpt berbincang dgn Raja Arab Saudi berhubung hal ini.

    ReplyDelete
  2. Salahkan para penganjur Bersih dengan perkara ni. kalau bukan sebab Bersih, tidak timbul masalah kuota haji.

    ReplyDelete
  3. Kerana BERSIH kuota jemaah haji terjejas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan Bersih hanya memburukan lagi keadaan.

      Delete
  4. Setiap tindakan ada baik buruknya, jadi harus fikir sebaik mungkin sebelum bertindak.

    ReplyDelete
  5. inilah tujuan sebenar perhimpunan Bersih.. mahu menyusahkan negara.. mahu melingkupkan negara..

    ReplyDelete
  6. dengan masalah2 yang ditimbulkan oleh penganjur perhimpunan Bersih, sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk membawa penganjur2 Bersih terutamanya Ambiga ke muka pengadilan..

    ReplyDelete