Sunday 27 May 2012

NIK AZIZ KATA BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM




MACHANG : Soal bangsa tidak perlu dipertikaikan untuk seseorang menjadi Perdana Menteri asalkan dia beragama Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata ini kerana Perdana Menteri akan mengetuai kerajaan dan memimpin umat Islam di negara ini.

"Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam, mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. (Contohnya) negeri demokrasi, adakah (jawatan) diberi kepada komunis, negeri komunis pula adakah dia akan beri kepada orang demokrasi? Tak ada...negeri komunis maka (pemimpin) komunis yang pegang, negeri demokrasi maka demokrasi pegang.

"Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang, jadi bangsa apa pun tak peduli," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan di Markaz Dewan Ulama (MADU) Labok, di sini, kelmarin.

Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pula menyifatkan kenyataan Karpal itu pendapat peribadi dan yakin ia tidak menjejas sokongan kepada PAS.

"Cuma kita melihat dalam konteks semasa, orang Melayu Muslim (adalah) majoriti di negara ini, jadi kalau Karpal sebut mengenai bangsa, kita tak kisah tapi kalau bukan Muslim nak jadi Perdana Menteri, itu kita tolaklah," katanya. (Bernama)

8 comments:

  1. Itu kata Nik Aziz. Ingat Melayu lain akan bersetuju dengan kenyataan beliau??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Melayu akan terus pertahankan hak keistimewaan mereka dari diambil oleh pihak lain.

      Delete
  2. Asalkan kesaksamaan dan keadilan dipraktikkan, keadaan akan menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  3. sesiapa pn boleh jadi PM, harap ada anak Sabah yang menjadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. ada juga dari Sabah&Sarawak tu yang kepingin untuk jadi PM.

      Delete
  4. Kita tunggu saja siapa yang akan menjadi PM seterusnya akan datang. Adakah Anwar atau Nik Aziz atau Datuk Najid terus mengekalkan kedudukan tersbut.

    ReplyDelete
  5. ""negeri komunis maka (pemimpin) komunis yang pegang, negeri demokrasi maka demokrasi pegang."Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang,..""

    bezanya, komunis dan demokrasi itu adalah ideologi, manakala Islam itu adalah agama.. nyanyuk sudah Nik Aziz ni..

    ReplyDelete
  6. nampak sangat DAP dan PAS tidak sehaluan.. tidur satu bantal tapi mimpi lain2..

    ReplyDelete