Friday, 11 May 2012

PEKERJA ASING SERING JADI MANGSA RASUAH





Oleh : ANISAH SHUKRY

KUALA LUMPUR : Pekerja asing di Malaysia sering menjadi mangsa rasuah oleh pihak berkuasa, kata aktivis Irene Fernandez kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menegaskan pendiriannya bahawa pekerja warga asing tidak selamat di negara ini.

Dalam pertemuan lebih sejam dengan pegawai SPRM, Fernandez menyatakan terdapat enam contoh kes rasuah melibatkan pekerja asing apabila memasuki dan bekerja di negara ini.

Beliau diarahkan berjumpa SPRM hari ini selepas membuat kenyataan bahawa pekerja asing tidak selamat bekerja di negara ini dalam akhbar di Jakarta.

“Pekerja aing biasanya menerima tekanan daripada pihak berkuasa seperti Rela, dan mereka meminta dokumen. Apabila pekerja asing itu mempersoalkan kuasa mereka, pekerja ini ditampar dan dicederakan. Mereka akan mengambil duit dab barangan berharga mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

“Kita tidak dapat mengenal pasti mereka kerana pegawai mereka enggan mendedahkan identiti mereka. Bagaimana kita nak bawa kes berkaitan rasuah ini bagi keadaan seperti ini?”

Beliau menambah sistem yang lebih baik seharusnya dilaksanakan dengan penguatkuasaan agensi terlibat lebih 'bermaruah'. Beliau turut mencadangkan SPRM supaya menyiasat perkara tersebut.

11 comments:

  1. perkara seperti itu mgkin berlaku, tapi ia hnya kes terpencil dan SPRM perlu siasat perkara tersebut. tapi ramai pekerja asing berada gembira berada di Malaysia kerana taraf hidup mereka lebih baik di sini berbanding di negara asal mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hnya kerana hal tu nak katakan Malaysia tak selamat?

      Delete
    2. Mungkin Irene ada motif di sebalik kenyataan itu??

      Delete
  2. The Foreign workers rights should be protected as well, many of our local industries relied heavily on these foreign workers.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. The government must also establish a law to protect the foreign workers rights in the country.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Mungkin itu dalam beberapa kes saja dan tidak semestinya itu secara langsung menunjukkan negara ni tidak selamat untuk pekerja asing.

    ReplyDelete
  5. Cuba buat kaji selidik berapa peratus antara pekerja asing di negara ni yang rasa diri mereka tidak selamat untuk bekerja di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan juga buat kaji selidik orang tempatang yang rasa diri mereka selamat dengan peningkatan jumlah warga asing di negara ini.

      Delete
  6. Siasat kes ini yang didakwa oleh NGO tersebut. Benar atau tidak berlaku.

    ReplyDelete
  7. kenapa perkerja asing perlu mempersoalkan tugas pihak berkuasa?? Irene perlu tahu situasi sebenar di negara ini.. jumlah pendatang haram warga Indonesia lebih kurang atau lebih banyak dari jumlah pekerja asing yang sah..

    ReplyDelete
  8. saya lebih suka jika Irene dapat memujuk semua warga Indonesia di negara ini balik ke negara asal mereka.. lagi bagus jika kerajaan Indonesia sendiri dapat membuat arahan rasmi supaya semua warganya yang bekerja di negara ini balik ke negara asal dengan kos pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia..

    ReplyDelete