Tuesday, 1 May 2012

PELAJAR THAILAND JUGA GUNA PINJAMAN


              

Oleh : JAMALUDDIN MUHAMMAD

BANGKOK: Thitikorn Pongpan, 31, yakin dia tidak akan dapat menyempurnakan pengajian peringkat ijazah selama empat tahun dalam jurusan kejuruteraan di King Mongkut Institute of Technology di sini pada 2001, sekiranya tidak wujud pinjaman pelajaran kerana keadaan keluarganya yang begitu daif.

"Dengan ijazah yang dimiliki, saya dapat mengubah kehidupan saya dan keluarga, manakala taraf hidup kami juga kini bertambah baik," katanya.

Thitikorn mengambil pinjaman sebanyak 240,000 baht (kira-kira RM24,000) dan membayar balik pinjaman itu secara ansuran 4,000 baht (RM400) sebulan.

"Saya gembira kerana mampu membayar balik pinjaman itu sekarang dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskan pinjaman itu setelah kerajaan banyak membantu saya ketika saya amat memerlukan wang suatu ketika dulu," katanya.

Ponsiri Kamwang, 31, juga tidak yakin akan dapat menikmati kehidupan lebih selesa sekarang sekiranya dia tidak mengambil pinjaman pelajaran dari peringkat sekolah menengah tinggi hinggalah ke peringkat ijazah ketika menuntut di Mahasarakarm University di Issan.

"Saya mengambil pinjaman pelajaran sebanyak 270,000 baht (kira-kira RM27,000) dan saya ingin katakan bahawa ia merupakan suatu pelaburan yang sungguh berbaloi dan saya membayar balik pinjaman itu," kata Ponsiri, yang bertugas sebagai wartawan dengan sebuah akhbar tempatan.

Sementara itu, kerajaan Thailand merancang untuk mewujudkan semula Pinjaman Kontingen Pendapatan (ICL) bagi menggantikan Dana Pinjaman Pelajar (SLF) sedia ada untuk meringankan beban kewangan pelajar universiti.

Menteri Pelajaran Suchart Thada-Thamrongvech berkata di bawah ICL, peminjam boleh memilih tempoh kelonggaran selama tiga tahun selepas tamat pengajian untuk membayar balik pinjaman atau mula membayar balik pinjaman apabila gaji bulanan mereka mencapai 16,000 baht (kira-kira RM1,600).

Kementerian Pelajaran memperuntukkan 6.2 bilion baht (kira-kira RM620 juta) untuk ICL, yang meliputi yuran pelajaran, perbelanjaan dan kos sara hidup seperti yuran makmal.

Di samping menyediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang, kata Suchart, ICL juga bertujuan membantu pelajar miskin yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Antara syarat pinjaman ialah pendapatan tahunan ibu bapa pemohon mestilah tidak lebih 300,000 baht (kira-kira RM30,000).

Di bawah SLF sedia ada, pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan tidak lebih 200,000 baht (kira-kira RM20,000) setahun, layak mendapat pinjaman itu dan bayaran balik perlu dibuat tiga tahun selepas tamat pengajian.

SLF menyediakan pinjaman berjumlah kira-kira 76,000 baht (lebih kurang RM7,600) setahun bagi pelajar yang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam jurusan sastera dan 96,000 baht (kira-kira RM9,600) bagi pelajar jurusan sains, dengan tempoh bayaran balik selama 13 tahun.

Suchart berkata SLF sedia ada akan diteruskan untuk memenuhi keperluan pelajar sekolah menengah tinggi.

Sejak 1996, SLF memberi pinjaman berjumlah 357 bilion baht (kira-kira RM35.7 bilion) kepada 3.7 juta pelajar. Lebih kurang 2.4 juta peminjam sedang berurusan untuk membayar balik pinjaman itu, manakala 1.8 juta lagi atau 75 peratus telah selesai membayar balik pinjaman masing-masing.

Skim pinjaman pelajaran di negara ini tidak menyediakan kemudahan menukarkan pinjaman kepada biasiswa, walaupun peminjamnya yang mengikuti pengajian di 140 universiti awam dan swasta, cemerlang dalam pelajaran.

ICL diperkenalkan kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra untuk memberi pinjaman kepada pelajar pada tahun akademik 2006. Bagaimanapun, skim ini dihentikan setelah beliau digulingkan melalui satu rampasan kuasa. (Bernama)

10 comments:

  1. negara lain pun ada menawarkan pinjaman pengajian Seperti PTPTN. mereka tak pula kecoh2 macam kita.

    ReplyDelete
  2. Cuba tanya pemimpin, ahli2 pembangkang. adakah semua anak dorang ni tiada satu pun yang melanjutkan pengajian guna PTPTN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang hanya putar belit tentang isu PTPTN ini. Mahasiswa/i yang dijadikan sasaran sebagai alat politik mereka.

      Delete
    2. Anwar cuma menggunakan isu tu untuk mendapat sokongan dan undi.

      Delete
  3. Nama pun pinjaman, memanglah kena bayar balik. Kalau semua pun free, pelajar akan ambil mudah saja tentang pelajaran mereka.

    ReplyDelete
  4. Sekarang cuba selesaikan isu bantahan mengenai PTPTN oleh mahasiswa itu.

    ReplyDelete
  5. Pinjamin pendidikan ada baik dan buruk juga. Tapi jangan sampai terpengaruh dengan mainan pembangkang.

    ReplyDelete
  6. susah mahu cari negara di dunia ini yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya..

    ReplyDelete
  7. sedangkan Pakatan juga hanya memberikan pendidikan percuma kepada pelajar2 IPTA.. sementara pelajar2 IPTS masih perlu memohon pinjaman.. adakah ini bolah dikatakan pendidikan percuma??

    ReplyDelete
  8. E-mel kepada pemilik

    Kami kini menawarkan pinjaman kepada pihak-pihak yang berminat pada kelajuan yang munasabah dengan bantuan dan sokongan dari Bank-Bank kami.

    Kami menawarkan pinjaman bercagar kepada individu dan perniagaan dengan kadar faedah rendah, kami juga menawarkan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek. Syarikat kami berdaftar dengan penemuan banyak kelas pertama kewangan pinjaman bagi pelanggan-pelanggan kami dalam bidang penyediaan perkhidmatan dan modal kepada individu dan perniagaan.

    Anda boleh memohon pinjaman dengan cepat di sini dan ianya diterima dengan mudah.Mungkin anda memerlukan kad kredit, penyatuan hutang, rumah peningkatan, pembelian kereta baru atau terpakai, rumah baru, objektif pelaburan/perniagaan atau pun cuti.Kita boleh upgrade ke? Euro 50 juta untuk membiayai projek-projek yang pelbagai.

    Skim pinjaman kami > tagged "pinjaman di bawah dua minggu", setiap pelanggan, kedua-dua tempatan dan antarabangsa, adalah jaminan untuk mendapatkan pinjaman dari Syarikat ini

    Pihak yang berminat perlu Sila berikan kami dengan maklumat berikut:

    Nama:
    Negara:
    Alamat/hubungi
    Nombor telefon:
    Pekerjaan:
    Jumlah pinjaman:
    Tempoh pinjaman:
    Pendapatan bulanan:
    Umur

    Ketelusan adalah yang menyebabkan kita dalam pertandingan ini. Sila hantarkan permohonan pinjaman anda menggunakan loanfirmorg2014@yahoo.com ini untuk maklumat lanjut mengenai program pinjaman kami.

    Menganggap

    ReplyDelete