Oleh
: AHMAD FADLI KC
PEMUDA
MIC mendakwa pergaduhan melibatkan anggotanya dan PKR di Pejabat Perdana
Menteri di Putrajaya semalam dimulakan oleh parti lawan. Ketuanya T Mohan
berkata, kejadian bermula sewaktu rombongan MIC bertembung dengan rombongan PKR
diketuai Naib Presiden N Surendran berhampiran pintu pengawal keselamatan.
"Murali
(Ketua Cabang PKR Puchong) memulakan pergaduhan. Kenapa hanya dia seorang
sahaja dipukul dan orang lain tidak langsung cedera?" kata Mohan.
Susulan
insiden itu, tambah Mohan, Pemuda MIC bertindak membuat satu laporan polis di
Balai Polis Sentul tengah hari tadi.
Kenyataan
itu bertentangan sama sekali dengan dakwaan PKR semalam bahawa mereka diserang
Mohan dan 'samseng' sewaktu mahu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak di pejabatnya.
Dalam
sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Naib Presiden PKR N
Surendran dan ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam mendakwa akibat kejadian
itu, mereka mendakwa Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.
Menceritakan
kembali kejadian itu, Mohan mendakwa, penyokong PKR juga membawa kain rentang
berunsur provokasi walaupun mendakwa hadir ke sana untuk menyelesaikan masalah
kad pengenalan orang India.
Menurutnya
lagi, kekecohan berhampiran pintu pengawal keselamatan bermula apabila seorang
pemimpin Pemuda MIC ditolak sewaktu kedua-dua rombongan cuba masuk ke pejabat Perdana
Menteri.
"Tiada
sesiapa bersetuju dengan tindakan keganasan namun, perkara (di luar jangkaan)
berlaku. Semasa hendak masuk ke pejabat mula (berlaku) tumbuk-menumbuk,"
kata Mohan sambil mendakwa mereka hanya mempertahankan diri.
"Takkan
budak-budak MIC kena pukul kita tengok (sahaja)."
Bagaimanapun,
beliau menafikan MIC membawa samseng ke Putrajaya seperti didakwa Surendran.
Sementara
itu, Koordinator Pasukan Siber Nambikei Pemuda MIC G Kalaichelvan menafikan
dakwaan Surendran bahawa mereka cuba menyerang seorang pelajar India bermasalah
kad pengenalan yang mengikuti rimbongan itu.
Sebaliknya,
dakwa, Kalaichelvan, Surendran menjadikan pelajar itu sebagai 'perisai'.
Beliau
juga mendakwa PKR semalam merperolok-olokkan Perdana Menteri dengan membawa
replika kad pengenalannya 'Najib A/L
Razak'.
"Kita
kesal seorang Islam diperlekehkan," kata Kalaichelvan lagi. (MKINI)
No comments:
Post a Comment