KUALA
LUMPUR : Setelah lebih setahun diculik kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina,
peniaga cicak tokek, Mohd. Nazaruddin Saidin, akhirnya dibebaskan dan dibawa
pulang ke tanah air.
Presiden
Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi
membebaskan dan menyelamat peniaga berusia 39 tahun itu mengesahkan perkara
tersebut.
Menurut
beliau, satu sidang akhbar berhubung kejayaan tersebut akan diadakan tengah
hari esok di pejabatnya di Kampung Attap di sini.
"Dia
berada dalam keadaan baik dan akan dipertemukan buat pertama kali dengan ahli
keluarganya esok. Jadi apa-apa soalan boleh dikemukakan esok," katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Bapa
kepada enam anak itu diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di
selatan Filipina pada 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak
tokek di negara tersebut.
Januari
lalu, kumpulan Abu Sayyaf dikatakan telah mengurangkan jumlah wang tebusan
daripada RM200,000 sebelum ini kepada RM100,000 daripada keluarga mangsa.
Penculik
dikatakan bersedia membebaskan Nazaruddin dengan mengurangkan lagi harga
rundingan namun jumlah sebenar belum dapat dipastikan.
Difahamkan,
misi menyelamat tersebut tidak melalui pihak kedutaan sebaliknya menggunakan
rakyat tempatan yang mengenali kumpulan penculik terbabit. Mereka dikatakan
bertindak sebagai orang perantaraan untuk menyerahkan sejumlah wang tebusan
bagi menyelamatkan Mohd. Nazaruddin.
Sementara
itu, ibu Mohd. Nazaruddin, Siti Hamdah Ahmad, 59, memanjat kesyukuran di atas
segala usaha yang dipermudahkan Allah sehingga anaknya berjaya kembali dalam
keadaan selamat.
Menurutnya,
kepulangan anaknya itu ibarat hadiah paling berharga sempena Hari Ibu yang baru
dua hari disambut bersama keluarganya.
"Saya
tidak pernah berhenti berharap dan berdoa setiap masa untuk bertemu kembali
anak sulung saya.
"Ini
semua kuasa Tuhan nak gerakkan hati masing-masing sehingga ada yang sudi
membantu menghulur bantuan menyelamat, membayar pampasan dan mengembalikan anak
saya," katanya.
Menurut
Siti Hamdah, berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Abdul Azeez yang
berkunjung ke rumahnya di Sungai Buloh kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
"Datuk
(Abdul Azeez) memaklumkan beliau akan jelaskan semua mengenai misi membebas dan
menyelamat itu pada sidang akhbar esok dan kami sekeluarga dijemput hadir.
"Saya
ingin ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein atas keprihatinan mereka sepanjang usaha
membebaskan anak saya," katanya.
syukurlah dia dah dibebaskan oleh penculik, pada masa akan datang kena berhati-hati apabila datang ke Selatan Filipina.
ReplyDeleteBukankah sedia maklum Selatan Filipina ni memang tidak selamat??
DeleteMujurlah tidak diapa-apakan oleh kumpulan Abu Sayyaf ni.
ReplyDeleteTentu beliau dan keluarga trauma dengan kejadian ini.
ReplyDeleteApa yang beliau buat di selatan Filipina? Jual tokek?
ReplyDeleteNampaknya keselamatan kita sekarang tidak begitu selamat dengan kehadiran kumpulan Abu Sayyaf dan yang lain. Mereka sanggup buat apa saja untuk mendapat apa yang mereka inginkan.
ReplyDeletesyabas kepada Kelab Putera 1Malaysia..
ReplyDeletesaya harap selepas ini, dengan adanya kelengkapan canggih dibekalkan kepada pihak penguatkuasa marin, tidak berlaku lagi kes penculikan di negeri ini..
ReplyDelete