POLIS
akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu
lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang
diperoleh pasukan itu.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata
gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta
merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak
lama lagi.
"Kami
ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai
dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya
kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.
Sabtu
lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki
Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang
kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Larangan
itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak
membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan
kerajaan yang disokong pembangkang.
Beberapa
lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh
penganjur perhimpunan itu.
Semalam,
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang
lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu
siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu. (Bernama)
Baguslah. Pengajaran buat semua.
ReplyDeleteYang bersalah tetap bersalah. Sesiapa saja yang memulakan provokasi patut ditahan.
ReplyDeletemereka yang lakukan keganasan dan huru hara harus ditangkap dan dikenakan tndakan undang2.
ReplyDeleteAmbiga pun bersetuju mereka yang menganas dan merusuh dikenakan tindakan undang2.
DeletePolis telah mengenal pasti pasti kesemua 49 suspek yang terlibat dengan perhimpunan bersih 3.0 tempoh hari.Kesemua mereka yang dikehendaki polis kerana dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan kemudahan awam ketika perhimpunan bersih 3.0 sabtu lalu.
ReplyDeleteKeganasan dan kekecohan dalam perhimpunan Bersih 3.0 sememangnya sudah dapat dijangka dari awal sebab dalam perhimpunan Bersih Julai lalu pun keadaan yang sama berlaku.
ReplyDeleteRasanya penganjur juga perlu ditangkap sekali atas apa yang berlaku ini.
ReplyDeleteMemang patut ditangkap pun, keganasan tidak sepatutnya berlaku.
ReplyDeletebukan senang mahu kenalpasti mana peserta perhimpunan yang bertindak ganas.. yang ikut perhimpunan itu bukannya sikit..
ReplyDeletebaik ambil tindakan terhadap penganjur2 Bersih terutamanya Ambiga.. beliau yang memulakan insiden ganas ini..
ReplyDelete