DAIF.....Polis yang keletihan hanya tidur di atas jalan raya, sedangkan pemimpin Pembangkang balik tidur di tilam ampuk di Bungalow mereka.
Saudara Pengarang,
SEBAGAI salah seorang anak kepada
anggota polis, saya ingin bersuara bagi pihak rakan-rakan saya. Memang negara
ini negara demokrasi tetapi tidak bermakna sikap puak pembangkang yang memperkuda
BERSIH 3.0 berhak memaki hamun sehingga menjatuhkan maruah serta harga diri
pihak polis.
Mereka menggelarkan Anggota
polis sebagai ANJING kerajaan. Jadi siapakah kami anak-anak POLIS ini? Adakah
kami anak-anak ANJING?
Tuduhan dan cacian yang tidak terbatas ini seolah-olah
semua anggota Polis kaki rasuah, tidak boleh dipercayai; sehingga membuatkan
hati saya untuk menulis segala yang terpendam di hati.
GADAI.....Polis sanggup menggadai nyawa demi mempastikan keselamatan awam terkawal.
Berlinangan air mata saya apbila
melihat ada di antara anggota polis dipukul, diterajang seolah-olah mereka
tidak punya sanak saudara atau anak isteri yang menanti kepulangan mereka dari
bertugas.
Saban hari, terutama ketika waktu
yang kritikal seperti Bersih 3.0, saya sering terfikir apakah ini lambaian dan
ciuman ayah saya untuk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhluk-makhluk
ganas yang begitu bencikan tugas ayah?
Apakah tugas anggota Polis
itu terlalu hina di mata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah
dan anggota polis lain dapat selama ini untuk menyara hidup anak isteri mereka
adalah rezeki yang tidak halal, semata-mata kerana mereka bekerja untuk kerajaan
yang dipilih oleh rakyat?
"Apakah Pembangkang sedar
bagaimana seksanya tugas sebenar Polis demi menjaga keselamatan Rakyat
Malaysia?"
VANDALISME....Bertamaddunkah Peserta Bersih 3.0 merosakkan harta benda awam termasuk kereta peronda polis ini?
Apa yang saya tahu setiap kali
sebelum ayah pergi bekerja, ayah kami akan berjumpa kami adik beradik bersama
ibu. Kami akan bersalam dan mencium tangan ayah dan setiap kali itu juga
pesanan ayah akan diulangi;
"Jangan lawan ibu, dengar
cakap ibu. Jangan biadap dengan orang lain. Hormati hak orang lain."
Tetapi yang paling mengguriskan
hati saya ialah ayah akan berkata jangan sesekali tinggal solat kerana itu
adalah tiang agama kita.
Sedangkan di luar sana, ayah
dan rakan-rakannya dicerca, dimaki, di ludah dan di pukul semata-mata untuk
menjaga keamanan negara. Mereka yang berkelakuan demikian fikirkanlah. Dengan
penghinaan yang sedemikian mustahil kami anak-anak anggota polis akan berdiam diri
dan membiarkan orang tersayang dalam hidup kami diperlakukan seperti haiwan.
GANAS....Polis Di United Kingdom membelasah penunjuk perasaan dengan belantan besi.
CEDERA.....Polis di Malaysia dibelasah penunjuk perasaan sehingga cedera parah.
Tingkah laku peserta Bersih
3.0 kelihatan amat keji seolah-olah negara kita tidak mempunyai undang-undang dan
peserta Bersih 3.0 masih belum menganut sebarang agama sehingga sanggup menghina,
memukul dan menerajang dengan niat busuk kalau polis itu mati, maka itu adalah Piala
Kejayaan mereka.
Inikah yang dikatakan
perjuangan menegakkan keadilan; sedangkan keadilan di pihak kami, pihak ayah
dan rakan-rakannya, pihak orang yang cintakan keamanan yang diketepikan selama
ini?
Maaf! Bersih 3.0 telah
menutup pintu hati kebanyakan kami terhadap perjuangan puak oportunis kerana kami
telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan peserta Bersih 3.0
menghancurkan keamanan dan menimbulkan huru-hara. Negara yang aman damai ini akan
hancur seandainya jatuh ke tangan puak yang tidak berperikemanusiaan ini.
Kepada ayah dan rakan-rakan
polis, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua
dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara. InsyaAllah ayah, saya akan
belajar rajin-rajin supaya menjadi insan yang berguna terhadap agama, bangsa
dan negara dan akan menyara hidup keluarga agar ayah tidak perlu lagi mengharungi
episod duka dan hina dina ini.
Sebagai anak, saya tetap
berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis yang sanggup menggadai nyawa
demi keselamatan negara.
Amin!...
RBF
Its a bit too harsh and insulting for calling the police as dogs.
ReplyDeleteThe police are just receiving orders and doing their jobs.
ReplyDeleteKalau ada kesusahan pun, polis juga yang dicari. Bukan semua polis jahat. Tiada yang sempurna.
ReplyDeletesetuju.. polis sering dijadikan mangsa oleh puak2 terdesak pembangkang.. konon polis bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan la, menggunakan kuasa untuk melindungi umno la dan sebagainya.. tapi adakah semua ini akan berlaku jika penganjur Bersih tidak membatalkan niat mereka menimbulkan kekecohan dalam negara??
DeletePerjuangan yang menggunakan keganasan tidak akan berjaya.
ReplyDeletepolis berperanan menjaga keamanan, kita harus hargai polis. hormatiah mereka.
ReplyDeleteSaling hormat menghormati barulah tidak wujud keadaan seperti ni.
ReplyDeletedikalangan pembangkang, tidak ada istilah hormat-menghormati selagi Anwar belum jadi perdana menteri.. mereka bukan sahaja tidak menghormati undang2 malah tidak menghormato Agong.. seolah2 negara ini mereka yang punya..
DeleteBila berlaku kekecohan, polis juga yang disalahkan. kenapa tidak hentikan saja niat untuk adakan Bersih.sudah dijangka pun berlaku perkara buruk begini, sama macam Bersih 2.0.
ReplyDeleteLebih jangan ikut tu perhimpunan.
DeleteMemang BERSIH ini tidak patut berlaku. Mereka ini tidak aman semana pun seperti apa yang dijanjikan oleh mereka. Namun sebaliknya yang berlaku.
ReplyDeletememang tujuan mereka adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam negara.. sebab itu mereka telah bersedia dengan jurukamera dan wartawan asing.. saya yakin 12 juta rakyat Malaysia tidak akan mengundi PR pada PRU13 nanti.. rakyat juga akan berfikir 'untuk apa mereka menyokong parti yang cintakan keganasan'..
DeleteDengan perangai perserta Bersih 3.0 yang macam tu memang la polis kepenatan.
ReplyDeletebiasalah.. pembangkang ni mana ada kerja selain menghasut rakyat 24 jam.. yang dia tahu hanya menyusahkan rakyat dan kerajaan.. sanggup buat apa sahaja asalkan Anwar naik jadi Perdana Menteri Malaysia yangs seterusnya..
Deletepolis sekadar menjalankan tugas.. mereka dibayar gaji untuk menjaga keamanan negara ini, menjaga kepentingan orang awam, harta benda awam dan para peniaga..
ReplyDeletepembangkang negara ini memang dalam keadaan terdesak.. sengaja mengajak rakyat untuk bertempur dengan pihak polis semata2 terlalu mengidam dengan jawatan kabinet..
ReplyDelete